Sunday, September 4, 2011

Tips Rumahtangga Bahgia



Kebetulan musim kahwin ni, elok kita cerita sikit tentang keluarga bahagia, ok tak? Tips ini adalah dari seorang mufti untuk kita kongsi bersama.
Di awal perkahwinan semuanya terasa indah. EQ kedua-dua pengantin masih di tahap yang tinggi lantaran masing-masing cuba bertoleransi dalam setiap situasi dan cuba untuk memahami dan mengenali pasangan dengan lebih baik lagi.
Namun, masalah akan muncul bila sikap sebenar mula timbul. Orang putih kata, that’s the true colour. Ego, pemarah, panas baran, tak sabar, pemalas, kedekut, pengotor, dan segala macam sikap mazmumah lagi.
Jadi tips untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangga ialah:

  1. Sentiasa bersyukur
Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku.


2. Kawal emosi dan bermujahadah

Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.


3. Muhasabah diri Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.
Akhir kata, sesungguhnya kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat (yang tidak kekal).
Wallahualam.

Friday, August 12, 2011

NEVER


NEVER believe in 3 people : Sagittarius, Aries, Pisces.
They are the most selfish and mean.

NEVER lose 3 people : Taurus, Cancer, Capricorn.
They are the most sincere and true lovers.

NEVER leave 3 people : Virgo, Libra,
Scorpio. Theycan keep secrets, friendship , and they can see your ...tears.

NEVER reject 3people : Leo, Gemini, Aquarius .
They are true,
honest friends.

:)What's your sign? DARE TO PASTE ON UR STATUS? =)

Hey im LIBRA ! never leave me. :)

Saturday, August 6, 2011

6 ramadhan 1432H...

alhamdulillah... sekejap jerk dah menghampiri semggu berpuasa... pg2 dapat msg dr mr hubby, esok die x keje.. so, soh kemas barang balik umah MIL @felda kledang.... erm, nk mkn ape eh, ptg ni... =)...

ank2 tido lg, dieorg kalo hari cuti mmg sambung tido pas menyusu.. aku plak, biasenye kalo kat umah sendiri, mesti dok belek pokok2 bunge kesayangan kat depan umah... tp, kat umah mak ni, still lom ade rutin... erm, rindu plak nak ngadap pokok2 tuh... maybe bulan seploh kot baru pindah kuarters... x per la..

Wednesday, August 3, 2011

1month ++ berlalu tanpa disedari.....



1month ++ berlalu tanpa disedari.....

alhamdulillah, tanpa disedari aku dah lebih sebulan menetap di bumi bertuah KOTA TINGGI... walaupun lum pindah bebetul.. ni baru olok2... hehehhe....... kebizian melanda.... betul-betul menguji kewibawaan aku sbg JURUTEKNIK AWAM....... al-maklum, opis lama Jabatan Paling Senang.... skrg.... hah! amik ko... ko try r... sempat ke tak nk releks... mmg la org kata Jangan Kerja Rajin..... tp tuh la.. betul2 la keje teknikal... aku rase muke aku dah naik rentung.. sampai member sound... ai.... lama x update blog... mmg la... x sempat! kalo FB, jgn ckp.... update pakai nset jer.....

anyway.... SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK TO ALL DEAR MUSLIMIN FREN..



Sunday, July 10, 2011

Makanan, punca utama kolestrol tinggi...

Makanan Punca Kolestrol Tinggi



Hari ni Kita nak bincang mengenai masalah kolestrol tinggi. Punca dan penyelesaiannya.

Selain faktor sejarah keluarga, makanan yang anda ambil turut menjadi punca kandungan kolesterol tinggi dalam darah anda.

Memakan makanan terlalu banyak lemak tepu dan kolesterol mempengaruhi tahap kolesterol anda. Lemak tepu dan kolesterol ialah berpunca daripada daging, susu, telur, mentega dan keju. Begitu juga makanan dalam tin termasuk minyak kelapa, minyak kelapa sawit dan mentega.

Malah, lemak tepu juga terdapat dalam sesetengah jenis sayuran dan majerin. Biskut, biskut manis, kentang goreng juga mengandungi sebahagian lemak tepu yang boleh meningkatkan tahap kolesterol dalam darah anda.

Sebenarnya kolesterol adalah sejenis lemak. Tubuh memerlukannya untuk banyak perkara seperti menghasilkan sel baru, tetapi terlalu banyak kolesterol dalam darah meningkatkan risiko serangan jantung atau strok.

Anda memperoleh kolesterol daripada makanan yang anda ambil atau daripada hati. Hati menghasilkan kebanyakan kolesterol untuk keperluan tubuh.

Begitupun tahap keperluan kolesterol adalah kurang daripada 200 miligram per decileter (mg/dL). Sempadan tahap kolesterol pula 200 hingga 239 mg/dL manakala kolesterol tinggi diukur pada kadar 240 mg/dL ke atas.

Kolesterol ‘mengembara’ melalui darah dan berkait rapat dengan protein. Pakej kolesterol-protein dikenali sebagai lipoprotein. Lipoprotein dirujuk mengikut kadar ‘high-density’ atau ‘low-density’ berdasarkan berapa banyak protein dan lemak yang anda miliki.

Lipoprotein low-density (LDL) kebanyakannya adalah lemak yang hanya memiliki sejumlah kecil protein. LDL adalah kolesterol jahat yang boleh menyekat arteri anda. Jika anda mengalami tahap kolesterol tinggi, doktor akan menyarankan anda menurunkan tahap LDL.
LDL yang baik mesti kurang daripada 100 mg/dL. Tahap antara 100 hingga 129 mg/dL masih dikira baik, tetapi jika tahap LDL anda adalah 130 ke 159 mg/dL, ia dikira sebagai ‘atas pagar’. Jika LDL anda di tahap antara 160 hingga 189 mg/dL, ia dikira tinggi manakala 190 mg/dL ke atas disifatkan sebagai sangat tinggi.

Lipoproteins high-density (HDL) adalah kolesterol baik yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat dari dalam darah sekali gus menyukarkannya menyekat arteri.

Tahap kolesterol baik (60 mg/dL dan ke atas) melindungi anda daripada serangan jantung, tetapi jika kolesterol baik anda kurang 40 mg/dL, ia dianggap angka yang tidak diinginkan.

Satu lagi jenis lemak dalam darah anda dikenali sebagai ‘triglycerides’. Jika anda memiliki tahap triglycerides dan kolesterol jahat yang tinggi, risiko anda diserang sakit jantung agak tinggi.

Tahap triglycerides ‘atas pagar’ adalah antara 150 hingga 199 mg/dL. Angka 200 mg/dL dikira tinggi manakala 500 mg/dL pula sangat tinggi.

Simptom

Tahap kolesterol yang tinggi tidak membuatkan anda sakit, tetapi jika ia menyekat arteri, boleh menahan aliran darah ke jantung atau otak dan menyebabkan serangan jantung serta strok.

Pada sesetengah orang, lebihan kolesterol dipanggil ‘xanthomas’ dan ia mungkin datang daripada bawah kulit. Ia kelihatan seperti bonggol kecil.

Bagaimana kolesterol tinggi didiagnos?


Analisis lipoprotein adalah ujian paling lengkap. Ia mengukur ukuran semua kolesterol anda, kolesterol jahat, baik dan triglycerides. Anda tidak boleh makan untuk 12 jam sebelum ujian ini dibuat.


Ujian ringkas kolesterol mengukur jumlah semua kolesterol. Anda boleh makan sebelum ujian ini. Kadangkala doktor menggunakan ujian ini terlebih dahulu dan ujian lipoprotein yang lain jika anda memiliki tahap kolesterol jahat yang tinggi.

Faktor penyebab kolesterol tinggi


Amalan makanan


Terlebih berat


Tidak bersenam


Merokok


Usia


Faktor latar belakang keluarga.

Saturday, July 2, 2011

I Do Lyrics _ Colbie Caillat


It's always been about me myself and I
If all relationships were nothing but a waste of time
I never wanted to be anybody's other half
I was happy to say that our love wouldn't last
That was the only way I knew to that you

You make we wanna say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Yeah, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I can live without it, I can let it go
Ooh, I did, I get myself into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,

Tell me is it only me
Do you feel the same?
You know me well enough to know that I'm not playing games
I promise I won't turn around and I won't let you down
You can trust and never feel it now
Baby there's nothing, there's nothing we can't get through

Colbie Caillat I Do lyrics found on http://www.directlyrics.com/colbie-caillat-i-do-lyrics.html

So can we say
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Wooh Can I get myself into
You make we wanna say

Me a family, a house a family
Ooh, can we be a family?
And when I'm old and sit next to you.

And when we remember when we said
I do, I do, I do, do do do do do do doo
Oh baby, I do, I do, I do, do do do do do do doo
Cause every time before we spend like
Maybe yes and maybe no
I won't live without it, I won't let it go
Just look at what we got ourselves into
You make we wanna say I do, I do, I do, I do, I do, I do,
Love you

Thursday, June 9, 2011

terfikirkah anda?


Pernahkah kita berfikir mengapa peguam selalu berdebat satu sama lain, mengapa beberapa hakim telah keliru dalam penilaian mereka, mengapa suami-isteri selalu mempunyai pendapat yang berbeza / mempunyai penilaian yang berbeza atas hal-hal tertentu, mengapa sebahagian orang khusus atas yang lain? Saya fikir mesin yang paling misteri dan kompleks di alam semesta yang disebut 'otak' mempunyai jawapan untuk ini! Ada beberapa bahagian otak: lobus frontal atau kawasan perhatian (merah) menentukan kuasa akan seseorang, fokus, kecerdasan, penilaian, sikap dan tekadnya.lobus parietal atau daerah orientasi (kuning) menentukan ego seseorang dan kerusifikiran. lobus Temporal (hijau terang) menentukan memori seseorang dan Bahasa kemampuan pidato / dan cerebellum (biru) menentukan seseorang koordinasi dan kemahiran fizikal ..

Itulah sebabnya mengapa beberapa orang (dengan otak kiri yang didominasi) sangat baik dalam sains dan matematik, beberapa yang lain (dengan hak-didominasi) sangat baik dalam seni dan muzik! beberapa iklan yang sangat baik dalam kemahiran tertentu.. dan itulah sebabnya kita tidak pernah bisa mendakwa bahawa kita selalu benar sepanjang masa kerana beberapa waktu kita mungkin salah! Nabi kami telah memberitahu kita bahawa kita manusia akan selalu jatuh ke dalam kesalahan dan lupa!

Tuesday, June 7, 2011

weekend yang PENAT


2 mggu lepas dah dapat hint dr my car yg dah byk berjasa nie..... power OFF dikala tgh meluncur laju d jalanan.... time tu baru keluar dr ofis... at area jalan kebun teh... aku pon cam shock jerk... luckily after 5 second, hidup balik... then, terus je jalan cam biase....

jumaat lepas, hint makin jelas.. pagi time p keje.. after drop ank2.... n after the traffic light area mount austin, die wat hal lagi... aku mmg amat gabra... cpt2 aku on balik key.. sib baik function... FUHHHH! lega.... sambil drive to ofis, takut gak berulang.... tanya hubby n kawan2 opis...
ptg, balik keje terus ke bengkel HIEFA... after di check segala bende... n tukar spark-plug baru... die kate, try dulu.. tgk camane.. maybe distrubutor.... erm, sampai kt area JP perdana, mati lg... dush~ ..... kat simpang... cpt2 aku kasi HAZART... sib baik function... ade kat 2-3 minit gak kali ni.. aku dah mula berpeluh... try n try... hidup lg... alhamdulillah.. sampai taska, mati n mati lg.... masa nk keluar simpang kena lagi... sampai k erumah ade dekat 5 kali...

adoyai.... pening d buatnye.. hubby tanye kat hisyam @ tn HIEFA... katenyer konform distributor.. bila panas... mati... bile panas, mati..... ~ then, ckp kat die nk tukar... barang x de... so, order.... tghari sabtu bru ade barang... hubby kuar rumah kul 11 lebih... kul 5 baru ok... rupenyer 'men' wyre tercabut... adus.. sungguh menakutkan dan kaki mmg hampir2 patah kaki...

dear my car JJW3224 jgn majuk2 lg eh.... SAYANGGG DIE ♥♥♥ jasamu ku kenang dan x terbalas..................

Tuesday, May 31, 2011

keburukkan tido terlalu lewat dan bangun lewat~


Artikel ini adalah ehsan dari seorang telam yang dikirim melalui email bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !", namun ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi sahabat saya itu ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA? Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utamaTidak buang air kecil di pagi hari.Terlalu banyak makan.Tidak mengambil sarapan.Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan. Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Kerana .... Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (
1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali.

Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh. Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Sharing Is Caring~!

Wednesday, May 18, 2011

Maher Zain - The Rest of My Life Malay Subtitle 2.0 [ by EQ SuTRA ] LQ.wmv

http://islamgreatreligion.wordpress.com/2011/05/10/guidelines-for-the-husband-in-interacting-with-his-wife/

http://islamgreatreligion.wordpress.com/2011/05/10/guidelines-for-the-husband-in-interacting-with-his-wife/

Sayang Seribu Kali Sayang


Seorang isteri mengadu pada suaminya….. ”bang badan saya sakit-sakit”…. lalu suami berkata…. ”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu… ”bang saya rasa pening rasa nak pitam”… lalu suami berkata…. ”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu… ”bang saya rasa penat nak bersama”…. lalu suami berkata… ”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu ….. ”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”... lalu suami berkata….. ”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak….. ”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”… lalu suami berkata…. ”lain kali la…abang busy… lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon….. ”bang….boleh bagi saya cuti satu hari…. saya nak berehat… abang bawak anak keluar… saya betul-betul dah penat”…. suami berkata….. ”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini….. Namun suatu hari…. Si isteri merayu sambil menangis…. ”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”. Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju…. ”baiklah abang bawak pergi rumah mak… nanti petang abang balik”. Namun, sekembalinya suami ke rumah…… si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya….. Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG…. abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat….. tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam… abang sangkakan….. penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis… abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang… walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANG pun tak cukup…. sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah…. sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama….. abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain… walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…. . abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis….. dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari…. sebagai majikan SAYANG … abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari….. kesian SAYANG ….

SAYANG… maafkan abang…. abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh…. kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak bawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik… Cuma sayang mengadu macam tuh jer….. Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..

Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya…. segalanya takkan berpatah balik…. Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG ….. abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG ….. bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat…. agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….

p/s:renung-renungkan...............

Perbualan suami-isteri..............


..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.


Antara alasan yang diberikannya:


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah


Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.


Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"


Suami : Berkenaan apa tu?


Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"


Suami : Contohnya?


Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?


Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural


Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang


Suami : Macam mana pula boleh sama?


Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?


Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...


Renungan Bersama..................

Ada aku peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam....
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku...menjadi ibu anak-anakku...
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber'sms'..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi...

Kini, aku baru ingin bertanya kenapa isteriku dah tak peduli padaku...

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah menganggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat, bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.

Sunday, May 15, 2011

syukran ya zillan YA ALLAH~



syukur alhamdulillah... impian g holiday tercapai... walaupun x seperti y d impikan, hajat tetap tercapai.. actually x de la fokus tuk satu tempat je... x kisah la, holiday kt mane.. yg penting.. it's holiday...................... thanks MR HUBBY....

Wednesday, April 27, 2011

Hukum Berkhatan Lelaki Dan Perempuan


Kebanyakan kita hanya tahu atau rasa bertanggungjawab untuk mengkhatan anak-anak lelaki sahaja. Dizaman moden sekarang tidak ramai yang tahu atau sedar tentang keperluan berkhatan untuk anak-anak perempuan, banyak anak-anak perempuan sekarang yang membesar menjadi anak dara atau isteri-isteri yang tidak dikhatan. Apakah ini salah satu dari banyak punca-punca yang menjadikan anak-anak gadis sekarang sukar dikawal???

Suatu kajian oleh pakar perlu dilakukan apakah ini ada kaitan dengan masalah sosial yang melambak sekarang, seperti perzinaan, anak diluar nikah atau isteri yang main kayu tiga. Kalau dahulu, dikampong-kampong tugas mengkhatan anak-anak perempuan adalah dilakukan oleh bidan-bidan kampong yang sentiasa siap dan mengingatkan ibu-ibu yang melahirkan anak perempuan untuk di khatan kan kemudian. Sekarang para-para doktor ataupun pakar-pakar Obstetrik diHospital-hospital bersalin kerajaan maupun swasta ataupun bidan-bidan kerajaan tidak diberi maklum atau tidak pernah dilatih untuk mengkhatankan anak-anak perempuan, jadi perkara ini terbiar dan tertinggal begitu sahaja. Sehinggakan banyak ibu-bapa sekarang tidak sedar atau maklum tentang keperluan mengkhatan anak perempuan mereka malah untuk mencari khidmat bidan atau doktor yang menkhatankan anak perempuan juga adalah susah sekarang.

Dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama dan bagi wanita ianya mampu meningkatkan kemulian dan mertabat wanita itu sendiri. Dalam hadist Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kesucian (fitrah) itu ada lima: khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan kumis dan memotong kuku" (H.R. Bukhari Muslim).

Faedah khatan:

Seperti yang diungkapkan oleh para ahli kedoktoran bahwa khatan mempunyai faedah bagi kesehatan karena membuang anggota tubuh yang yang menjadi tempat persembunyian kotoran, virus, najis dan bau yang tidak sedap. Air kencing mengandung semua unsur tersebut. Ketika keluar melewati kulit yang menutupi alat kelamin, maka endapan kotoran sebagian tertahan oleh kulit tersebut. Semakin lama endapan tersebut semakin banyak. Bayangkan berapa lama seseorang melakukan kencing dalam sehari dan berapa banyak endapan yang disimpan oleh kulit penutup kelamin dalam setahun. Oleh karenanya beberapa penelitian perubatan membuktikan bahwa penderita penyakit kelamin lebih banyak dari kelangan yang tidak dikhatan. Begitu juga penderita penyakit berbahaya seperti AIDS, Barah alat kelamin dan bahkan Barah rahim juga lebih banyak diderita oleh pasangan yang tidak dikhatan. Ini juga yang menjadi salah satu alasan masyarakat non muslim di Eropa dan AS melakukan khatan.

Hukum Khatan

Dalam fikih Islam, hukum khatan berbeza antara untuk lelaki dan perempuan. Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum khatan baik untuk lelaki maupun perempuan.

Hukum khatan untuk lelaki:

Menurut jumhur (majoriti ulama), hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Para pendukung pendapat ini adalah imam Syafi'i, Ahmad, dan sebagian pengikut imam Malik. Imam Hanafi mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardlu.

Menurut riwayat populer dari imam Malik beliau mengatakan khatan hukumnya sunnah. Begitu juga riwayat dari imam Hanafi dan Hasan al-Basri mengatakan sunnah. Namun bagi imam Malik, sunnah kalau ditinggalkan berdosa, karena menurut madzhab Maliki sunnah adalah antara fadlu dan nadb. Ibnu abi Musa dari ulama Hanbali juga mengatakan sunnah muakkadah.

Ibnu Qudamah dalam kitabnya Mughni mengatakan bahwa khatan bagi lelaki hukumnya wajib dan kemuliaan bagi perempuan, andaikan seorang lelaki dewasa masuk Islam dan takut khatan maka tidak wajib baginya, sama dengan kewajiban wudlu dan mandi bisa gugur kalau ditakutkan membahayakan jiwa, maka khatan pun demikian.

Adapun dalil-dalil yang dijadikan landasan para ulama yang mengatakan khatab wajib adalah:

1. Dari Abu Hurairah Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa nabi Ibrahim melaksanakan khatan ketika berumur 80 tahun, beliau khatan dengan menggunakan kapak. (H.R. Bukhari). Nabi Ibrahim melaksanakannya ketika diperintahkan untuk khatan padahal beliau sudah berumur 80 tahun. Ini menunjukkan betapa kuatnya perintah khatan.

2. Kulit yang di depan alat kelamin terkena najis ketika kencing, kalau tidak dikhatan maka sama dengan orang yang menyentuh najis di badannya sehingga sholatnya tidak sah. Sholat adalah ibadah wajib, segala sesuatu yang menjadi prasyarat sholat hukumnya wajib.

3. Hadist riwayat Abu Dawud dan Ahmad, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Kulaib: "Buanglah rambut kekafiran dan berkhatanlah". Perintah Rasulullah s.a.w. menunjukkan kewajiban.

4. Diperbolehkan membuka aurat pada saat khatan, padahal membuka aurat sesuatu yang dilarang. Ini menujukkan bahwa khatan wajib, karena tidak diperbolehkan sesuatu yang dilarang kecuali untuk sesuatu yang sangat kuat hukumnya.

5. Memotong anggota tubuh yang tidak boleh tumbuh kembali dan disertai rasa sakit, tidak mungkin kecuali karena perkara wajib, seperti hukum potong tangan bagi pencuri.

6. Khatan merupakan tradisi umat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. sampai zaman sekarang dan tidak ada yang meninggalkannya, maka tidak ada alasan yang mengatakan itu tidak wajib.

Manakala Dalil-dalil yang Yang dijadikan landasan bahwa khatan tidak wajib adalah:

1. Salman al-Farisi ketika masuk Islam tidak disuruh khatan;

2. Hadist di atas menyebutkan khatan dalan rentetan amalan sunnah seperti mencukur buku ketiak dan memendekkan kuku, maka secara logiknya khatan juga sunnah.

3. Hadist Ayaddad bib Aus, Rasulullah s.a.w bersabda:"Khatan itu sunnah bagi lelaki dan diutamakan bagi perempuan. Namun kata sunnah dalam hadist sering diungkapkan untuk tradisi dan kebiasaan Rasulullah baik yang wajib maupun bukan dan khatan di sini termasuk yang wajib.

Hukum Khatan untuk perempuan

Hukum khatan bagi perempuan telah menjadi perbincangan para ulama. Sebahagian mengatakan itu sunnah dan sebahagian mengatakan itu suatu keutamaan saja dan tidak ada yang mengatakan wajib.

Perbedaan pendapat para ulama berkenaan hukum khatan bagi perempuan tersebut disebabkan riwayat hadist berkaitan khatan perempuan yang masih dipermasalahkan kekuatannya. Tidak ada hadist sahih yang menjelaskan hukum khatan perempuan. Ibnu Mundzir mengatakan bahwa tidak ada hadist yang boleh dijadikan rujukan dalam masalah khatan perempuan dan tidak ada sunnah yang boleh dijadikan landasan. Semua hadist yang meriwayatkan khatan perempuan mempunyai sanad dlaif atau lemah.

Hadist paling popular tentang khatan perempuan adalah hadist Ummi 'Atiyah r.a., Rasulllah bersabda kepadanya:"Wahai Umi Atiyah, berkhatanlah dan jangan berlebihan, sesungguhnya khatan lebih baik bagi perempuan dan lebih menyenangkan bagi suaminya". Hadist ini diriwayatkan oleh Baihaqi, Hakim dari Dhahhak bin Qais.

Abu Dawud juga meriwayatkan hadist serupa namun semua riwayatnya dlaif dan tidak ada yang kuat. Abu Dawud sendiri konon meriwayatkan hadist ini untuk menunjukkan kedlaifannya. Demikian dijelaskan oleh Ibnu Hajar dalam kitab Talkhisul Khabir.

Mengingat tidak ada hadist yang kuat tentang khatan perempuan ini, Ibnu Hajar meriwayatkan bahwa sebagian ulama Syafi'iyah dan riwayat dari imam Ahmad mengatakan bahwa tidak ada anjuran khatan bagi perempuan.

Sebagian ulama mengatakan bahwa perempuan Timur (kawasan semenanjung Arab) dianjurkan khatan, sedangkan perempuan Barat dari kawasan Afrika tidak diwajibkan khatan karena tidak mempunyai kulit yang perlu dipotong yang sering mengganggu atau menyebabkan kekurang nyamanan perempuan itu sendiri.

Apa yang dipotong dari perempuan

Imam Mawardi mengatakan bahwa khatan pada perempuan yang dipotong adalah kulit yang berada di atas vagina perempuan yang berbentuk mirip balaong(cengger) ayam. Yang dianjurkan adalah memotong sebagian kulit tersebut bukan menghilangkannya secara keseluruhan. Imam Nawawi juga menjelaskan hal yang sama bahwa khatan pada perempuan adalah memotong bahagian bawah kulit lebih yang ada di atas vagina perempuan.

Namun pada penerapannya banyak kesalahan dilakukan oleh umat Islam dalam melaksanakan khatan perempuan, yaitu dengan berlebih-lebihan dalam memotong bahagian alat vital perempuan. Seperti yang dikutib Dr. Muhammad bin Lutfi Al-Sabbag dalam bukunya tentang khatan bahwa kesalahan besar dalam melaksanakan khatan perempuan banyak terjadi di masyarakat muslim Sudan dan Indonesia.

Kesalahan tersebut berupa pemotongan tidak hanya kulit bagian atas alat vital perempuan, tapi juga memotong hingga semua daging yang menonjol pada alat vital perempuan, termasuk clitoris sehingga yang tersisa hanya saluran air kencing dan saluran rahim. Khatan model ini di masyarakat Arab dikenal dengan sebutan "Khatan Fir'aun".

Beberapa kajian perubatan membuktikan bahwa khatan seperti ini boleh menimbulkan kesan negatif bagi perempuan baik secara kesehatan maupun psikologis, seperti menyebabkan perempuan tidak stabil dan mengurangi gairah seksualnya. Bahkan sebahagian ahli perubatan menyatakan bahwa khatan model ini juga boleh menyebabkan berbagai pernyakit kelamin pada perempuan.

Seandainya hadist tentang khatan perempuan di atas sahih, maka di situ pun Rasulullah s.a.w. melarang berlebih-lebihan dalam mengkhatan anak perempuan. Larangan dari Rasulullah s.a.w. secara hukum boleh menunjukkan keharaman tindakan tersebut. Apalagi bila terbukti bahwa berlebihan atau kesalahan dalam melaksanakan khatan perempuan boleh menimbulkan kesan negatif, maka boleh dipastikan keharaman tindakan tersebut.

Dengan pertimbangan-pertimbangan di atas beberapa kalangan ulama kontemporer menyatakan bahwa apabila tidak boleh terjamin pelaksanaan khatan perempuan secara benar, terutama bila itu dilakukan terhadap anak perempuan yang masih bayi, yang pada umumnya sulit untuk boleh melaksanakan khatan perempuan dengan tidak berlebihan, maka sebaiknya ditunggu sehingga bayi agak besar untuk melakukan khatan perempuan .

Waktu khatan

Waktu wajib khatan adalah pada saat balig, karena pada saat itulah wajib melaksanakan sholat. Tanpa khatan, sholat tidak sempurna sebab suci yang yang merupakan syarat sah sholat tidak boleh terpenuhi.

Adapun waktu sunnah adalah sebelum balig. Sedangkan waktu ikhtiar (pilihan yang baik untuk dilaksanakan) adalah hari ketujuh setelah lahir, atau 40 hari setelah kelahiran, atau juga dianjurkan pada umur 7 tahun. Qadli Husain mengatakan sebaiknya melakuan khatan pada umur 10 tahun karena pada saat itu anak mulai diperintahkan sholat. Ibnu Mundzir mengatakan bahwa khatan pada umut 7 hari hukumnya makruh karena itu tradisi Yahudi, namun ada riwayat bahwa Rasulullah s.a.w. mengkhatan Hasan dan Husain, cucu beliau pada umur 7 hari, begitu juga konon nabi Ibrahim mengkhatan putera beliau Ishaq pada umur 7 hari.

Walimah Khitan

Walimah artinya perayaan. Ibnu Hajar menukil pendapat Imam Nawawi dan Qadli Iyad bahwa walimah dalam tradisi Arab ada delapan jenis, yaitu : 1) Walimatul Urush untuk pernikahan; 2) Walimatul I'dzar untuk merayakan khatan; 3) Aqiqah untuk merayakan kelahiran anak; 4). Walimah Khurs untuk merayakan keselamatan perempuan dari talak, konon juga digunakan untuk sebutan makanan yang diberikan saat kelahiran bayi; 5) Walimah Naqi'ah untuk merayakan kadatangan seseorang dari bepergian jauh, tapi yang menyediakan orang yang bepergian. Kalau yang menyediakan orang yang di rumah disebut walimah tuhfah; 6) Walimah Wakiirah untuk merayakan rumah baru; 7) Walimah Wadlimah untuk merayakan keselamatan dari bencana; dan 8) Walimah Ma'dabah yaitu perayaan yang dilakukan tanpa sebab sekedar untuk menjamu sanak saudara dan handai taulan.

Imam Ahmad meriwayatkan hadist dari Utsman bin Abi Ash bahwa walimah khatan termasuk yang tidak dianjurkan. Namun demikian secara eksplisit imam Nawawi menegaskan bahwa walimah khatan boleh dilaksanakan dan hukumnya sunnah memenuhi undangan seperti undangan lainnya.

CARA-CARA BERKHATAN LELAKI

Apakah pilihan yang ada untuk berkhatan anak-anak lelaki? Dan setiap ibu-bapa mahu yang terbaik untuk anaknya, jadi apakah cara yang terbaik yang ada dipasaran sekarang?. Dibawah adalah senarai cara berkhatan yang ada dan pilihan tergantung pada pertimbangan anda sendiri:

1.Cara khatan konvesional 'dorsal slit'

Ini adalah cara standard yang digunakan oleh doktor-doktor dan 'Medical Assistant' disemua klinik atau hospital-hospital kementerian kesihatan Malaysia. Cara ini hanya mula digunakan dengan popular setelah pembedahan moden diperkenalkan pada kurun ke-19. Pembedahan telah diterima sebagai prosedur khatan yang utama setelah ubat pelalian (bius), antiseptic dan antibiotic digunakan.

Khatan adalah suatu proses surgeri yang perlukan kaedah suci hama yang ketat. Setelah di bius setempat ataupun dibawah 'general anaesthesia' proses khatan akan dimulakan dengan pembersihan dengan antiseptic dan kemudian gunting digunakan untuk membelah kulit 'kulup' sehingga ke belakang kepala zakar dan seterusnya memotong kulup kesekeliling kepala zakar. Kemudian semua punca-punca urat perdarahan perlu diikat dan seterusnya kulit perlu dijahit disekeliling batang zakar. Antara risiko nya adalah 5% ke 7% incidence perdarahan, infeksi 5%, kecederaan 2%, potongan tidak seimbang dan tidak rata.

2.Cara 'Laser' atau 'electrocoutry'

Adalah juga prosedur surgery seperti cara konvesional diatas cuma perbedzaan nya 'kulup' ditarik kehadapan dan disepit dengan 'forcept' dan kemudian kulup di luar bahagian penyepit itu dipotong menggunakan 'laser'(electrocoutry). Kelebihan kaedah ini adalah kurangnya perdarahan kerana dipotong dengan 'laser' tetapi luka di kulit tersebut perlu dijahit disekeliling batang zakar seperti kaedah konvesional juga.

Risiko menggunakan kaedah laser ini adalah besar sekali sekiranya berlaku kemalangan ataupun perkara-perkara yang tidak diingini, banyak kes-kes yang dilaporkan seperti terpotong sebahagian kepala zakar, tercedera lubang kencing dan yang terok sekali adalah terpotong putus batang zakar.

Laser/Electrocoutry adalah menggunakan tenaga letrik dan menyebabkan 'pembakaran tisu' semasa pemotongan kulit. Zakar lelaki adalah alat sensitif yang terdapat banyak deria saraf dan pembakaran deria saraf ini boleh memberikan kesan renjatan /sakit yang kronik setelah berkhatan. Ada juga kes 'gangrene' kulit dibatang zakar ataupun 'gangrene' di kepala zakar. Ini mungkin disebabkan oleh pengecutan saluran darah atau pun penyumbatan saluran darah akibat dari kesan pembakaran tersebut.

Negara turki telah mengharamkan pengunaan laser/electrocoutry untuk berkhatan kerana berkhatan bukan lah satu penyakit dan tidak perlu mendedahkan anak-anak kepada risiko yang begitu besar. Lihat website www.alisklamp.my untuk melihat gambar-gambar komplikasi laser.

3.CARA "CLAMP"(sepitan)

Cara 'clamp' atau sepitan ini adalah cara khatan yang paling lama sekali diamalkan didalam dunia ini. Sebelum ada ubat pelalian lagi cara ini telah digunakan, kerana lebih mudah, cepat dan kurang menyakitkan. Dahulu kala tiada ubat pelalian (bius), jadi cara ini amat sesuai dengan hanya beremdam didalam air sejuk dan kulit zakat di kepit dan langsung dipotong dengan pisau dan luka tersebut dibalut dengan kain untuk berhentikan perdarahan. Di zaman Egyp purba kaedah sepitan kuno dapat di kesan sekitar 15,000 tahun dahulu. Di Malaysia, 'Tok Mudin' telah mengkhatan kan datuk-datuk dan moyang kita dahulu dengan mengunakan 'sepitan' yang diperbuat dari buloh ataupun tandok binatang dan memotong kulit dengan buloh ataupun 'rezal blade' seterusnya luka tersebut dibalut dengan kain untuk menahan perdarahan.

Generasi pertama alat 'clamp' moden adalah 'GOMCO Clamp" yang dikeluarkan pada tahun 1934 dan kemudian 'MOGEN Clamp' dikeluarkan pada tahu 1954. Kedua-dua clamp ini diperbuat dari "stainless steel" dan amat popular digunakan untuk berkhatan di Eropah dan di Amerika. "Clamp" logam ini tidak lagi digunakan untuk proses khatan sejak wujudnya 'clamp' pakai buang yang diperbuat dari plastik terutamanya semenjak tersebarnya penularan jangkitan Hepatitis B dan C serta HIV.

Generasi kedua alat 'clamp' pula adalah alat berkhatan yang diperbuat dari plastik dan berkonsepkan pakai buang. Antara 'clamp' yang digunakan adalah 'Plastibell', Taraclamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail Clamp. 'Clamp' plastic ini banyak digunakan di negara-negara Asia.

Pada masa kini, lebih ramai orang suka menggunakan kaedah 'clamp' untuk berkhatan. Ini adalah kerana kaedah 'clamp' kurang menyakitkan, lebih cepat, kurang pendarahan, menghasilkan hasil kosmetik yang lebih cantik dan kurang risiko jangkitan.

Generasi ketiga dan terkini.

Alisklamp® adalah merupakan alat 'clamp' generasi ketiga dan terkini yang merupakan alat 'clamp' pakai buang yang diperbuat daripada plastik gred perubatan yang berkualiti tinggi, tidak toksik dan tidak memberi kesan alahan . Ianya mempunyai bentuk khas yang sempurna, menggunakan teknologi yang maju dan ciri keselamatan yang maksimum bagi menghasilkan khatan yang sempurna.

Alisklamp® telah dihasilkan oleh Dr. Verdat Ali Canoglu, seorang pakar Urologi daripada Turki. Reka bentuknya telah di 'paten'kan dan merupakan alat 'clamp' yang pertama dan satu-satunya yang mempunyai 'design' yang mengikut bentuk semulajadi anatomi kepala zakar. Alisklamp® telah pun dijual di seluruh dunia dan ianya mempunyai "CE MARKING" E-30-00961-08 sejak tahun 2008 dan mendapat pengiktirafan EN ISO 13485:2003.

Alisklamp® direkabentuk dan dibuat untuk mengubah proses dan konsep berkhatan konvensional atau khatan menggunakan 'clamp' logam yang telah ketinggalan zaman kepada konsep khatan yang lebih mudah dan selamat. Tiada lagi luka yag terbuka, tiada lagi pendarahan, tiada lagi jahitan, tiada lagi balutan dan tiada lagi risiko jangkitan hepatitis serta HIV. Tiada juga kebimbangan terhadap kegagalan 'clamp' atau komplikasi. Kesemua faktor di atas adalah paradigma utama yang berjaya dibawa oleh alisklamp® berbanding kaedah khatan konvensional.

Alisklamp® juga merupakan penambahbaikan yang lengkap terhadap generasi pertama 'clamp', iaitu 'clamp' logam yang sudah lapuk pada hari ini. Ianya juga merupakan penambahbaikkan yang menyuluruh terhadap 'clamp' generasi kedua seperti Plastibell, Taraklamp, Smartklamp, Sunathrone dan Ismail clamp. Alisklamp® menitikberatkan keselamatan alat 'clamp' yang digunakan. Dengan Alisklamp berkhatan dapat dilakukan semasa "lunch break" dan kemudian terus berkerja semula ataupun untuk anak-anak bersekolah ia boleh dilakukan pada hari jumaat/sabtu dan tidak perlu menunggu cuti sekolah panjang lagi.

Alisklamp® tidak hanya menawarkan kebaikan seperti yang disenaraikan di atas. Ianya juga direkabentuk dan dibuat untuk menjadi produk yang terbaik bagi menghasilkan khatan yang sempurna berdasarkan beberapa ciri di bawah:-

Teknik : Teknik menggunakan alisklamp® adalah begitu mudah, boleh dipelajari dengan mudah oleh professional bidang perubatan dan mengambil masa dari 5 ke 10 minit untuk prosedur berkhatan. Tiada peralatan lain yang diperlukan selain daripada alisklamp® dan pisau bersteril yang baru.Keselamatan : Alisklamp® direkabentuk bagi menjamin keselamatan maksimum semasa menjalankan proses khatan. Tiada kebimbangan terhadap kecederaan kepala zakar, tiada risiko untuk berlakunya pendarahan, tiada kebimbangan terhadap kegagalan 'clamp' dan tiada kebimbangan terhadap jangkitan.Sterility : Bertentangan dengan cara khatan konvesional yang melibatkan luka terbuka dan pendarahan, cara berkhatan menggunakan alisklamp® hanya melibatkan luka yang tertutup. Sterility tidaklah menjadi isu dalam menjalankan khatan cara alisklamp®, cukup sekadar menyediakan persekitaran yang bersih tanpa memerlukan apa sahaja alat yang disteril, kain penutup dan sarung tangan yang disteril.Estetik : Hasil khatan yang dijalankan menggunakan alisklamp® tidak bergantung kepada operator yang melakukan khatan seperti dalam kaedah khatan konvensional yang bergantung kepada pengalaman dan kepakaran jurukhatan. Penggunaan 'clamp' yang betul dan sempurna akan menghasilkan rupa dan potongan estetik yang standard.Kesakitan : Tiada kesakitan semasa prosedur dijalankan, selepas prosedur, semasa membuka dan selepas membuka alisklamp®.Stress : Tiada stress dialami oleh kanak-kanak yang berkhatan kerana prosedur dijalankan tanpa menggunakan forsep atau gunting dan hanya berjalan selama 5 minit ke 10 minit.

Alisklamp® menawarkan hasil khatan yang berkualiti tinggi untuk bayi, kanak-kanak dan juga orang dewasa. Alisklamp® yang berpotongan serong merupakan antara 'clamp' yang paling selamat, ianya amat selesa kepada pengguna kerana ianya mengikut bentuk semulajadi kepala zakar yang dapat memberikan ruang yang lebih luas terutamanya untuk akomodasi pengembangan kepala zakar semasa berlaku ereksi. Tidak ada 'clamp' pakai buang lain yang menawarkan bentuk semulajadi seperti kepala zakar yang memberi kelebihan dari segi garisan potongan, batas keselamatan dan banyaknya kulit yang dibuang .

Alisklamp® yang berpotongan serong akan memberikan potongan khatan yang sempurna selari dengan lingkaran kepala zakar. Selain itu, dengan bentuk sempurna Alisklamp®, potongan 'inner mucosa' dan kulit luar dapat dibuat pada paras yang sama dan ini menyebabkan tiada tekanan atau tarikan pada kulit luar selepas 'clamp' ditanggalkan. Masalah ini biasa berlaku pada 'clamp' yang mempunyai bentuk yang berpotongan pepat. Kelebihan ini akan mengelakkan berlakunya pemisahan mucosa dan kulit yang boleh menyebabkan parut luka terbuka semula setelah clamp ditanggalkan yang pasti akan mengambil masa lebih lama untuk sembuh.

'Clamping zone' dengan alisklamp® diperkuatkan oleh dua ciri utama. Pertama, 'pillar shaft' yang kuat dan kukuh memberi cengkaman yang kuat pada 'clamping zone' untuk mengepit 'mucosa' dan kulit dengan kuat bagi mengelakkan pendarahan atau gelinciran pada hujung kulit.

Kedua, 'clamping zone' akan dikunci secara automatik melalui mekanisma dua kekunci yang khas. Ini adalah merupakan ciri yang sangat penting pada alisklamp® yang tidak terdapat pada 'clamp' pakai buang lain yang ada di pasaran. Mekanisma kuncian yang kuat ini berupaya mengelakkan gelinciran pada titik cengkaman yang boleh mengakibatkan masalah seperti pendarahan atau kegagalan 'clamp'. Ini adalah ciri yang amat penting bagi khatan orang dewasa kerana alat 'clamp' perlu menahan tekanan dan tarikan semasa ereksi yang kuat.

Selain daripada itu, alisklamp® juga mempunyai bentuk bersudut yang istimewa pada bahagian lingkaran tiub di bahagian bawah. Ianya dibuat dengan sudut yang lebih besar pada bahagian bawah berbanding pada bahagian atas(dorsal). Bentuk istimewa ini yang hampir lurus akan memberi kelebihan dan kemudahan semasa mengeluarkan tiub berbanding 'clamp' pakai buang yang lain.

Alisklamp® juga memberi kelebihan pada kes- kes penyempitan kulup ('Phymosis'). Tiub menyerong akan memberikan hujung masukan yang kecil pada bahagian dorsal, dan seterusnya memudahkan kemasukan tiub ke dalam bukaan kulit 'phymosis' yang lebih kecil. Ini secara tidak langsung mengurangkan kemungkinan untuk melakukan 'dorsal slit'.

Alisklamp® adalah alat plastik kecil yang berfungsi dengan mengepit kulit zakar dan pembuluh darah selama lebih dari 5 hari. Konsep ini adalah sama dengan konsep mengepit tali pusat pada bayi yang baru lahir. Alat alisklamp® terdiri daripada 2 komponen iaitu tiub dalaman lutsinar yang diperbuat daripada Polycarbonate dan mekanisma kepitan dan kekunci berwarna putih yang diperbuat daripada nylon. Alat alisklamp® adalah sangat ringan dan mudah digunakan.

Melalui bentuknya yang unik, Alisklamp® memberikan perlindungan sepenuhnya terhadap zakar semasa proses khatan dan memberikan hasil kosmetik yang boleh dijangka. Alisklamp® didatangkan dalam pelbagai saiz berdasarkan saiz ukur lilit kepala zakar. Ianya boleh didapati dalam saiz 12mm untuk bayi, 14,16,18 dan 20 bagi kanak-kanak; dan saiz 24, 26, 32 dan 34 bagi orang dewasa.

Alisklamp® adalah alat khatan pakai buang yang ideal untuk khatan beramai-ramai semasa cuti sekolah atau bagi rumah kebajikan memandangkan ianya hanya memerlukan masa yang singkat untuk prosedur dilakukan, dan ianya hanya memerlukan persekitaran yang bersih bagi khatan dijalankan.

Produk alisklamp® dan rekabentuknya telah melalui ujian produk yang ketat. Ujian produk dijalankan bagi memenuhi 2 keperluan. Objektif pertama adalah untuk membantu dalam pembangunan rekabentuk kerana ianya memberikan maklumat yang tidak ternilai tentang bagaimana dan di mana produk boleh gagal dalam keadaan tertentu. Maklumat ini akan dinilai oleh pihak yang menghasilkan rekabentuk. Ianya juga merupakan jalan yang murah untuk mengurangkan risiko tuntutan liabiliti produk. Kejuruteraan produk yang tinggi dengan teknologi terkini mampu menghasilkan produk alisklamp® yang sempurna, supaya ianya tidak gagal dalam berfungsi adalah merupakan kunci kepada kelangsungan dan kejayaan alisklamp® untuk menguasai prosedur khatan seluruh dunia.

KESB Medicare Sdn. Bhd. adalah merupakan agen pengedar tunggal untuk Alisklamp® bagi negara Malaysia, Brunei, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Kemboja, Vietnam, Taiwan dan Papua New Guinea. KESB Medicare Sdn. Bhd. dengan berbesar hati ingin memperkenalkan Alisklamp® kepada rakyat 1 Malaysia untuk digunakan sebagai salah satu alat bagi perkhidmatan berkhatan yang unggul untuk manfaat anak-anak 1 Malaysia.

Layari website www.alisklamp.my untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut, pendaftaran khatan online ataupun senarai klinik-klinik alisklamp di kawasan anda atau hubungi talian bebas tol 1300 222 900 atau 03-77271360 untuk keterangan lanjut.

Dengan BERKHATAN BUKAN LAGI SATU PROSEDUR SURGERI !