Friday, May 27, 2016

Set Bersalin Tropical Herbs Amway

Set Bersalin Tropical Herbs

Assalamualaikum

Since sekarang ni macam musim musim orang mengandung bersalin. Saya nak kongsi sikit pasal set bersalin yang best sangat ni. kononnya



Set bersalin tropical herbs
Ramai yang biasa dengar kot. Cuma biasa lah kan. Kalau tak kenal maka tak cinta. Biasanya da pakai baru tau. Kalau da pakai pun, kalau tak gunakan dengan kaedah yang betul dan berdisiplin takkan dapat kesan baik daripada penggunaan set bersalin ni.

Set bersalin ni bukan saja banyak digunakan oleh ibu-ibu kaum melayu, malah ramai kaum cina dan india yang gunakannya. Ianya sesuai bagi sesiapa yang nak berpantang secara tradisional tapi tak perlu gaduh nak rebus akar kayu dan sebagainya. Herba serbuk cuma perlu ditambah air suam untuk jadi paste. Manakala uncang direndam dalam air panas sebelum digunakan.

Apa yang ada di dalamnya?
Mengandungi herba bagi penjagaan dalaman dan luaran bagi ibu yang baru bersalin. Set ni di datangkan sekali dengan bengkung (PERCUMA - worth RM50) 

Untuk kegunaan luaran
Minyak urut daun serai wangi untuk ibu
Minyak bayi
Pilis - Sapu di dahi
Param - Sapu seluruh badan
Tepel - Sapu di perut
Uncang mandian
Uncang cucian - untuk cuci tempat luka

Untuk dalaman
Teh herba
Pil bersalin 1
Pil bersalin 2

Bengkung - Sangat selesa. Tak panas dan labuh. Saiznya boleh diselaras bagi yang bertubuh gempal atau sedikit kecil.

Mempunyai jadual penggunaan yang lengkap bagi tempoh berpantang selama 44 hari.

Cara menggunakan
Kalau baca review di internet dan blog blog. Ramai yang rasa membazir beli set bersalin ni sebab terlalu banyak barangnya, tapi tak habis digunakan. Ada juga yang kurang rasa perbezaan, seperti masih sembelit dan kurang tenaga walau pun menggunakan set bersalin ni. Apa yang aku dapat lihat, ianya adalah kerana si penjual tak terangkan cara gunakan dan kebaikan menggunakan set bersalin ni dengan betul dan berdisiplin. So, pengguna pun tak rasa nak sungguh-sungguh guna set bersalin ni.

Ok. Cara penggunaan yang disarankan. (Mungkin ada cara yang lain. Tapi so far saya dapati kaedah ni berkesan untuk saya dan pelanggan saya yang lain)

Mandi pagi (lebih kurang pukul 10 pagi) - 

Gunakan uncang mandian dan cucian ikut jadual yang diberikan. Sebaiknya mandi air panas selama 44 hari ya.

Lepas mandi, sapu minyak urut daun serai wangi di seluruh badan (Minyak ni tak berapa melekit, kalau rasa cam lekit, gosok gosok bagi serap)

Kemudian, sapukan peramping perut (tepel) - Ianya mengandungi manjakani yang membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim dan merampingkan pinggang

Sapu penghangat badan (param) ke seluruh badan

Sapu penenang (pilis) di dahi

Pakai bengkung

Sebaiknya tidur sekejap selama 15 minit selepas habis proses ni (terutamanya seminggu pertama lepas bersalin) Paling tidak pun rehat rehat je sambil melayan baby.

Lepas hari ke lima, minum teh. Teh ni kalau minum gitu je memang payah nak lekat ke tekak. Tapi boleh campur sedikit madu

Bengkung perlu dipakai sekurang kurangnya 8-10 jam. Sebaiknya mandi sekali je. Tapi kalau tak tahan boleh mandi lagi petang tu. Tapi mandi air panas (boleh recycle uncang yang pagi tadi - tapi sebaiknya jgn recycle dua hari uncang yang sama) Lepas mandi pakai semula bengkung. 

Param tu agak berhabuk bila dah kering. Kalau mandi petang, baki yang tinggal kat badan tu gosok gosok jadi macam scrub. Licin ko.. Satu peket tu banyak jugak. Sehari satu peket, so kalau belum habis bakinya tu gosok je. Hilang daki daki. Licin kulit.

Kebaikan
Apa baiknya kalau guna set bersalin tropical herbs ni ya. 

Ada banyak set bersalin di pasaran kan. Tapi kenapa saya rasa set bersalin tropical herbs ni bagus sangat.

(1) Set bersalin ni tak mengandungi kacip fatimah. So sangat sesuai bagi ibu yang nak menyusukan anak. Malah, pil lepas bersalin 1 tu memang untuk melancarkan susu. Boleh baca review saya pasal bahaya kacip fatimah bagi ibu menyusu dalam blog ini.

(2) Kalau digunakan dengan berdisiplin, dapat menurunkan berat badan dan merampingkan semula pinggang dalam masa 44 hari. Pil bersalin 2 pulak untuk mencergaskan balik badan dan bantu mengembalikan bentuk badan kepada asal

(3) Mengelak sembelit - Teh uncang tu untuk elak sembelit. Minum dengan madu.

(4) Tubuh lebih segar, perjalanan darah nifas lebih lancar. Salah satu feedback yang saya dapat adalah badan tak berbau. Rasa cergas je.

(5) Kalau kuning kurang dari 170, takde masalah untuk teruskan semua pil dan teh. Teh tu minum lepas 5 hari. So kalau awal-awal tu takde kuning, insya allah ok. Kalau ada pun kalau less than 170 boleh teruskan. Kalau takut gak, just skip dulu pil dan teh sampai baby sembuh dari kuning. Herba yang untuk kegunaan luaran boleh diteruskan.

(6) Boleh digunakan oleh orang bersalin normal dan czer. Tapi kalau czer tu jangan pakai bengkung  dengan tepel sampai at least 2 minggu lepas bersalin. Kalau tak confident pakai lepas sebulan. 

(7) Mudah digunakan. Memang banyak dan leceh. Tapi berkesan tau. . Hehehe..Paling obvious luka cepat je baik.

(8) Antara yang paling best adalah, minyak baby tu bau wangi dan masa dalam pantang anak-anak jarang kena kembung. Mudah je kentut bila pakai minyak baby dalam set ni.

(9) Harga berpatutan (PM tepi utk best prrice). Datang dengan moneyback guarantee. Tapi jangan da habis pulang balik pulak. Naya.

(10) Saya bagi service ngetop baekkk punya... Hehehe..

Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Bak kata mak saya. Badan kita nak pakai lama. Berpantang memang leceh. Itu ini tak boleh makan. Nak kena jaga macam-macam. Jalan kena berkepit bagai. Tapi insya allah. Badan kita akan tahan lebih lama. Takde la baru nak masuk 40 da sakit sana sini. Tambah lagi, kalau jaga betul betul masa berpantang ni, lebih senang nak kembali ke berat asal semula. Berbanding bila lemak dah liat melekat kuat tu susah nak turun lagi parah.

Pilihan di tangan kita. Memang ada orang yang segar bugar takde masalah walau pun berpantang ngelat ngelat. Tapi kita tak tau nasib kita. Ada baiknya cegah sebelum parah.

Kalau berminat nanti email @ whats'up saya. Area Kota Tinggi, Ulu Tiram & Jb (sebahagian) tu insya allah boleh saya usahakan kalau nak COD.

Email saya : ctierohanna@gmail.com
WA / PM / SMS : 0137070432 (ct)

Wednesday, June 3, 2015

5 Petua Menyimpan Duit Bagi Orang Yang Susah Menyimpan..

C&P


Pada masa kini, terutamanya orang muda apabila ditanya tentang simpanan, boleh dikatakan ramai anak muda yang tidak mempunyai simpanan. Mereka merasakan ia sesuatu yang susah dan mustahil untuk dilakukan.
Apatah lagi, pada masa kini, taraf hidup yang tinggi, membuatkan aktiviti menyimpan itu sangat susah dilakukan. Andai diperhatikan, sangat kurang kempen kesedaran tentang menyimpan diwar-warkan.
Menyimpan
Umat Islam perlu menyimpan bagi menunaikan pelbagai tuntutan agama. [Alyssakai]
Ini boleh dilihat daripada papan-papan iklan di tepi lebuhraya, di banner berhampiran lampu trafik, dan iklan-iklan dalam pusat membeli-belah, media sosial. Kesemuanya menggalakkan kita untuk berbelanja.
Jarang sekali ada iklan mengingatkan untuk untuk menyimpan.
Hatta bank-bank, along-along dan pemiutang mengingatkan kita untuk membayar hutang. Mereka telefon dengan bertujuan untuk memberi peringatan agar kita membayar hutang mereka tepat pada masanya. Tidak pernah ada pihak bank, along atau pemiutang telefon dan mengingatkan kita,
“Encik Haris sudah simpan duit?”
“Cik Puan Irma sudah berapa banyak simpanan?”
“Muaz sudah ada simpanan berapa ratus ribu?”

3 Kepercayaan Karut Tentang Menabung

Lebih meruncing lagi apabila masyarakat kita berpegang dengan pelbagai kepercayaan karut tentang menabung.
Sedangkan Islam sendiri mengalakkan agar umatnya menyimpan untuk kegunaan kita pada hari muka yang memerlukan seperti pengajaran yang Allah gambarkan di dalam surah Yusuf,

Surah Yusuf 48
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). – Surah Yusuf 12:48

#1 – Tiada Duit Untuk Simpan

Hakikatnya tiap orang boleh menyimpan. Andai tidak mampu simpan dengan nilai yang besar, letakkan peratus paling kecil dan nilai paling rendah.
Kata-kata adalah antara salah satu bentuk doa. Justeru, tidak hairan mengapa kita tiada duit untuk simpan, kerana kita selalu cakap, ‘kita tiada duit untuk simpan’.

#2 – Simpan Untuk Kecemasan

Apa yang kita niatkan boleh menjadi doa yang paling kuat untuk dimakbulkan. Sesungguhnya kekuatan dalaman lebih kuat daripada kekuatan luaran. Oleh sebab itu penting menjaga niat.
Segarkan niat daripada ‘simpan untuk kecemasan’ kepada ‘simpan untuk meningkatkan kekayaan’. InsyaAllah itu yang akan berlaku apabila kita niatkan simpan untuk membina kekayaan.

#3 – Simpan Dengan Niat Hendak Digunakan Semula

Ia adalah suatu perkara yang biasa terjadi bagi mereka yang sudah mula menyimpan. Segalanya tertakluk kepada displin. Duit akan pergi kepada mereka yang bertanggungjawab.
Semakin kita tidak bertanggungjawab dengan duit kita, duit tidak akan suka dengan kita. Seperti kita ada anak perempuan yang mahu keluar pada pukul 2 pagi, pasti kita halang. Kita prihatin dengan anak kita. Begitu juga penting mempraktikkan ia dalam perihal kewangan.

5 Teknik Menyimpan Daripada Pakar Kewangan

Teknik ini adalah gabungan teknik menyimpan oleh individu yang terkenal dalam pengurusan kewangan seperti Shamsuddin Kadir, penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Arkad, orang terkaya di Babylon dan Abang Abu, pengasas Mekanik Wang.

#1 – Simpan Si Hijau

Simpan Hijau
Menyimpan not hijau RM5 adalah satu idea yang kreatif. [Nur Saffawati]
Tiap kali pulang ke rumah, apabila ada Si Hijau (RM5) dalam dompet, simpan ia ke dalam tabung. Dapatkan sebuah balang dan khaskan penyimpanan RM5.

#2 – Simpan Si Oren

Andai berkemampuan dan mampu menebaskan nafsu, tiap kali membawa pulang Si Oren (RM20), masukkan ke dalam balang yang dikhaskan untuk penyimpanan RM20.

#3 – Simpan Duit Syiling

Ini adalah taraf paling rendah bagi mereka yang dalam proses mampu menyimpan Si Hijau (rujuk tip 1). Masukkan semua duit syiling dalam dompet ke dalam balang khas untuk duit syiling.

#4 – Simpan 10% Duit Gaji

Bagi mereka yang bekerja makan gaji, kita sudah memerah keringat selama 30 hari. Perkara pertama yang patut dilakukan, apabila mendapat gaji adalah membayar diri sendiri pada nilai 10% daripada gaji.
“Bayar diri sendiri dahulu sebelum membayar orang lain.”
Arkad, orang terkaya di Babylon
90% Daripadanya, kita boleh habiskan jika mahu. Ada beza antara orang yang ada simpanan RM100 dengan RM10,000. Pemikiran, perasaan dan keyakinan kita akan berubah apabila kita ada simpanan RM10,000. Yang akan memudahkan kita menjadi magnet wang yang menarik lebih banyak wang.

#5 – Mulakan Menyimpan Setiap Hari (Walau 10 sen!)

“Aliran wang orang kaya – dapat duit, simpan dan baru belanja. Aliran wang orang miskin – dapat duit, belanja.”
Abang Abu, Mekanik Kewangan
Apabila kita tetapkan niat simpan setiap hari, secara tidak langsung kita sedang membuat satu aliran terhadap status kewangan kita. Ibarat kita sedang membuka empangan untuk mengalirkan air masuk. Mulakan dengan serendah 10 sen tiap hari.
“Semakin kita lakukan, semakin lancar empangan, semakin banyak air masuk.”
InsyaAllah lama kelamaan, duit akan mudah datang dan masuk dalam tabung. Jangan percaya. Praktikkan dan rasa sendiri. Minima 30 hari dan kongsikan dengan kami hasilnya.

ROBO-CAR POLI


for bday boy.... happy always ok! mum n dad love u always

Monday, January 19, 2015

Bersedia Menerima Ujian

alt
Awan putih berlangitkan sebiru warna, menambahkan keindahan alam semulajadi. Kecantikan alam yang tiada taranya menyaksikan pelbagai acara pementasan hidup yang beraneka gaya. Maha suci Allah yang menciptakan manusia yang berpasangan begitu juga makhluk Allah yang lain turut memenuhi pelusuk bumi.
Alhamdulillah, kita masih bernyawa menunaikan segala perintahnya, akur dengan ketentuan illahi walaupun penuh dengan pancaroba. Seringkali hidup dicabar dan diuji namun terus berdiri gagah dengan pertolongan Allah SWT.
Mengharungi hari demi hari membuat kita tidak terlepas dari melakukan dosa. Dosa kecil mahupun besar terpendam dilubuk hati dan adakalanya membentuk pelbagai rasa. Pernahkah kita memohon keampunan dariNya? Saya yakin kita sebagai hamba diberikan naluri untuk mengetahui akan dosa-dosa yang dilakukan walaupun tanpa sedar.

Adakah kita insaf?
Sekiranya keinsafan masih menebal pada diri, sebenarnya kita masih lagi menyirami iman kita dengan baja keampunan dari Allah SWT. Jika tidak, jangan dibiarkan dosa-dosa itu menjadi sebati dan kekal selamanya pada hati nurani kerana dari situlah ‘air muka’ kita akan terbentuk dengan perkara-perkara yang sebenarnya datang dari hati kita sendiri.
Oleh itu, jagalah hati dan kasihanilah kerana dia juga makhluk Allah seperti kita. Tugasnya sangat berat untuk mengawal manusia dari melakukan dosa. Kalau hati kita baik, baiklah kita sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Jika tidak, hati kita akan melakukan sesuatu yang tidak mungkin dijangka.

Tahap iman dalam diri.
Disaat dan ketika ini, ada dikalangan kita mengatakan bahawa apabila seseorang itu dipenuhi dengan iman dan taqwa pastinya berpegang teguh dengan agamanya. Mana mungkin manusia yang bersifat baharu ini tidak akan diuji walaupun hidupnya diselubungi dengan kemewahan melimpah ruah.
Ada juga menyatakan yang menutup aurat itu hidupnya akan menjadi kebal dengan nafsu kerana badannya dilitupi dan tidak akan mudah melakukan dosa berbanding mereka yang tidak berhijab atau tidak menutup aurat.
Dari pandangan saya, bukan mudah untuk memelihara iman, kerana iman kita ini ibarat daun-daun yang berguguran, apabila ia dipukul angin ia akan berterbangan mengikut arus angin. Sesungguhnya, iman itu tidak bersifat kekal dan sentiasa berubah-ubah.
Ada suatu masa kita rasakan hidup ini sangat dekat dengan Allah SWT dan adakalanya tidak. Itulah manusia yang Allah ciptakan, hatinya sentiasa bermain-main dengan perasaan. Kadangkala dengan iman kita terasa indah dan lama kelamaan iman itu semakin hilang dan menjadikan kita manusia yang alpa kepada Allah SWT. Ini kerana keteguhan kita terhadap iman masih diawang-awangan dan menganggap tiada kepentingan dalam mengekalkan iman di dalam diri.

Setiap saat diuji.
Tidak akan senang manusia itu kalau hidup tidak pernah diuji. Sekiranya sentiasa aman dan bahagia kemungkinan kitaran kehidupan kita ini akan kehilangan sesuatu yang dikatakan “ujian dan dugaan”.
Ya, saat kita diuji adakah kita sedar akan ujian diberikan? Manusia sentiasa leka dengan kesibukan dunia sehingga lupa kepentingan akhirat yang perlu diutamakan. Apa yang mereka ingat adalah nikmat dunia. Sehingga manusia menjadikan dunia itu sebagai tongkat untuk berdiri sedangkan yang menjadikan mereka berdiri dengan gagah itu adalah dari Allah SWT. Biarlah diri kita diuji, Allah mahu membersihkan kita dari segala kekotoran yang menyelubungi dari segenap sudut pada anggota badan kita iaitu hati.

Serah diri padaNya.
Saat menadah tangan pohonlah keampunan kepada Allah, berdoalah dengan penuh pengharapan agar kita diampunkan dari segala dosa-dosa yang lalu. Biarlah air mata sepi menjadi saksi tanda kita takut kepadaNya. Beristighfarlah, kerana banyak hikmah terkandung disebalik makna-makna yang diucapkan.
Yakin dan percaya dengan kewujudan dosa dan pahala, syurga dan neraka. Jangan lalai mahupun leka kerana kematian sentiasa menghampiri.
Beriman kepada Allah SWT adalah satu landasan yang merupakan penjuru disetiap kehidupan. Walaupun iman tidak boleh diwarisi tapi boleh menjadi benteng dalam menghadapi pelbagai keresahan hidup.
Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.

#iluvislam
Editor
Aina Amidin

Menegur, menasihati, memberi pendapat.... biar berhemah



"Eh, Siti..aku rasa kau tak sesuai la pakai tudung warna ni…muka kau nampak tenggelam je..”

“Kau gelap…Aisha cerah…takpelah”

“Kau tak sesuai la pakai shawl..muka kau tak cantik pakai camni”

“Hari-hari aku tengok kau pakai tudung sama je…balik balik tudung tu jugak”

“Saudari takde petticoat ke? ke saje nak tunjuk? ”

“Awak takde tudung ke? ke memang malas nak pakai tudung ? ”

___________________________________________________________________
Di atas, saya berikan beberapa situasi yang mungkin sering berlaku atau jarang sekali berlaku pada anda atau sesiapa sahaja di sekeliling anda.
Apa yang anda rasa apabila membaca dialog dialog di atas? atau mungkin anda sendiri boleh bayangkan perasaan anda apabila ada seseorang yang ingin menegur anda dengan menggunakan ayat ayat di atas…
Terus confidence level anda yang menggunung jatuh merudum macam bola yang dicampak dari tempat yang sangat tinggi. Saya mengatakan seperti ini kerana ada seorang rakan pernah menegur saya yang saya tak sesuai pakai tudung warna yg macam ni…yg macam ni la…sampai saya sekarang telah kurang keyakinan untuk memakai tudung ikut warna yang saya mahu…Sangat sangat sedih kalau orang yang menegur itu adalah orang yang berlainan jantina dengan anda dan lebih-lebih lagi dia menegur anda di hadapan ramai kawan anda yang lain ! Apa perasaan anda pada saat itu? Malu bukan?
Setiap orang tak lari dari melakukan kesalahan terutama sekali apabila kesalahan yang disebabkan lidah yang tak bertulang itu. Tak salah jika ingin memberi pendapat, menegur dan menasihati jika berniat ingin melihat orang yang ditegur itu menjadi lebih baik, tetapi bagaimana cara kita menegur dan meluahkan pendapat kita itu sangat diambil berat even dalam Islam sekali pun.
Islam adalah agama yang mulia. Tidak bolehkah kita menegur seseorang dengan cara yang lebih baik ?
Tegurlah seseorang bukan di kawasan khalayak ramai atau ketika bersama rakan -rakan. Menegur mereka ketika bersama orang lain hanya menjatuhkan maruah dan membuka aib orang itu sendiri. Tidakkah anda takut Allah akan membuka aib anda di akhirat kelak? Bahkan ketika anda menegur itu, keyakinan rakan anda dan persepsi rakan anda kepada anda sendiri akan berubah 360 darjah. Sedikit sebanyak hubungan persahabatan anda dan rakan itu sedikit renggang sekiranya dia seorang yang tidak dapat menerima cara teguran anda.
Tegurlah dengan cara yang boleh diterima. Gunakan pujian kepada rakan anda dengan mengatakan dia lebih cantik atau segak jika berpakaian seperti yang anda cuba cadangkan. Bukan nya dengan mengutuk atau mengeji cara dia berpakaian. Ingat, tiada manusia yang sempurna termasuk diri kita sendiri. bagaimana pun juga kita tetap ada kekurangan kita sendiri. Jangan menegur dia kerana merasakan pendapat kita sentiasa yang terbaik dan teguran kita sahajalah yang sentiasa betul. Beri kebebasan kepada orang yang ditegur untuk explore sendiri yang mana betul dan yang mana salah. Jangan terlalu cepat menghukum seseorang kerana merasakan kita lah orang yang terbaik.Ingat dan ingat !
Jangan syok sendiri dengan mengatakan “kalau aku jadi pereka fashion, aku akan suruh kau pakai macam ni, macam ni….”
Jangan sesekali berkata sesuatu yang akan mendatangkan kemarahan rakan anda dan menimbulkan erasaan kurang enaknya kepada anda. Anda juga pasti tidak mahu itu berlaku, bukan?


Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya !

Monday, May 12, 2014

Marine Essence Beauty Bar

Bar Kecantikan Marine Essence dirumus khas untuk menyihatkan, melembapkan dan meremajakan kulit. Ia diperkaya dengan antioksidan dan minyak asli untuk memberikan manfaat yang terbaik untuk kulit anda.

Bar kecantikan Marine Essence memanjakan kulit anda sambil menghidratkan dan melembutkannya. Kulit terasa selembut sutera apabila disentuh.

Diinspirasi daripada bentuk organik kerang laut dengan haruman yang menawan, Bar Kecantikan Marine Essence pasti merangsang anda menggunakannya setiap hari!



Ramuan Utama :

Garam Buluh
- Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit.
- Anti-bakteria, anti-alergi, anti-keradangan.

Pheno-SFE TM (Ekstrak The Pu-erh)
- Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit. (Anti penuaan)
- Memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda untuk masa yang lebih lama.

Ekstrak Liquorice
- Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam.
- Mencerahkan pigmentasi kulit.

Minyak Tea Tree
- Anti-bakteria, anti-kulat.

Vitamin E
- Antioksidan, anti-penuaan.
- Menyembuhkan kulit yang bermasalah dan rosak dengan berkesan.

Gliserin
- Tidak mengeringkan kulit. Sebaliknya, ia menarik kelembapan daripada udara ke dalam kulit
Merupakan pelembap kulit yang terbaik.

Aloe Vera
- Kebolehan untuk menyembuhkan dan merangsang pembaharuan sel-sel kulit pada kulit yang bermasalah.


Cara Pengambilan :
Basahkan sehingga berbuih. Kemudian sapukan kepada kulit. Bilaskan dengan air sehingga bersih. (elakkan dr terkena mata. Jika terkena, bilas dengan air hingga bersih)


Penyimpanan :
Simpan di tempat dingin dan kering. Letakkan di tempat yang kering selepas digunakan



Harga :
RM105.00 (3 bar x 100g) )

Cara Pembelian :
cod (kota tinggi/ulu tiram/JB)
postage (satu malaysia)

sms/whatapps :
013-7070432 ct