Monday, January 19, 2015

Menegur, menasihati, memberi pendapat.... biar berhemah



"Eh, Siti..aku rasa kau tak sesuai la pakai tudung warna ni…muka kau nampak tenggelam je..”

“Kau gelap…Aisha cerah…takpelah”

“Kau tak sesuai la pakai shawl..muka kau tak cantik pakai camni”

“Hari-hari aku tengok kau pakai tudung sama je…balik balik tudung tu jugak”

“Saudari takde petticoat ke? ke saje nak tunjuk? ”

“Awak takde tudung ke? ke memang malas nak pakai tudung ? ”

___________________________________________________________________
Di atas, saya berikan beberapa situasi yang mungkin sering berlaku atau jarang sekali berlaku pada anda atau sesiapa sahaja di sekeliling anda.
Apa yang anda rasa apabila membaca dialog dialog di atas? atau mungkin anda sendiri boleh bayangkan perasaan anda apabila ada seseorang yang ingin menegur anda dengan menggunakan ayat ayat di atas…
Terus confidence level anda yang menggunung jatuh merudum macam bola yang dicampak dari tempat yang sangat tinggi. Saya mengatakan seperti ini kerana ada seorang rakan pernah menegur saya yang saya tak sesuai pakai tudung warna yg macam ni…yg macam ni la…sampai saya sekarang telah kurang keyakinan untuk memakai tudung ikut warna yang saya mahu…Sangat sangat sedih kalau orang yang menegur itu adalah orang yang berlainan jantina dengan anda dan lebih-lebih lagi dia menegur anda di hadapan ramai kawan anda yang lain ! Apa perasaan anda pada saat itu? Malu bukan?
Setiap orang tak lari dari melakukan kesalahan terutama sekali apabila kesalahan yang disebabkan lidah yang tak bertulang itu. Tak salah jika ingin memberi pendapat, menegur dan menasihati jika berniat ingin melihat orang yang ditegur itu menjadi lebih baik, tetapi bagaimana cara kita menegur dan meluahkan pendapat kita itu sangat diambil berat even dalam Islam sekali pun.
Islam adalah agama yang mulia. Tidak bolehkah kita menegur seseorang dengan cara yang lebih baik ?
Tegurlah seseorang bukan di kawasan khalayak ramai atau ketika bersama rakan -rakan. Menegur mereka ketika bersama orang lain hanya menjatuhkan maruah dan membuka aib orang itu sendiri. Tidakkah anda takut Allah akan membuka aib anda di akhirat kelak? Bahkan ketika anda menegur itu, keyakinan rakan anda dan persepsi rakan anda kepada anda sendiri akan berubah 360 darjah. Sedikit sebanyak hubungan persahabatan anda dan rakan itu sedikit renggang sekiranya dia seorang yang tidak dapat menerima cara teguran anda.
Tegurlah dengan cara yang boleh diterima. Gunakan pujian kepada rakan anda dengan mengatakan dia lebih cantik atau segak jika berpakaian seperti yang anda cuba cadangkan. Bukan nya dengan mengutuk atau mengeji cara dia berpakaian. Ingat, tiada manusia yang sempurna termasuk diri kita sendiri. bagaimana pun juga kita tetap ada kekurangan kita sendiri. Jangan menegur dia kerana merasakan pendapat kita sentiasa yang terbaik dan teguran kita sahajalah yang sentiasa betul. Beri kebebasan kepada orang yang ditegur untuk explore sendiri yang mana betul dan yang mana salah. Jangan terlalu cepat menghukum seseorang kerana merasakan kita lah orang yang terbaik.Ingat dan ingat !
Jangan syok sendiri dengan mengatakan “kalau aku jadi pereka fashion, aku akan suruh kau pakai macam ni, macam ni….”
Jangan sesekali berkata sesuatu yang akan mendatangkan kemarahan rakan anda dan menimbulkan erasaan kurang enaknya kepada anda. Anda juga pasti tidak mahu itu berlaku, bukan?


Dawah-The-Cause-and-Results-1024x683
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya !

No comments:

Post a Comment