Sunday, September 4, 2011

Tips Rumahtangga Bahgia



Kebetulan musim kahwin ni, elok kita cerita sikit tentang keluarga bahagia, ok tak? Tips ini adalah dari seorang mufti untuk kita kongsi bersama.
Di awal perkahwinan semuanya terasa indah. EQ kedua-dua pengantin masih di tahap yang tinggi lantaran masing-masing cuba bertoleransi dalam setiap situasi dan cuba untuk memahami dan mengenali pasangan dengan lebih baik lagi.
Namun, masalah akan muncul bila sikap sebenar mula timbul. Orang putih kata, that’s the true colour. Ego, pemarah, panas baran, tak sabar, pemalas, kedekut, pengotor, dan segala macam sikap mazmumah lagi.
Jadi tips untuk kekalkan kebahagiaan rumahtangga ialah:

  1. Sentiasa bersyukur
Banyakkan bersyukur pada Allah dan terima pasangan kita seadanya. Bukankah Allah pernah berjanji pada hamba-Nya, jikalau kamu bersyukur akan Aku tambah nikmat-Ku.


2. Kawal emosi dan bermujahadah

Bersabarlah, jangan sakiti hati pasangan dan jangan berdendam, kerana walaupun semasa bergaduh rasa menang tetapi hakikatnya dua-dua kalah (rugi). Rumahtangga yang menjadi mangsa. Zip mulut dengan memperbanyakkan zikir, baca quran dan jangan buang masa dengan perkara-perkara yang melalaikan. Sentiasa baik sangka dengan pasangan.


3. Muhasabah diri Selalu minta ampun dengan Allah kerana kita hamba-Nya yang lemah tak akan pernah lepas dari membuat kesilapan. Kenali hati budi pasangan, jadilah orang yang suka memaafkan dan meminta maaf. (indah bukan?) Jangan rasa rugi atau malu jika kita (terutama suami) meminta maaf terlebih dahulu.
Akhir kata, sesungguhnya kasih sayang yang berasaskan keimanan lebih berharga dari harta benda, rupa paras dan nafsu syahwat (yang tidak kekal).
Wallahualam.