There was an error in this gadget

Wednesday, February 27, 2013

Tips Kuruskan Badan Selepas Bersalin



TIPS KURUSKAN BADAN SELEPAS BERSALIN

Salam sayang all....mommies out there risau tentang bentuk badan selepas bersalin? That is normal....selepas melahirkan mesti kita akan berfikir untuk kembalikan bentuk badan ke asal dan supaya baju-baju lama masih boleh dipakai. Terdapat banyak tips atau petua untuk kuruskan badan secara moden atau tradisional selepas bersalin.




Dalam budaya masyarakat Melayu, wanita bersalin yang sedang berpantang hanya dibenarkan makan makanan yang tertentu sahaja. Ini kerana, menurut petua orang tua-tua pemakanan yang baik ketika berpantang dapat menjamin kesihatan tubuh yang lebih baik di masa hadapan, terutama apabila usia semakin meningkat.

Tidak boleh makan makanan yang sejuk, tidak boleh minum ais dan sebagainya. Pantang cara ini digelar pantang secara tradisional. Namun, dalam masyarakat moden kini tidak ramai yang menjalani pantang secara tradisional sepenuhnya seperti amalan pemakanan herba, akar-akar kayu dan sebagainya. Apa pun pilihan samada berpantang secara tradisional ataupun moden, terpulang kepada diri anda sendiri dan kesesuaian.

Yang penting, setiap pantang tentunya melibatkan soal pemakanan. Selain dapat menjamin kesihatan tubuh badan di masa akan datang, ia juga dapat membantu ibu-ibu yang baru melahirkan untuk mengembalikan bentuk badan mereka seperti sedia kala. Bagi yang ingin memastikan tubuh kekal langsing seperti sebelum hamil, jom baca tips kuruskan badan secara sihat:


1. Menyusu Badan

Penyusuan susu ibu bukan hanya baik dan sihat tetapi juga baik untuk membantu ibu bagi menurunkan berat badan mereka. Menurut doktor, menyusui bayi dapat membakar sekitar 500 kali kalori setiap hari. Jadi, jangan pandang rendah pada penyusuan susu ibu kerana ia bakal memberi manfaat yang begitu besar buat bayi dan juga anda sendiri.


2. Minum Banyak Air

Bagi ibu yang melahirkan dan menyusu badan perlu minum air dengan banyak. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar.


3. Makanan Seimbang

Tentunya selepas melahirkan, anda tidak dapat mengamalkan diet sebarangan. Apa yang boleh anda lakukan adalah memastikan anda mengambil makanan yang sihat. Ambil makanan seimbang yang merangkumi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Cuma ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran daripada kebiasaan anda.


4. Senaman

Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan senaman. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja senaman ringan di rumah. Senaman dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan-jalan dengan stroller atau menggendongnya sudah cukup membakar kalori anda.


5. Makan hanya Ketika Lapar

Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan makanan yang bergoreng. Jangan juga melewatkan waktu makan hanya kerana ingin lebih cepat langsing. Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuk tumbesaran awalnya. Rancang menu sihat anda dalam jumlah kalori yang sepatutnya untuk setiap makanan.


6. Sertai Kelas Senaman Pasca Kelahiran

Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan senaman khusus bagi ibu yang melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling bertukar pendapat.


*Sumber: Majalah Pa&Ma 

Tuesday, February 26, 2013

COMEL TAK?????


alhamdulillah... rezki illahi.. anugerah terindah.. dpt merasa nikmat hamil... saya dan adek ipar saya, YUN.. sama² mengandung 27weeks... due date beza sehari jer... her's, 26/5/2013(for the 4) n mine, 27/5/2013(for the 3rd).... masa ank sulung, kami saing jugak ngandung... hihihi... erm, happy sgt tgk gmbr ni.. terase COMEL je.. thanks to SASHA for snap this cute pict for us.... <3



Monday, February 25, 2013

NUTRILITE EPO Plus (60 softgels)

NUTRILITE EPO Plus (60 softgels)
  100497

Maklumat Produk (pdf)
Hindarkan ketidakselesaan
  • EPO PLUS memberi sokongan pemakanan untuk kesejahteraan wanita semasa pusingan haid mereka.
  • Satu gel lembut memberi 125mg Minyak Evening Primrose, 125mg Minyak Borage Oil, 50mg ekstrak Halia, 25mg ekstrak Chasteberry, 20mg ekstrak Dong Quai, serta Bioflavonoid Sitrus.
  • Mengandungi campuran unik GLA (asid gamma-linolenik) daripada minyak Evening Primrose dan Borage untuk membantu mengurangkan simptom-simptom yang dikaitkan dengan PMS (Sindrom Sebelum Haid).
  • Evening Primrose, Borage dan Chasteberry telah diguna sejak dulu untuk membantu mengawal kesihatan, oleh itu mengurangkan simptom-simptom PMS.
  • Dong Quai, satu herba traditional Cina (atau dikenali sebagai "ginseng wanita") telah diguna untuk kesan penyeimbangan terhadap kesihatan wanita dan melegakan ketidakselesaan dalam jangka masa pendek.
  • Halia mempunyai kesan menenang terhadap sistem gastrousus yang membantu melegakan rasa loya dan simptom-simptom biasa PMS.
  • Bioflavonoid Sitrus ditambah untuk memberi perlindungan antioksidan terhadap radikal bebas.
  • Ekstrak distandardkan untuk memberi kekonsistenan dan kualiti sebatian yang aktif.
  • Makanlah 1-4 gel lembut setiap hari, seeloknya bersama sajian.
  • 60 gel lembut.
Gel lembut dibuat daripada gelatin lembu yang sensitive kepada orang yang beragama Hindu dan Vegetarian (memakan sayur sahaja).

NUTRILITE CH Balance

NUTRILITE CH Balance
  102188

Bukannya mudah untuk sentiasa membuat pilihan makanan yang sihat. Jadi, apabila anda tidak boleh, dapatkan NUTRILITE CH Balance untuk mengekalkan kesejahteraan diri anda.

Setiap gel lembut CH Balance dibuat daripada tumbuhan teh, satu daripada khazanah alam yang popular. Ia mengandungi 395mg ekstrak teh hijau yang distandardkan. Proses pengekstrakan yang dipatenkan memastikan rumusan CH Balance mengandungi sebatian teh hijau tanpa sebarang penambahan bahan awet, pewarna atau bahan perisa tiruan.

Dengan faedah-faedah teh hijau yang meluas kini dalam bentuk gel lembut yang mudah, gunakannya untuk melengkapkan gaya hidup dan mempertingkatkan tahap kesejahteraan diri anda.

NUTRILITE Multi Carotene (90 gel lembut)

NUTRILITE Multi Carotene (90 gel lembut)
  805800

  • Campuran beta karotena (4.5 mg), alfa karotena (1.07 mg), lutein (1.12 mg) dan zeaxantin (45 mcg) yang lebih menyerupai campuran karotenoid dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang bertindak sebagai antioksidan, membantu menentang kerosakan akibat radikal bebas.
  • Kompleks karotena daripada tiga pekatan sumber semula jadi: alga dunaliella salina, minyak kelapa sawit dan bunga marigold.
  • Beta karotena dan alfa karotena yang semula jadi adalah pelopor kepada vitamin A yang boleh ditukar menjadi vitamin A dalam tubuh apabila diperlukan.
  • Alternatif yang menyenangkan bagi mereka yang enggan atau tidak dapat memakan sayur-sayuran yang mengandungi karotenoid.
  • Gel lembut dibuat daripada gelatin yang ‘Halal’.
Gel lembut dibuat daripada gelatin lembu yang sensitive kepada orang yang beragama Hindu dan Vegetarian (memakan sayur sahaja).

NUTRILITE Nutri Bifidus (30 paket/pek )

NUTRILITE Nutri Bifidus (30 paket/pek )
  011400

Laman Web Mini Produk
Pelihara Kesihatan Sistem Penghadaman Anda Dengan Probiotik Dua Salutan
Bakteria yang baik penting untuk mengekalkan sistem pencernaan yang sihat. Penuaan, tahap stres yang tinggi, melancong dan tabiat gaya hidup yang lain akan mengurangkan bilangan bakteria baik dan meningkatkan bakteria tidak baik dalam sistem pencernaan kita. Ini boleh membawa kepada masalah pencernaan, mengurangkan tindak balas imun dan terhadap makanan tertentu.
Kukuhkan keseimbangan semula jadi bakteria baik dalam sistem pencernaan anda secara mudah dan semula jadi dengan NUTRILITE Nutri Bifidus.
Penggunaan yang Disyorkan : Kandungan boleh ditelan dengan minuman sejuk seperti jus atau air. Atau, jika suka, tabur di atas makanan seperti bijirin atau yogurt sejuk. Disebabkan ciri produk, pengambilan dengan makanan atau minuman panas adalah tidak disyorkan. Untuk hasil terbaik, ambil setiap hari.
1 bilion probiotik 
  • Proses dipatenkan yang unik memberi 1 bilion probiotik (bacteria baik).
  • Membantu mengekalkan keseimbangan bakteria dalam sistem penghadaman.
  • Membantutkan pembiakan bakteria berbahaya
Dua salutan
  • Dua salutan yang menantikan paten melindungi probiotik daripada terdedah kepada asid perut dan hempedu, memastikan penghantaran1 bilion probiotik aktif kepada usus
  • Melindungi probiotik daripada terdedah kepada lembapan semasa penyimpanan. Menjamin probiotik tetap aktif selama 12 bulan sepanjang hayat produk, bukan hanya pada masa pengilangan
Prebiotik FOS
  • Sumber makanan untuk probiotik bagi menggalakkan pembiakannya dalam salur pencernaan
  • Mengandungi oligofruktosa, sejjenis karbohidrat yang tidak dapat dicerna yang boleh diguna oleh bakteria asid laktik
7 jenis bakteria asid laktik
  • Kombinasi unik pelbagai jenis organisma probiotik – 3 Lactobacillus, 2 Bifidobacterium, 1 Streptococcus dan 1 lactococcus untuk menyasarkan pelbagai kawasan salur pencernaan
  • Lactobacillus meningkatkan asid laktifk yang mengubah persekitaran usus, menjadikannya kurang sesuai untuk bakteria berbahaya
  • Lactobacillus dan Streptococcus boleh membantu mengurangkan ketaktoleran laktosa dan cirit-birit
  • Bifidobacterium bertindak terutamanya dalam usus yang besar – membantu tubuh mengekalkan keseimbangan semula jadi bakteria usus dengan meningkatkan keasidan usus untuk membantutkan pembiakan bakteria berbahaya seperti E-Coli and Salmonella
  • Juga membantu menimbulkan ciri-ciri merangsang imun
  • Mengurangkan ketaktoleran laktosa dan kejadian cirit-birit
  • Juga menyokong pencernaan produk tenusu
Fitonutrien tambahan
  • Pekatan karot Nutrilite eksklusif untuk faedah tambahan serat dan fitonutrien
  • Juga menyokong kesihatan pencernaan
Mudah diguna dan disimpan
  • Dibungkus dalam paket berasingan – produk yang mudah diguna, dibawa dan menyenangkan untuk mengelakkan cirit-birit dan gangguan pencernaan semasadi dalam perjalanan
  • Penyimpanan yang menyenangkan tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk
  • Tetap stabil sepanjang hayat simpanan produk 12 bulan
  • Granul berwarna mearah jambu yang halus – boleh ditelan dengan mudah atau cuma tabur di atas makanan
Kalori Rendah
  • Hanya 4 kalori setiap paket – ideal untuk mereka yang perihatin dengan pengambilan kalori

NUTRILITE Concentrated Fruits & Vegetables (60 tab)

NUTRILITE Concentrated Fruits & Vegetables (60 tab)
  102992

Apabila anda tidak boleh atau tidak memakan seperti yang sepatutnya, dapatkan NUTRILITE Concentrated Fruits & Vegetables untuk memperoleh fitonutrien penting yang secukupnya. Ia menawarkan cara pengambilan fitonutrien dalam bentuk pekat. Kini anda boleh memperoleh khasiat pemakanannya dengan mudah.

NUTRILITE Nutri Fibre Blend, (60 tab)

NUTRILITE Nutri Fibre Blend, (60 tab)
  104402

Nantikan NUTRILITE Nutri Fibre Blend untuk penyelesaian yang lebih mudah dan ringkas untuk memenuhi pengambilan serat harian yang disarankan.
Ciri-ciriFaedah
Setiap tablet membekalkan 1.7g serat dietariMenyumbang kepada elaun serat harian anda yang disarankan.
Mengandungi kedua-dua serat larut dan tidak larut daripada 13 sumber semula jadiSerat tidak larut membantu mengawal pergerakan usus.

Serat larut membantu menambah saiz makanan dan meningkatkan rasa puas (kenyang). Ia juga mengikat dengan asid lemak dan mengumuhkannya daripada tubuh.
Termasuk serat prebiotik iaitu FOS (fruktooligasakarida)FOS menyokong kesihatan usus dengan membantu bakteria baik dalam sistem penghadaman agar subur.
Dalam bentuk yang boleh dikunyahSesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak melebihi umur 5 tahun untuk memenuhi jurang serat dalam diet mereka.
 Nutri Fibre Blend (Chewable)Fruit and Vegetable Fibre (Chewable)
Jumlah Sumber Serat138
Serat larut
Serat tak larut
FOS
Jumlah setiap tablet1700mg250mg

Nutrilite coenzyme Q10

Anda kini boleh memastikan diri anda sentiasa sihat dengan mengambil suplemen Nutrilite CoEnzymeQ10 Plus (101156). Sel-sel mengguna banyak koenzim yang dipanggil CoEnzyme Q10 untuk menghasilkan tenaga yang ia perlukan untuk berfungsi. Pekatan paling tinggi ditemui dalam jantung anda.

Nutrilite Q10 menyokong kesihatan jantung, bertindak sebagai antioksidan untuk menentang radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan selular, oleh itu membantu dalam melambatkan proses penuaan. Ia mengandungi Sebatian Tumbuhan Fitonutrien dengan bioflavonoid tambahan. Tiada perasa tiruan, pewarna, atau bahan pengawet tambahan.

Nutrilite Salmon Omega

  • Satu gel lembut memberi 300mg asid lemak penting omega-3 (180 mg EPA, 120 mg DHA), serta vitamin E (30 IU d-alpha Tocopherol).
  • Diektrak daripada ikan salmon yang ditangkap dari laut dalam lagi sejuk.
  • Setiap gel lembut dibuat daripada gelatin yang disahkan ‘Halal’.
Tidak disyorkan untuk individu yang mengambil anticoagulants atau mengalami gangguan pendarahan yang dijangka diketahui. Dos yang tinggi boleh menyebabkan masa pendarahan yang meningkat.


Nutrilite Daily

  • Satu biji tablet sehari membekalkan 11 vitamin penting (A, B1, B2, niasin, B6, asid folik, vitamin B12, C, D, E dan asid pantotenik).
  • Serta, 7 mineral penting (kalsium, fosforus, iodin, zat besi, magnesium, kuprum, zink) dan pekatan alfalfa, selada air, pasli, bayam, karot dan ceri aserola NUTRILITE yang eksklusif.
  • Salutan NUTRILOCK mengekalkan kesegaran dan menjadikan ia lebih mudah ditelan.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang cenderung mengalami systemic lupus erythematosus harus mendapat nasihat daripada doktor mereka sebelum mengambil produk ini.


Nutrilite Double X


Ciri-ciri:
Multivitamin DOUBLE X membekalkan 12 vitamin penting
Multimineral DOUBLE X membekalkan 9 mineral penting
Pekatan DOUBLE X membekalkan 12 jenis pekatan tumbuhan yang berbeza
DOUBLE X Multivitamin/Multimineral/Concentrate mengandungi Sebatian Tumbuhan Fitonutrien daripada 17 sumber tumbuhan kesemuanya iaitu ceri aserola, alfalfa, bioflavonoid sitrus, oregano, brokoli, epal, asparagus, kranberi, anggur, kubis daun, marigold, tomato, delima, prun, rosmeri, beri biru liar dan sej Salutan NUTRILOCK
Tiada bahan pengawet, perisa tiruan atau bahan pewarna ditambah
    62 tablet multivitamin, 62 tablet multimineral, dan 62 tablet pekatan setiap pek
Dicipta untuk diambil dua kali setiap hari dengan sajian
Bungkusan kedap udara
Faedah:
Memberi jumlah vitamin, mineral dan fitonutrien bermanfaat yang optimum untuk jaminan pemakanan
Memberi bahan tumbuhan semula jadi dan fitonutrien yang berharga (sebatian tumbuhan)
Salutan tidak mengandungi lilin atau pengisi, sekali gus membolehkan suplemen melarut dengan cepat agar nutrien boleh diperolehi. Tablet juga lebih mudah untuk ditelan
Sesuai terutamanya bagi mereka yang mahu mengelakkan bahan tambahan sintetik
Bekalan satu bulan yang menyenangkan; anda boleh membawanya ke mana-mana sahaja
Memberi asas yang kukuh bagi sebarang program suplemen
Dua kali sehari memberikan dua peluang untuk tubuh anda menyerap nutrien
Memastikan kualiti dan integriti produk



SANGAT LENGKAP!!

Nutrilite Iron-Folic


592400 NUTRILITE Iron Folic (120 tab)

* Satu tablet bersalut NUTRILOCK membekalkan 10 mg ferus fumarat dan ferus glukonat, dua bentuk zat besi yang bertoleransi dengan bagus dan mudah diserap; serta 0.133 mg folat.
* Zat besi membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia zat besi.
* Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub saraf dalam janin.
* Disyorkan untuk mereka yang menghadapi anemia zat besi dan amat penting untuk wanita yang merancang untuk hamil dan sepanjang 12 minggu pertama kehamilan.
* Penyerapan zat besi dirangsang oleh supplemen dengan Vitamin C.
* Pengambilan kopi atau teh akan menghalang penyeapan zat besi.
* Penggunaan yang Disyorkan : Ambil 1-2 tablet dengan sajian. Maksimum 2 tablet setiap hari.
* 120 tablet.

PERANAN IRON FOLIC UNTUK BADAN..

1.Untuk memindahkan oksigen dan karbon dioksida diantara tisu-tisu

2. Penting dalam menghasilkan HEMOGLOBIN (sel darah merah), MYGLOBIN (pigmen merah dalam otot) dan enzim-enzim tertentu

3. Membantu pertumbuhan

4. membina ketahanan daripada penyakit

5. menyembuh dan mencegah kepucatan akibat kekurangan IRON

6. menghidupkan cahaya kulit

7. membantu di dalam metabolisme vitamin B

8. mencegah kelesuan

KEKURANGAN ZAT INI AKAN MENGAKIBATKAN :
1. Sesak nafas
2. Cacat kuku
3. Selalu pening
4. Tiada selera makan
5. Jantung berdebar
6. Sembelit
7. Rasa Loya
8. Pucat atau anemia
9. mengurangkan keupayaan bekerja
10. melemahkan daya belajar
11. mudah dijangkiti penyakit
12. mempunyai risiko yang tinggi kematian semasa mengandung dan melahirkan anak

SIAPA YANG SANGAT MEMERLUKAN??
1. wanita terutamanya semasa haid dan dalam hamil
2. kanak-kanak terutamanya yang sedang membesar. mereka mudah kehilangan zat ini akibat jangkitan cacing dan parasit
3. mereka yang hilang darah melalui penyakit contoh : ulcer atau haemorrhoids, pembedahan atau pendermaan darah
4. mereka yang banyak minum kopi atau teh kerana minuman jenis ini menghalang kemampuan tubuh untuk meresap iron.

27 week already


Perkembangan fetus - hamil 27 minggu


Bayi anda sekarang berat 2 paun / 875 gram dan berukuran 14.5 inci / 36.6 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Matanya membuka dan menutup, dan dia tidur dan berjaga mengikut jarak masa yang teratur dan mungkin menghisap jari dan ibu jari. 

Mimpi-mimpi manis, si kecil tersayang! Sebilangan pakar percaya yang bayi mula bermimpi menjelang minggu ke-28. Apakah yang mereka mimpikan? Tiada siapa yang tahu dengan pasti tetapi otak mula aktif pada minggu ini juga. Jejalur unik atas permukaan otak mula timbul dan tisu otak bertambah dengan lebih banyak.

Apa yang menyebabkan pergerakan beritma yang anda rasakan sebenarnya ialah sedu-sedan bayi anda, dan ia kerap berlaku pada minggu ini dan sepanjang kehamilan. Bayi anda mengalaminya tetapi menyedut cecair amnion, bukan udara. Sudah tentu beg kertas tidak akan menghilangkan sedunya, namun, sesuatu episod tersedu itu hanya berlanjutan untuk sekejap masa sahaja. Sensasi itu agak aneh bagi anda, tetapi bukanlah merupakan sesuatu yang tidak menyenangkan.

Oleh sebab uterus anda sekarang sudah naik dan berdekatan dengan sangkar rusuk anda, anda mungkin merasakan susah bernafas atau anda sudah merasakan kesesakan ini lebih awal lagi. Bermula sekarang dan sepanjang tiga bulan terakhir kehamilan, anda mungkin dilanda kejang betishemoroidvena varikos dan gatal-gatal abdomen. Adakah ketidakselesaan kehamilan membuatkan anda kurang gembira? Cubalah beberapa cara pemulihan natural untuk menceriakan anda.

Sekiranya anda didapati Rh-negatif di awal kehamilan, anda mungkin diuji untuk antibodi Rh pada minggu ini atau minggu hadapan dan menerima suntikan anti-D untuk melawan ketakserasian yang ada. Anda mungkin ditawarkan suntikan ulangan pada 36 minggu kehamilan.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


http://www.babycenter.com.my/a1044609/perkembangan-fetus---hamil-27-minggu#ixzz2LsVHFked

Pemakaian CINCIN


BAGAIMANA RASULULLAH MEMAKAI CINCIN?

Soalan; ustaz, boleh tolong jelaskan bagaimana cara memakai cincin yang mengikut sunnah? Memakai di tangan kanan atau kiri dan di jari mana? Terima kasih.

Jawapan;

1. Memakai cincin harus di tangan kanan dan juga tangan kiri. Menurut Imam an-Nawawi; “Telah ijmak para ulamak bahawa harus memakai cincin di tangan kanan atau tangan kiri. Di sebelah mana kita memakainya tidaklah dimakruhkan” (Syarah Soheh Muslim). Merujuk kepada hadis-hadis, terdapat hadis menceritakan Nabi memakai cincin di tangan kanannya dan ada juga hadis baginda memakainya di tangan kiri.

2. Dalil keharusan memakai cincin di tangan kanan ialah;

a) Dari Saidina Ali r.a. menceritakan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. memakai cincinnya di tangan kanannya”. (Riwayat Imam at-Tirmizi)

b) Hammad bin Salamah menceritakan; “Aku telah melihat Abi Rafi’ memakai cincin di tangan kanannya, maka aku bertanya kepadanya tentang hal tersebut. Lalu ia menjawab; ‘Kerana aku telah melihat Abdullah bin Jaafar r.a. (seorang sabahat) memakai cincin di tangan kanannya dan ia (yakni Abdullah) berkata kepadaku; ‘Adalah Rasulullah s.a.w. memakai cincin di sebelah tangan kanannya’”. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad).

3. Adapun dalil bagi tangan kiri;

a) Dari Anas dan Ibnu Umar keduanya menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincin di tangan kirinya”. (Riwayat Imam Muslim dari Anas dan Abu Daud dari Ibnu Umar)

b) Dari Jaafar bin Muhammad yang meriwayatkan dari bapanya yang menceritakan; “Adalah Hasan dan Husain (cucu Nabi), kedua-dua mereka memakai cincin di tangan sebelah kiri mereka” (Riwayat Imam at-Tirmizi. Kata Imam at-Tirmizi, hadis ini soheh). Menurut ulamak; Kemungkinan kedua-dua mereka telah melihat datuk mereka (yakni Nabi s.a.w.) memakai cincin di tangan kiri, lalu mereka mengikutinya.

4. Mana yang paling baik, memakainya di tangan kanan atau di tangan kiri? Menurut Imam Nawawi; ulamak-ulamak Salaf ramai yang memakainya di tangan kanan dan tidak kurang ramai juga yang memakainya di tangan kiri. Imam Malik menyukai memakainya di tangan kiri dan ia memakruhkan memakainya di tangan kanan. Di kalangan ulamak-ulamak mazhab Syafi’ie terdapat khilaf; ada yang menyukai di tangan kanan dan ada yang menyukai di tangan kiri. Namun yang rajih ialah; memakainya di tangan kanan kerana cincin adalah perhiasan, maka tangan kanan lebih mulia dan lebih berhak diberi perhiasan dan dimuliakan dari tangan kiri. (Syarah Soheh Muslim)

5. Mengenai jari pula, sepakat para ulamak menyebutkan; sunat cincin dipakai di jari kelingking berdalilkan hadis dari Anas r.a. yang menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. memakai cincinnya di jari ini, sambil beliau (yakni Anas) menunjukkan pada jari kelingking di tangan kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)

Terdapat hadis melarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah, iaitu hadis dari Saidina Ali yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah menegahku dari memakai cincin di jari ini atau jari sebelahnya, sambil ia (yakni Ali) menunjukkan jari telunjuk dan jari tengahnya” (HR Imam Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai)

Namun menurut ulamak; Larangan di dalam hadis di atas adalah larangan makruh, bukan larangan haram. (Syarah Soheh Muslim)

6. Bagi kaum wanita, harus memakai cincin pada mana-mana jari tanpa makruh. (Syarah Soheh Muslim, Tuhfah al-Ahwazi, 'Aunul-Ma'bud)
Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, Juz. 14, kitab al-Libas wa az-Zinah, bab Fi Khatam al-Wariq Fassuhu Habasyiy.
2. Tuhfah al-Ahwazi, juz. 4, bab Karahiyati at-Takhattum fi al-Usbu’aini.
3. ‘Aunul-Ma’bud, juz. 9, bab Ma Ja-a Fi Khatamil-Hadiid.

Tuesday, February 5, 2013

me @24W


Perkembangan fetus - hamil 24 minggu


Berat bayi anda lebih dari 1.3 paun / 600 gram. Walaupun dia mempunyai hanya sedikit lemak badan dan kulitnya nipis dan mudah pecah, dia sekarang sudah mempunyai bentuk badan yang sempurna. Otaknya tumbuh dengan pantas, dan dia semakin memenuhi ruang dalam rahim anda. Dari mercu kepala ke tumit dia berukuran 11.8 inci / 30 sentimeter. Sekiranya pelahirananda nampak seakan-akan hendak bermula, sudah pasti pakar obstetrik dan doktor akan melakukan segala-galanya untuk menghentikan perjalanan kelahiran pramatang supaya bayi anda boleh terus-menerus matang.

Anda mungkin kelihatan jalur-jalur merah atau coklat yang malap yang merupakan tanda perut meregang, bergelar stria kehamilan yang terdapat di abdomen, punggung dan payudara anda. Krim tidak boleh menghilangkannya, tetapi, memakai bra yang menyokong boleh menghindarkan atau mengurangkan jalur-jalur ini di payudara anda. Jalur-jalur ini memang terjadi di tahap kehamilan ini - lebih kurang 90 peratus wanita mendapatnya. Sesudah anda melahirkan, pigmen kemerahan atau kecoklatan pada jalur-jalur itu akan mula hilang, dan menjadi lebih pudar dari di kulit kelilingnya.

Juga, mata anda akan menjadi sensitif kepada cahaya dan akan terasa kering dan seakan-akan berpasir. Ini merupakan simptom kehamilan yang biasa bergelar 'mata kering'. Untuk meredakan ketidakselesaan anda, gunakanlah larutan 'airmata tiruan' untuk menambahkan kelembapan.

Diet yang sihat adalah penting pada tahap kehamilan ini, jadi lawatilah bahagian makan sempurna kami di minggu 25-28.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


http://www.babycenter.com.my/a1044285/perkembangan-fetus---hamil-24-minggu#ixzz2K08mILov


alhamdulillah, td checkup , semuanya berjalan lancar... ank mummy pon sihat2 jer.. berat naik, HB normal.... syukran... lega sgt, bila misi ckp next checkup is next month....lalalallalllalala....

Friday, February 1, 2013

me @ 23W


Perkembangan fetus - hamil 23 minggu


Berat bayi anda sekarang lebih sedikit dari satu paun / 500 gram dan dia berukuran lebih kurang 11.4 inci / 29 sentimeter dari mercu kepala ke tumit. Pendengarannya telah mantap sepenuhnya dan dia boleh mengecam satu versi suara anda yang pincang, selain bunyi denyutan jantung anda dan bunyi deram-derum perut anda. Bunyi-bunyi kuat yang boleh didengarinya dari dalam rahim, seperti bunyi anjing sebelah rumah menyalak atau bunyi tempikan pembersih vakum, mungkin tidak akan mengganggu anak anda apabila dia mendengarnya semasa dia di luar rahim. Kajian tertentu seakan-akan menyatakan yang bayi belum lahir lebih gemarkan muzik klasik.

Selain kemajuan-kemajuan dalam pendengaran, paru-parunya sedang melalui perubahan-perubahan untuk menyediakannya untuk bernafas. Dia sentiasa menelan tetapi dia tidak akan membuang air besar (digelarkan mekonium) sehingga selepas dilahirkan.

Jika bayi anda dilahirkan sekarang, dia mempunyai kemungkinan kecil (lebih kurang 16 peratus) untuk meneruskan hidup dengan penjagaan yang sesuai. Setiap hari dia berada dalam rahim memberinya peluang yang lebih baik untuk meneruskan hidup. Jika dia dilahirkan pada 24 minggu kehamilan, peluangnya untuk terus hidup akan meningkat kepada 44 peratus.

Anda pula akan merasa pergerakan anda canggung sebab pusat graviti anda telah berganjak. Gusi anda mungkin berdarah apabila anda menggosok gigi dan pusat anda yang dahulunya 'tenggelam', sekarang sudah membonjol. Jangan bimbang. Ia akan kembali kepada keadaan asal sebaik sahaja anda melahirkan.

Bulan-bulan pertengahan adalah masa yang baik untuk memikirkan tentang pelancongan. Dapatkan segala maklumat yang diperlukan yang merangkumi kulit perang hingga ke pemvaksinan dalam bahagian pelancongan kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 


http://www.babycenter.com.my/a1044282/perkembangan-fetus---hamil-23-minggu#ixzz2JdNUjXNZ


kelmarin, 30.1.2013, g KKIA cam biase tuk timbang, after a week... sbbnyer, last week berat turun 300g... g klinik ngan hati berbunge la.. sbb rase ok jer... 

erm, the result make me so worried.... turun lagikKK... 600g tuh... rase agk sedih... takut something happen to baby.. x puas ati, balik keje, terus p scan kat DR. NORAM.... erm, sgt lege... baby berkembang dengan normal ya.. mommy jgn risau2.... n x pasal2... nmpk tut~ die... hehehhe comel....

so, skrg mommy x risau lg... maybe sbb penangan LACTO-LITE kot.. usus dah ok pon... (sblm ni agk sembelit... maybe byk sgt amik IRON Tablet, tuk cover HB).... 

<3

Lecithin-E


LECITHIN-E

LECITHIN-E (270 TABLETS)

Ciri-ciri :
  • berperisa madu, karob dan walnet mapel.
  • satu tablet yang boleh dikunyah memberikan 25IU vitamin E dan 50mg Lesitin.
  • Vitamin E adalah antioksidan penting yang menentang radikal bebas
  • Lesitin membantu dalam penyerapan vitamin E
kelebihan :
  • memecahkan lemak
  • sebagai antioksida (penentang radikal bebas)
  • menurunkan kadar kolestrol dalam darah
  • melindungi dari mengidap sakit jantung
  • meningkatkan kadar tenaga otak
  • mencegah hilang ingatan
  • merawat sistem saraf
  • menolong merawat penyakit hepatitis
  • penting untuk merawat penyakit AIDS
  • mencegah dan merawat batu karang
  • mencegah kulit muka drp cepat tua & berkedut
  • merawat & menghilangkan ketagihan dadah
  • melindungi gangguan urat saraf
  • penting dalam proses pembaikan benih air mani wanita & lelaki
MEREKA YANG MEMERLUKAN :
  • OBESITI
  • SAKIT KEPALA
  • SEMBELIT
  • DIABETIS / KENCING MANIS
  • RAMBUT BERUBAN
  • PENYAKIT JANTUNG
  • HATI KUSUT
  • KULIT TIDAK NORMAL
  • MENCEGAH PENYAKIT
  • PARKINSON
  • MEMPERKUATKAN DAYA INGATAN
  • OTOT SESEMUT DAN SEJUK
  • PENGERASAN SALUR NADI
  • TEKANAN DARAH TINGGI
  • HAMIL
  • MENCEGAH KEGUGURAN
  • MENCEGAH DARI BERSALIN AWAL
  • REMAJA
  • MEROKOK
  • JEMURAN MATAHARI



Apa itu Lecithin?
- Nature’s Emulsifier (Pengemulsi Semulajadi) yang membantu badan menyerap nutrien larut lemak seperti Vitamin A,D,E, K, Beta Caretone
- Boleh didapati dari tisu binatang dan tumbuhan (plant)
- Untuk komersil didapati dari telur, jagung & kacang soya
- Fat Emulsifier - Melarutkan lemak

Apa ada dalam Lecithin?
- Asid linoleik (essential fatty acid) yang amat diperlukan oleh badan. Tapi badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan ia perlu diambil melalui diet harian

- Kolin - satu komponen neurotransmitter (memberikan impuls dari saraf satu ke saraf yang lain)
- Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
- Inositol - sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan

Apakah khasiat dan kegunaan Lecithin?

1. PALING UTAMA - untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
- Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
- Ia membantu 
menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) - Membantu mengawal paras triglycerides (a type of fat found in your blood. Your body uses them for energy)- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah
* Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. 
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK 
- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman etc
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin
- Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30% otak adalah lecithin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. UNTUK KAUM TUA
- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang 
uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua - Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb

4. UNTUK PENGHADAMAN 
- Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil 'bile'(jus hempedu) daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. UNTUK SEL
- Lecithin penting untuk 
mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel - Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
- Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung. 
- Ia amat mujarab jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber 

Hasil Penyelidikan (R&D) 
Lecithin daripada soyabean berkesan memecahkan deposit kolesterol - Lecithin daripada telur boleh tetapi tidak bergitu berkesan

Peranan Lecithin Pada Breastfeeding Moms
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat daripengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu? 

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.
* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.
* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.
* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi


Maka, selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah YA selamat diambil. Sila dapatkan jadual pemakanan dari pengedar seandainya anda mahukan cara pengambilan yang lebih baik. 

Saw Palmetto and Nettle Root Plus


SAW PALMETTO AND NETTLE ROOT PLUS (90gel lembut)

SAW PALMETTO AND NETTLE ROOT PLUS 
(90gel lembut)

SAW PALMETTO AND NETTLE ROOT PLUS (90gel lembut)


  • setiap gel lembut mengandungi campuran 106mg ekstrak saw palmetto dan 80mg ekstrak akar nettle
  • ia mengandungi minyak biji labu dan sebatian tumbuhan fitonutrien NUTRILITE yang eksklusif untuk memberikan faedah pemakan tambahan.
  • mengandungi gelatin lembu yang disahkan halal
kelebihan :
  • membantu menyokong pengaliran air kencing yang normal
  • mengatasi kebengkakan prostat antara ginjal dan pundi kencing
  • kesan boleh dilihat dalam masa 2 minggu
Tanda-tanda masalah prostat
  • kencing tidak tus 
  • pundi kencing tak benar-benar kosong
  • kekerapan buang air kecil pada waktu malam
  • terasa perit bila kencing
  • air kencing kotor
  • air kencing bau hancing sangat
  • kencing berdarah
Punca-punca :
  • faktor usia 
    • perubahan hormon
    • 40 tahun ke atas wajib mengambil produk ini bagi melancarkan saluran kencing.
    • setiap setahun mesti mengambil produk ini 1 botol
  • tidak kawal
    • ada bakteria dalam pundi kencing
    • mengalir ke ginjal dan merosakkan ginjal
Kesan akibat rawatan moden :
  • mengakibatkan mati pucuk
  • lemah tenaga batin
  • tekanan darah rendah
Akibat daripada pembedahan :
  • air kencing tiada kawalan
  • tiada keupayaan melakukan hubungan kelamin
Kebaikan saw palmetto:
  • mengelakkan radang pundi kencing
  • membantu melegakan tisu
  • memecahkan mendapan kolestrol
  • mengandungi fotokimia yg menyekat daripada terjadinya bengkak prostat
  • Antioksidan - membuang asid dalam pundi kencing
  • mengawal keseimbangan sel kelenjar
There was an error in this gadget