Showing posts with label Amway. Show all posts
Showing posts with label Amway. Show all posts

Friday, May 27, 2016

Set Bersalin Tropical Herbs Amway

Set Bersalin Tropical Herbs

Assalamualaikum

Since sekarang ni macam musim musim orang mengandung bersalin. Saya nak kongsi sikit pasal set bersalin yang best sangat ni. kononnya



Set bersalin tropical herbs
Ramai yang biasa dengar kot. Cuma biasa lah kan. Kalau tak kenal maka tak cinta. Biasanya da pakai baru tau. Kalau da pakai pun, kalau tak gunakan dengan kaedah yang betul dan berdisiplin takkan dapat kesan baik daripada penggunaan set bersalin ni.

Set bersalin ni bukan saja banyak digunakan oleh ibu-ibu kaum melayu, malah ramai kaum cina dan india yang gunakannya. Ianya sesuai bagi sesiapa yang nak berpantang secara tradisional tapi tak perlu gaduh nak rebus akar kayu dan sebagainya. Herba serbuk cuma perlu ditambah air suam untuk jadi paste. Manakala uncang direndam dalam air panas sebelum digunakan.

Apa yang ada di dalamnya?
Mengandungi herba bagi penjagaan dalaman dan luaran bagi ibu yang baru bersalin. Set ni di datangkan sekali dengan bengkung (PERCUMA - worth RM50) 

Untuk kegunaan luaran
Minyak urut daun serai wangi untuk ibu
Minyak bayi
Pilis - Sapu di dahi
Param - Sapu seluruh badan
Tepel - Sapu di perut
Uncang mandian
Uncang cucian - untuk cuci tempat luka

Untuk dalaman
Teh herba
Pil bersalin 1
Pil bersalin 2

Bengkung - Sangat selesa. Tak panas dan labuh. Saiznya boleh diselaras bagi yang bertubuh gempal atau sedikit kecil.

Mempunyai jadual penggunaan yang lengkap bagi tempoh berpantang selama 44 hari.

Cara menggunakan
Kalau baca review di internet dan blog blog. Ramai yang rasa membazir beli set bersalin ni sebab terlalu banyak barangnya, tapi tak habis digunakan. Ada juga yang kurang rasa perbezaan, seperti masih sembelit dan kurang tenaga walau pun menggunakan set bersalin ni. Apa yang aku dapat lihat, ianya adalah kerana si penjual tak terangkan cara gunakan dan kebaikan menggunakan set bersalin ni dengan betul dan berdisiplin. So, pengguna pun tak rasa nak sungguh-sungguh guna set bersalin ni.

Ok. Cara penggunaan yang disarankan. (Mungkin ada cara yang lain. Tapi so far saya dapati kaedah ni berkesan untuk saya dan pelanggan saya yang lain)

Mandi pagi (lebih kurang pukul 10 pagi) - 

Gunakan uncang mandian dan cucian ikut jadual yang diberikan. Sebaiknya mandi air panas selama 44 hari ya.

Lepas mandi, sapu minyak urut daun serai wangi di seluruh badan (Minyak ni tak berapa melekit, kalau rasa cam lekit, gosok gosok bagi serap)

Kemudian, sapukan peramping perut (tepel) - Ianya mengandungi manjakani yang membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim dan merampingkan pinggang

Sapu penghangat badan (param) ke seluruh badan

Sapu penenang (pilis) di dahi

Pakai bengkung

Sebaiknya tidur sekejap selama 15 minit selepas habis proses ni (terutamanya seminggu pertama lepas bersalin) Paling tidak pun rehat rehat je sambil melayan baby.

Lepas hari ke lima, minum teh. Teh ni kalau minum gitu je memang payah nak lekat ke tekak. Tapi boleh campur sedikit madu

Bengkung perlu dipakai sekurang kurangnya 8-10 jam. Sebaiknya mandi sekali je. Tapi kalau tak tahan boleh mandi lagi petang tu. Tapi mandi air panas (boleh recycle uncang yang pagi tadi - tapi sebaiknya jgn recycle dua hari uncang yang sama) Lepas mandi pakai semula bengkung. 

Param tu agak berhabuk bila dah kering. Kalau mandi petang, baki yang tinggal kat badan tu gosok gosok jadi macam scrub. Licin ko.. Satu peket tu banyak jugak. Sehari satu peket, so kalau belum habis bakinya tu gosok je. Hilang daki daki. Licin kulit.

Kebaikan
Apa baiknya kalau guna set bersalin tropical herbs ni ya. 

Ada banyak set bersalin di pasaran kan. Tapi kenapa saya rasa set bersalin tropical herbs ni bagus sangat.

(1) Set bersalin ni tak mengandungi kacip fatimah. So sangat sesuai bagi ibu yang nak menyusukan anak. Malah, pil lepas bersalin 1 tu memang untuk melancarkan susu. Boleh baca review saya pasal bahaya kacip fatimah bagi ibu menyusu dalam blog ini.

(2) Kalau digunakan dengan berdisiplin, dapat menurunkan berat badan dan merampingkan semula pinggang dalam masa 44 hari. Pil bersalin 2 pulak untuk mencergaskan balik badan dan bantu mengembalikan bentuk badan kepada asal

(3) Mengelak sembelit - Teh uncang tu untuk elak sembelit. Minum dengan madu.

(4) Tubuh lebih segar, perjalanan darah nifas lebih lancar. Salah satu feedback yang saya dapat adalah badan tak berbau. Rasa cergas je.

(5) Kalau kuning kurang dari 170, takde masalah untuk teruskan semua pil dan teh. Teh tu minum lepas 5 hari. So kalau awal-awal tu takde kuning, insya allah ok. Kalau ada pun kalau less than 170 boleh teruskan. Kalau takut gak, just skip dulu pil dan teh sampai baby sembuh dari kuning. Herba yang untuk kegunaan luaran boleh diteruskan.

(6) Boleh digunakan oleh orang bersalin normal dan czer. Tapi kalau czer tu jangan pakai bengkung  dengan tepel sampai at least 2 minggu lepas bersalin. Kalau tak confident pakai lepas sebulan. 

(7) Mudah digunakan. Memang banyak dan leceh. Tapi berkesan tau. . Hehehe..Paling obvious luka cepat je baik.

(8) Antara yang paling best adalah, minyak baby tu bau wangi dan masa dalam pantang anak-anak jarang kena kembung. Mudah je kentut bila pakai minyak baby dalam set ni.

(9) Harga berpatutan (PM tepi utk best prrice). Datang dengan moneyback guarantee. Tapi jangan da habis pulang balik pulak. Naya.

(10) Saya bagi service ngetop baekkk punya... Hehehe..

Bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian. Bak kata mak saya. Badan kita nak pakai lama. Berpantang memang leceh. Itu ini tak boleh makan. Nak kena jaga macam-macam. Jalan kena berkepit bagai. Tapi insya allah. Badan kita akan tahan lebih lama. Takde la baru nak masuk 40 da sakit sana sini. Tambah lagi, kalau jaga betul betul masa berpantang ni, lebih senang nak kembali ke berat asal semula. Berbanding bila lemak dah liat melekat kuat tu susah nak turun lagi parah.

Pilihan di tangan kita. Memang ada orang yang segar bugar takde masalah walau pun berpantang ngelat ngelat. Tapi kita tak tau nasib kita. Ada baiknya cegah sebelum parah.

Kalau berminat nanti email @ whats'up saya. Area Kota Tinggi, Ulu Tiram & Jb (sebahagian) tu insya allah boleh saya usahakan kalau nak COD.

Email saya : ctierohanna@gmail.com
WA / PM / SMS : 0137070432 (ct)

Thursday, September 19, 2013

Nutrilite CB Plus

NUTRILITE™ CB PLUS `carbo-block`
Pelerai Karbohidrat Semualajadi




Ciri-ciri

Satu tablet memberi 167 mg vulgaris Phaseolus (ekstrak kacang merah), 100mg glycine max daripada ekstrak kacang soya.
Gabungan bahan-bahan digunakan secara tradisional untuk umum kesihatan
Juga mengandungi pati pasli
Memberi pelbagai khasiat tumbuhan kompaun bagi tambahan faedah nutrisi.
Tiada perisa tiruan, warna, atau bahan pengawet tambahan.
Disukai oleh mereka yang ingin mengelakkan bahan-bahan ini dalam diet mereka.
Dewasa ambil 1 hingga 3 tablet bersama makanan yang mengandungi kanji. Tidak melebihi 9 tablet setiap hari.
Cara yang mudah untuk mendapatkan yang terbaik daripada produk ini untuk diet harian yang sihat


Produk ini boleh diambil bersama-sama dengan NUTRILITE
Fruit & Vegetable Fibre, Lecithin-E dan POSITRIM sebagai
sebahagian daripada diet anda




Apakah NUTRILITE CB Plus?
NUTRILITE CB Plus adalah gabungan dua ekstrak tumbuhan iaitu ekstrak
kacang merah dan ekstrak kacang soya.

Bilakah masa yang terbaik untuk mengambil NUTRILITE CB Plus?
Untuk mendapatkan yang terbaik daripada produk, ia dicadangkan untuk
mengambil NUTRILITE CB Plus pada permulaan makan.

Bolehkah pesakit diabetes mengambil NUTRILITE CB Plus?
Orang yang mempunyai diabetes perlu menyemak dengan doktor mereka
sebelum mengambil NUTRILITE CB Plus, terutamanya jika mereka
memerlukan insulin atau agen anti-hyperglycemic lisan untuk mengawal
mereka gula dalam darah.


Monday, February 25, 2013

NUTRILITE Concentrated Fruits & Vegetables (60 tab)

NUTRILITE Concentrated Fruits & Vegetables (60 tab)
  102992

Apabila anda tidak boleh atau tidak memakan seperti yang sepatutnya, dapatkan NUTRILITE Concentrated Fruits & Vegetables untuk memperoleh fitonutrien penting yang secukupnya. Ia menawarkan cara pengambilan fitonutrien dalam bentuk pekat. Kini anda boleh memperoleh khasiat pemakanannya dengan mudah.

Friday, February 1, 2013

ALLANO lotion


Allano Lotion

ALLANO HAND & BODY LOTION 

KELEBIHAN :

  1. Mengandungi 250ml - jika dikeluarkan dari botol dapat memenuhi satu baldi saiz sederhan.
  2. Losyen pekat berbusa yang menyamankan serta melembapkan kulit yang kasar dan pecah-pecah.
  3. Menghasilkan pelindung tidak kelihatan yang melindungi daripada kotoran dan kehilangan lembapan
  4. Menjadikan kulit terasa licin
  5. Mengandungi Lanolin, Alantoin dan silikon di dalam pendispens earosal yang selamat dan mesra alam.


KEGUNAAN LAIN :
  • sangat berguna menjadi alat kecemasan di setiap rumah
  • sangat membantu mengelakkan kulit melepuh, terbakar akibat air panas, minyak panas di saat kecemasan
  • menghilangkan parut untuk mereka yang ada kesan luka yang lama ataupun yang baru
  • untuk mereka yang terkena demam cengkering dan campak
  • sangat berguna ketika anak sedang demam panas - sapukan keseluruhan tubuh badan anak termasuk kepala dan pelipat ketiak : boleh kebahkan panas badan
  • sangat berguna apabila mengalami migrain/ sakit kepala - sapu di tengkuk dan kepala..
  • Kalau ada yg sedang kena chicken pox,sapukan Allano lotion nie utk kurangkan gatal dan kurangkan risiko parut-parut campak. 
  • Sebagai insect repellent. Sapu kat kaki dan tangan sebelum tido supaya nyamuk tak gigit. 
  •  Untuk menghilangkan gatal-gatal gigitan nyamuk atau serangga.
  • Untuk luka kecil dan besar. Contohnya papercut, luka terkena pisau, luka merempuh sliding door. Utk luka besar boleh spraykan Allano sebelum dibawa ke hospital.
  • Melecur kerana air panas. Jangan basuh tangan, sebaliknya spraykan Allano pada tempat yg melecur.Kami pernah menggunakan ini pada tangan kakak yg tersiram air gula menggelegak. Alhamdulillah tiada menggelembung dan cepat elok. 
  • Melembabkan kulit badan dan juga boleh dispray pada tapak kaki yg pecah-pecah. 

ALLANO Family Talcum Powder


ALLANO FAMILY TALCUM POWDER

FAMILY TALCUM POWDER 250g RM16.00

BEDAK TALKUM SEKELUARGA 250g

  • Nikmati keselesaan bedak talkum yang nyaman dan menyegarkan
  • dengan haruman lembut lilik, Ros, dan Melur
KEGUNAAN :
  • LEMBUT PADA BAYI
  • ELAKKAN RUAM LAMPIN
  • APABILA PAKAI.. DI MUKA TIDAK BERCAPUK2..
  • SANGAT LEMBUT & WANGI
  • SESUAI DIGUNAKAN SELEPAS MANDI.
DIBELAKANG BEDAK.. TERTULIS..
"JAMINAN KEPUASAN DIJAMIN ATAU WANG DIKEMBALIKAN"

Set Bersalin Tropical Herbs


Kandungan Dalam Set Lepas Bersalin


PERKARA PENTING BAGI MENGEMBALIKAN TENAGA SELEPAS MELAHIRKAN & MENGEMBALIKAN SEMULA BENTUK TUBUH BADAN SEPERTI SEBELUM MELAHIRKAN.. JANGAN ABAIKAN.. JIKA ANDA MAHU CANTIK!!!


1. TEH HERBA - untuk diminum
10 uncang  x 2g



Ramuan Utama:
  • kunyit
  • manjakani 
  •  halia
  • tahi angin 
ini adalah teh herba yang mengandungi herba yang:
  1. membantu mengeluarkan darah beku daripada rahim 
  2. membantu mengurangkan radang pada rahim dan vagina 
  3. membantu menguatkan tisu badan dan mengecutkan otot rahim dan vagina 
  4. mempercepatkan penyembuhan jahitan 
  5. digunakan sebagai tonik untuk mencergaskan semula badan selepas bersalin 
  6. digunakan sebagai agen penghangat badan dan membaiki peredaran darah 
  7. membantu melegakan sembelit
arahan penggunaan : 
  • diambil mulai hari ke-5 selepas bersalin
  • minum 2x sehari hidangan selama 5 hari


    2. LEPAS BERSALIN (1) - untuk dimakan
    (60 kapsul x 300mg)




    • Ramuan Utama:
      • pegaga
      • kunyit
      • shatavari
      • ashwaganda


    • produk ini membantu mengembalikan semangat dan membina semula kekuatan selepas bersalin

    • ia mengandungi gabungan pati herba mentah yang distandardkan yang:
      • digunakan sebagai tonik selepas bersalin untuk membantu menambahkan tenaga.
      • digunakan kerana ciri-ciri penghangatannya dan untuk membaiki peredaran darah
      • berguna dalam membantu menyembuhkan luka atau kerosakan pada r
      • ahim dan perineum sewaktu bersalin
      • membantu meningkatkan pengeluaran susu.
      • melegakan kesesakan darah dan mengeluarkan darah beku di rahim
      • membantu merangsang rahim supaya kembali ke bentuk asal sebelom hamil
      • mempunyai ciri antibakteria dan antivirua untuk membantu melindungi drp sebarang jangkitan
      • membantu membuang angin dari badan
      • membantu menyingkirkan lebihan air drp badan

    3. LEPAS BERSALIN (2) -untuk dimakan
    80kapsul x 300mg

    Ramuan Utama :
    • shatavari
    • teh jawa (misai kucing)
    • kunyit
    • manjakani  
    Rumusan ini membantu badan anda mendapatkan semula keadaan sebelum bersalin, dalaman dan luaran.

    ia mengandungi gabungan pati herba dan herba mentah yang distandardkan yang:
    • mempunyai ciri2 astrigen yang membantu mengecutkan tisu rahim dan otot vagina
    • membantu mengetatkan otot vagina
    • mempunyai tindakan antiradang
    • membantu mengurangkan lelehan air dari kawasan vagina
    • membantu menggalakkan aliran susu yang berterusan dan menambahkan tenaga
    • membantu mengurangkan berat badan dengan menambahkan pengeluaran air kencing
    • membantu melegakan sembelit

    4. HERBA PEMBERSIH WANITA -untuk kegunaan luaran
    20uncang x 10g



    Ramuan Utama : Buah pinang, kunyit, manjakani

    Campuran herba yang sangat beraroma untuk digunakan sebagai pembersih untuk membersih kawasan vagina selepas bersalin atau pada bila-bila masa.

    Ia mengandungi campuran herba yang :

    • mempunyai khasiat antiradang untuk membantu mengurangkan pembengkakan dan mempercepatkan penyembuhan dikawasan vagina 
    • mempunyai paras minyak pati yang tinggi untuk membantu memberi kelegaan kepada ketidakselesaan vagina akibat jahitan dan radang. 
    • mempunyai ciri-ciri astringen untuk mambantu mengecutkan tisu vagina 
    • membantu menghilangkan bau di kawasan vagina. 

    cara penggunaan :

    • mulalah menggunakan produk serta merta selepas bersalin selama 20 hari 
    • gunakan permbersih 2x sehari 
    • untuk membuat pembersih: rendam satu uncang dalam 500ml air panas selama 10 minit ATAU 
    • untuk larutan lebih pekat didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 minit sejukkan larutan sehingga suam2 kuku sebelom menggunakannya setiap 
    • uncang boleh digunakan 2x 


    5. HERBA MANDIAN - untuk kegunaan luaran

    20paket x 10g


    Ramuan utama : kulit kayu manis, serai wangi, vertiver


    herba tropika yang membantu menyegar, memulih dan memberi semula tenaga kepada badan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

    Ia mengandungi herba yang :

    • sangat beraroma untuk menceriakan anda
    • membantu melegakan otot yang letih dan sakit 
    • membantu menghilangkan bau badan 
    • membantu melegakan masalah kulit seperti gatal dan ruam 
    • mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antifungus 
    • mempunyai ciri-ciri antiradang 
    • Arahan penggunaan:

    digunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari
    Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit
    Tuangkan pati ke dalam balidi dan tambahkan air sehingga mendapat larutan suam gunakan sebagai air mandian.


    perkongsian:
    saya baru sahaja melahirkan bayi perempuan pada 15/1/2012... herba mandian ini mmg sgt membantu bg memberi kesegaran akibat bersalin dan berjaga ditengah malam.. anda pasti tidak akan merasa letih setelah mandi. 

    6. MINYAK URUT HERBA (60ml) 
    untuk kegunaan luaran




    Ramuan utama : Halia bara, serai wangi, bawang putih, kulit kayu manis


    •  Minyak urut dibuat daripada herba yang dirumus khas untuk mereka yang baru bergelar ibu.

    •   Ia mengandungi herba dan pati herba yang:
      •    membantu merangsang peredaran darah
      •  mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antifungus
      •  mempunyai ciri-ciri anti radang berkesan untuk membuang angin dari badan

    • arahan penggunaan :
      • tuang minyak ke tapak tangan dan gosok tapak tangan untuk menghangatkan minyak sebelom mengurut badan dikuti dengan campuran peramping perut
    7. CAMPURAN PERAMPING PERUT
    -untuk kegunaan luaran
    20paket x 15g

    Ramuan utama : 
    kunyit, bonglai, buah pala, jadam, tanah liat, manjakani, limau nipis

    gabungan pelbagai herba untuk memejalkan kawasan abdomen selepas bersalin

    herba terpilih ini membantu:

    • menguatkan dan memejalkan otot perut menguatkan kulit yang kendur di kawasan perut 
    • mengurangkan parut atau tompok hitam yang mungkin terdapat di kawasan perut apabila ia mengecut 
    • merangsang perjalanan darah ke kulit di sekeliling kawasan perut 
    • arahan penggunaan: 
      • camporkan serbuk peramping perot dengan 4sudu air panas, gaul hingga menjadi pes sapu rata di atas perut dan tutup dengan kain nipis 
      • gunakan bengkung untuk hasil yang lebih baik pakailah bengkong sekurang2nya selama setengah hari 
      • AWAS! jangan guna jika bayi dilahirkan melalui pembedahan 
      • Campuran Penghangat badan 
      • Ramuan ini menggabungkan herba terpilih untuk membantu menghangatkan badan selepas bersalin, terutamanya tangan dan kaki. 

    8.HERBA PENGHANGAT BADAN (PARAM)

    -untuk kegunaan luaran
    15paket x 15g

    Ramuan utama :

    ketumbar, halia, cekur, lada hitam, buah pala, kunyit

    Herba dalam produk ini membantu :

    • menghangatkan badan dan memperbaiki peredaran darah ke kulit 
    • mengurangkan pengekalan air di dalam badan melegakan otot yang letih menguatkan tisu membuang angin 
    • melegakan masalah kulit yang ringan dengan ciri-cirinya antibakteria dan antifungus 
    • arahan penggunaan: 
         guna selepas urutan dan pemakaian bengkung, ia boleh dilakukan bila-bila masa pada hari itu

    sapukan ke seluruh badan kecuali kawasan muka, perut dan vagina biar kering atau seelok-eloknya selama 2-3jam sebelom dibersihkan


    9.CAMPURAN PENENANG (PILIS)
    -untuk kegunaan luaran
    15paket x 3g

    Ramuan utama :
    juntan hitam, daun turi, kulit kayu manis, manjakani
    • campuran istimewa herba untuk digunakan di atas dahi untuk menyegarkan ibu yang mungkin kurang tidur dan merasa berat di sekeliling mata.

    •  produk ini membantu:
      • mengurangkan rasa mengantuk
      • menyejukkan dahi
      • melegakan sakit kepala

       arahan penggunaan:

        jadikan pes, sapukan pada dahi


    BABY OIL 

    10. MINYAK BAYI 60ml
    -untuk bayi (kegunaan luaran)

    Ramuan utama :
      • minyak pudina
      • minyak kayu putih

    perumusan semulajadi yang boleh digunakan setiap hari

    minyak pati digunakan dalam perumusan ini:
      • membantu membuang angin dan melegakan sakit perut memulas
      •  membantu melegakan kembung di kawasan perut
      • mempunyai ciri-ciri antibakteria dan antifungus
      • mempunyai ciri-ciri antiradang menyamankan kulit bayi
      •  tidak mengandungi mentol dan metil salisilat (boleh menyebabkan sawan)
    KELEBIHAN LAIN
    • SANGAT BERGUNA UNTUK SAKIT SENDI, BISA-BISA BADAN PADA ORANG DEWASA..
    • BAUNYA HARUM DAN SEGAR

    Kandungan Set Bersalin Tropical Herbs : 10 DALAM 1

    SET LEPAS BERSALIN LENGKAP 
    TROPICAL HERBS

    Kandungan Set Lepas bersalin Tropical Herb:


    Produk untuk dimakan :


    • Teh Herba (10 uncang)
    • Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
    • Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)

    Produk-produk kegunaan luaran ;


    • herba Pembersih Wanita (20 uncang)
    • Herba Mandian (20 uncang)
    • Campuran Peramping Perut (20 paket)
    • Campuran Penghangat Badan (15 paket)
    • Campuran Penenang (15 paket)
    • Minyak Urut Herba (60ml)
    • Minyak bayi (60ml)


    Dapatkan Bengkung Lepas bersalin bernilai RM50.00 dengan PERCUMA!!!