Showing posts with label pneumonia. Show all posts
Showing posts with label pneumonia. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun


Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun
Mesti runsing, risau, kasihan melihat si manja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah terkena selsema bayi.

Saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.

Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.

Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)

Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun

1. Berikan satu sudu madu dan air suma kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas. Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak

2. Bagi bayi selsema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit sahaja madu.

3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang ^_^.

4. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh-tumbuhan sahaja)







5. Buang kahak dalam paru-paru. Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja. 
Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui najis.

* Selamat mencuba yer ibu-ibu..

Jika info ini berguna utk ibu2...Sila SHARE n LIKE

Untuk dapatkan lebih byk lagi info2 yg berguna...
Jemput LIKE Komuniti Keibubapaan Malaysia

Saturday, January 22, 2011

Pneumonia

Apakah itu Pneumonia?

Pneumonia atau radang paru-paru ialah sejenis jangkitan yang melibatkan pundi-pundi udara kecil (alveoli) dan tisu-tisu di sekitarnya. Laluan-laluan ini yang dipenuhi nanah atau mukus akan menyekat oksigen dari sampai ke dalam darah. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa jenis kuman seperti bakteria,

virus, fungi dan mikrob.


Bagaimana anda mendapat penyakit ini?

Kebanyakan kuman-kuman pneumonia ini tinggal di dalam tekak sebagai sebahagian dari apa yang dipanggil "flora" semulajadi anda. Biasanya sistem ketahanan atau sistem imun tubuh akan menghalang kuman-kuman ini darimemasuki paru-paru dan menimbulkan masalah. Apabila keadaan badan anda

lemah disebabkan penyakit kronik, tekanan, pemakanan yang tidak seimbang, kurang rehat, maka tahap keimunan menjadi kurang atau mekanisme pertahanan paru-paru menjadi lemah. Badan anda sudah tidak dapat menahan lagi serangan bakteria dari memasuki paru-paru dan seterusnya membiak di

dalam salah satu dari paru-paru atau kedua-duanya sekali. Anda kemudiannya akan mendapat pneumonia, diikuti dengan selsema, bersin, bronkitis, atau penyakit-penyakit berkaitan yang lain. Atau pneumnia itu berlaku dengan sendirinya. Sekali anda mendapat serangan pneumonia, anda berisiko tinggi untuk mendapatnya lagi.


Tanda dan gejala

Kadangkala pneumonia ini mengelirukan. Ia mungkin datang dalam bentuk selesema atau flu yang kemudiannya menjadi teruk. Gejalanya berbeza-beza,bergantung kepada jenis kuman yang menyerang. Mereka yang diserang bakteria pneumonia lazimnya kelihatan sangat uzur. Gejala-gejalanya termasuklah:


• Demam (390-400C) dan menggigil.

• Batuk yang mengeluarkan kahak berwarna kuning, hijau, keperangan atau

mungkin mengandungi darah (mukus dikeluarkan dari paru-paru).

• Sakit dada terutama ketika batuk atau semasa menarik nafas yang dalam

• Bernafas dengan cepat dan pendek,

• Kelesuan yang jauh teruk dari yang anda sangkakan.

• Berpeluh dan muka kelihatan merah.

• Hilang selera makan atau perut meragam.


Untuk kes pneumonia yang disebabkan oleh virus, ia bermula sebagai batuk kering, sakit kepala, demam, sakit otot dan kelesuan. Apabila keadaan semakin melarat, batuk mula mengeluarkan kahak dan pesakit mengalami kesukaran untuk bernafas. Bukanlah sesuatu yang luar biasa sekiranya pesakit mendapatjangkitan virus selepas serangan jangkitan bakteria. Inilah yang dikatakan jangkitan sekunder .


Tabiat yang baik

• Amalkan pemakanan seimbang, banyakkan rehat dan bersenam secara

tekal untuk menguatkan sistem pertahanan badan melawan jangkitan.

• Jauhkan diri dari asap rokok dan lain-lain perengsa

• Dapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit yang ringan (selsema dan

batuk).

• Berehat dan kawal sebarang tekanan emosi yang boleh mempengaruhi

sistem imun badan.

• Amalkan kebersihan diri yang baik.


Rawatan

Jika anda telah didiagnos dan disahkan menghidap pneumonia, ikutilah rawatan di rumah seperti berikut:


• Minum lebih banyak cecair, antara 8-12 gelas sehari . Lebihan cecair akan

dapat mencairkan mukus.

• Berehat secukupnya.

• Berhenti merokok.


Berjumpalah doktor sekiranya....

• Gejala-gejala masih berterusan.

• Suhu badan meningkat lebih 380C dan berterusan.

• Kesesakan nafas semakin teruk.

• Batuk yang berpanjangan.

• Kahak berubah warna.

• Sesak dada.

• Kulit, kuku tangan dan kaki menjadi biru.

• Kahak mengandungi darah.

• Muntah, loya dan mengalami cirit-birit.

• Fikiran terkeliru.