Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Doa, zikir dan amalan memudahkan bersalin




Ini antara doanye...
(copy from my fren blog.. TQVM)


Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:


1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”


2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.


3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:


4.
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”


Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,

Kemudian pula :


5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:


6.
Maha Suci Allah


7.
Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini : 



8.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu



9.Surah Al-Ansyiqaq



10.Sentiasa membaca surah Maryam.



11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Insyaallah akan amalkan... ape2 selepas itu kite berserah... sahaja... janji kite berusaha dahulu barulah bertawakal...

Surah Alam Nashrah


Hati gelisah? Amallah surah Alam Nashrah...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, saya tidak lagi gundah gulana. Berserah diri kepada Allah akan segala urusan hidup saya, membuatkan diri rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul.

Mungkin, pengalaman hidup mengajar kita erti hidup dan bagaimana hendak menangani masalah yang datang.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana kita dapat halakan diri kita supaya tidak bersedih sangat...

Amalkanlah surah di bawah ini. Bacalah apabila runsing.


Caranya;

1. pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada 
(bacalah doa - YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)

2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu
(bacalah doa - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI...)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan...(masalah la )

3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah di belakang pinggang hingga sempadan punggung
(doalah - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI...)bila buat kerja tu rasa ringan je)

4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala...sedut tapak tangan apabila sampai ke muka... buat 3 x
(doalah - YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU...)yang ni dikatakan untuk penyeri wajah...dan supaya orang hormat dan sayang...kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan...)
pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis...

seeloknya, bacalah basmallah bila melakukan sesuatu pekerjaan, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada Allah.






Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)?

2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.

3. Yang memberati tanggunganmu (dalam menyampaikan dakwah)

4. Dan Kami telah meninggalkan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan
pelbagai kemuliaan)

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan

6. sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

7. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau
berusaha (mengerjakan amal salih yang lain);

8. Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap



Cubalah, insyaallah Allah pasti tolong...dan jangan lupa pula untuk dekatkan diri kita kepada Allah dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat...seluruh jiwa raga hanya untuk Allah...


Wassalam

Thursday, March 28, 2013

Kisah Teladan Suami Isteri


Kisah Teladan Suami Isteri - Sebelum Semuanya Terlambat...

Seorang isteri mengadu pada suaminya….."bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata…"itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.


Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….




SAYANG….abang mintak maaf….



Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….


Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….


Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….


Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….


Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..


Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..


Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….


SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak bawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..


Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….



Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……

Friday, March 22, 2013

Herba Maharani


HERBA MAHARANI :HERBA KESIHATAN + KESUBURAN WANITA


Herba Maharani | Herba Kesihatan dan Kesuburan Wanita

Herba Maharani – Te Zhi Bai Feng Wan adalah pil herba tradisional Cina. Ia boleh dikatakan sebagai herba wanita sebab dirumus khas untuk kesihatan dan kesuburan wanita.

Kenapa pula pil herba Te Zhi Bai Feng Wan ini lebih dikenali sebagai Herba Maharani?
Herba tradisional Cina ni sebenarnya sangat terkenal di zaman Dinasti Ming sebagai ilmu & rahsia kecantikan awet muda & kesihatan lebih 3000 tahun yang lalu.

Masa tu Herba Maharani ni hanya digunakan secara ekslusif oleh keluarga Maharaja sebagai herba penyubur, kecantikan, awet muda & kesihatan.

Te Zhi Bai Feng Wan dinamakan herba Maharani sempena nama Maharani Te Zhi, antara maharani yang mengamalkan herba ini.

Siapa MAHARANI?

Zaman dulu Maharaja Dinasti Ming dikatakan ada 9999 maharani dan gundik-gundik tapi Maharani Te Zhi yang paling Maharaja sayang.



Kalau seorang Maharaja pilih kasih dan sayang Maharani Te Zhi ni lebih dari perempuan-perempuan lain mestilah sebab dia cantik, kulit licin dan gebu, melahirkan anak lelaki sebagai waris dan sudah semestinya pandai melayan Maharaja dibilik tidur.




Apa Yang Bagus Sangat Herba Maharani?


Ubat herba tradisional Cina ini mengandungi 16 jenis ramuan berharga dengan pati ayam hitam (Bai Feng Wan) sebagai ramuan utama. Ayam hitam ni nama saintifik dia Gallus Gallus Domesticus juga dikenali sebagai ayam selasih atau ayam cemani atau ayam didik (dikalangan masyarakat Melayu dan Indonesia (waah.. banyaknya nama).
Ayam hitam ni memang digunakan sebagai amalan perubatan tradisional orang Melayu, Indonesia dan Cina. Banyak khasiatnya ayam hitam atau ayam selasih ni untuk wanita terutama yang telah berkahwin dan melahirkan anak.
Ayam hitam ni memang rupanya hitam legam. Bulu of course la hitam. Kulit, mata, paruh, kaki termasuklah daging dan tulang pun kehitaman jugak. Benda berkhasiat memang biasanya nampak tak sedap kan.



Khasiat Herba Maharani


Antara khasiat Herba Maharani dalam perubatan tradisional Cina ialah:
  • Melegakan kesakitan akibat senggugut
  • Menyelaraskan kitaran haid yang tidak teratur
  • Menyihatkan tubuh badan, mengurangkan keletihan
  • Melancarkan peredaran darah
  • Meningkatkan sistem imunisasi, menguatkan kaki dan tangan
  • Menyerlahkan wajah berseri dan awet muda
  • Menyuburkan badan sebelum dan selepas bersalin
  • Meningkatkan rangsangan, kebahagiaan kepada pasangan

Herba Maharani Adalah Halal


Sebab Herba Maharani ni produk keluaran Beijing Tong Ren Tan dari negara China mestilah ada rasa ragu tentang status halalnya. Jangan risau dan ragu lagi sebab Herba Maharani adalahconfirm halal.
Herba Maharani – Te Zhi Bai Feng Wan ini mendapat pengiktirafan Halal olehPertubuhan China Islamic Association (salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh Jakim).
Pengeluar Herba Maharani iaitu Tong Ren Tang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun. Merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa Dinasti Qing.
Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan diperakui sebagai Produk Terkenal di China pada tahun 1994. Diiktiraf sebagai Spesis Ubat Herba yang Terpelihara pada tahun 1998.
1 kotak (6 bola x 5gm – mengandung 50 pil kecil ) – RM88.00

Nak Beli Herba Maharani?


Boleh je beli dari .....

sms / call

CT : 013-7070432
ZOOL : 019-7005896


Penghantaran melalui Pos Laju dalam Malaysia. Penghantaran akan dikenakan caj berlainan bergantung pada lokasi.

Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia – MAL 20014419T Disahkan Halal oleh Pertubuhan China Islamic Association (salah satu badan Islam luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM).



Wednesday, March 20, 2013

Boy @ Girl ????



actually, x kisah pon boy or girl... just scan before ni (masa 5 month), DR scan.. nmpk boy.. 

tetiba, smlm (30 week) check-up, kena refer DR... dia kate... mcm pompuan... 


hehehe... adoyai.. baru settle basuh brg² bby n asingkn yg kaler pink.. hihihihi.. BIKIN SUPRISE pulak! mommy x kisah redha jer... janji bby sihat.... ALHAMDULILLAH

Thursday, March 14, 2013

Rahim Wanita.............


RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.


Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.


Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.


Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit? Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."Sungguh tinggi darjat wanita.Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.


Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang? Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

Monday, March 11, 2013

Kehamilan



Indahnya seorang wanita..Thought this was lovely :)

-----------

Seorang ibu membawa bayi di dalam rahimnya selama sembilan (9) bulan. Si ibu berasa sakit dan loya untuk beberapa bulan. Kemudian dia melihat kakinya membengkak dan mengalami regangan kulit.

Si Ibu berjuang untuk mendaki tangga, dia tercungap-cungap dengan cepat walaupun satu tugas yang mudah seperti meletakkan kasut di rak.

Beliau mengalami gangguan semasa tidur ketika bayi menendang dan bergerak di dalam rahimnya seawal jam 3 pagi, kemudian menghadapi saat jerih menahan kesakitan ketika dia ingin membawa anaknya ke dunia ini.

IBU..Dia menjadi jururawat, tukang masak, pembantu rumah, pemandu , guru, dan rakan yang terbaik. Beliau yang berjuang untuk anaknya, menangis demi anaknya, meletakkan dirinya untuk anak, berharap yang terbaik untuk anak dan kadangkala menjadi tidak tentu arah apabila kerisauan terhadap si anak. Tetapi, dia tidak pernah meminta sebarang balasan dari si anak kerana si ibu terlalu sayangkan si anak.

Jika anda adalah seorang ibu atau mempunyai Ibu penyayang yang melakukan semua ini untuk anda, anda sangat bertuah, tidak pernah susut sebuah nilai kasih sayang yang sangat bernilai!

Mother's Love ♥
============================
Apakah sebenarnya definisi kehamilan? 
Mungkin jika kita mendapatkan pertanyaan tersebut, kita juga akan kesulitan dalam menjelaskanya. Pengertian kehamilan secara awam adalah ketika seorang wanita mengandung bayi di dalam perutnya.

Apakah Sebenarnya Kehamilan itu?

Ada berbagai macam perbedaan dalam menerjemahkan kata “kehamilan”. Perbedaan tersebut bisa terjadi karena berbagai macam hal. Antara lain latar belakang pendidikan dan berbagai faktor lainya. Menurut Wikipedia, kehamilan adalah masa di mana seorang wanita membawa embrio atau fetus di dalam tubuhnya.
Sedangkan menurut salah satu ahli, Kehamilan adalah proses dimana sperma menembus ovum sehingga terjadinya konsepsi dan fertilasi sampai lahirnya janin, lamanya hamil normal adalah 280 hari (40 minggu atau 9 bulan), dihitung dari pertama haid terakhir.
Menurut BKKBN (Badan Kependudukan Dan Keluarga Berencana Nasional), kehamilan adalah sebuah proses yang diawali dengan keluarnya sel telur yang matang pada saluran telur yang kemudian bertemu dengan sperma dan keduanya menyatu membentuk sel yang akan bertumbuh. Dari beberapa pernyataan di atas, bisa penulis simpulkan bahwa kehamilan adalah ketika seorang wanita mengandung atau membawa embrio di dalam perutnya dimulai dari ketika embrio itu terbentuk sampai saat lahirnya janin.
Proses kehamilan sendiri bisa terjadi karena bertemunya sel sperma pria dengan sel telur matang dari wanita. Kehamilan adalah saat-saat yang penuh perjuangan bagi seorang calon ibu. Selama kurang lebih 9 bulan, seseorang yang sedang hamil akan membawa beban berat yaitu calon buah hatinya. Kehamilan adalah sesuatu yang paling dinanti-nanti oleh pasangan yang mendambakan memiliki buah hati sebagai penerus keturunan keluarga.
Seseorang yang sedang mengandung buah hatinya, harus memperhatikan asupan gizi yang dibutuhkan oleh calon ibu dan buah hatinya. Ketika seseorang sedang hamil, hal ini tentu saja akan membutuhkan energi yang lebih banyak. Asupan gizi yang tepat akan membantu tumbuh kembang janin yang masih berada di dalam kandungan. Kehamilan adalah proses yang meletihkan bagi seorang ibu, tetapi kehamilan adalah masa-masa yang sangat indah karena sebentar lagi akan lahirlah buah hati yang selama ini di tunggu-tunggu oleh setiap pasangan.

Perkembangan fetus anda

Setiap wanita hamil pasti ingin tahu bagaimanakah perkembangan bayi mereka ketika ini. Adakah dia sudah berambut? Bilakah kuku jarinya akan terbentuk? Bagaimanakah rupa si kecil? Artikel-artikel dalam ruangan perkembangan fetus (janin) ini disertai gambar-gambar yang menunjukkan perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu, serta penerangan mengenai setiap tahap perkembangan yang dicapainya.

Anda juga boleh menonton video animasi 3D kami yang menunjukkan perkembangan fetus anda dari detik persenyawaan hinggalah tiba masa bersalin. Semua video tersebut disertai sari kata Bahasa.

Sebelum bermula, kami juga ada informasi bagi ibu-ibu yang ingin memahami proses ovulasi.


Fetal development diagram - conception

Persenyawaan

Saksikan apa yang berlaku semasa proses persenyawaan.
Fetal development diagram - one month

Satu bulan

Bayi anda ialah embrio yang terdiri daripada dua lapisan sel, yang kemudiannya akan berkembang menjadi organ-organ dan bahagian-bahagian badan.

Fetal development diagram - two months

Dua bulan

Ketika ini, saiz bayi anda kira-kira sebesar sebiji kacang merah dan dia sentiasa bergerak. Jari-jari tangannya telah terbentuk tetapi sedikit berselaput.

Fetal development diagram - three months

Tiga bulan

Ketika ini, kepanjangan bayi anda sekitar 7sm hingga 8sm (3in) dan beratnya lebih kurang setengah biji pisang. Dia sudah mempunyai cap jarinya.

Fetal development diagram - four months

Empat bulan

Bayi anda sekarang berukur 13sm (5.5in) dan berat badannya 140g (5oz). Rangkanya mula mengeras dari tulang rawan yang lembut menjadi tulang.

Fetal development diagram - five months

Lima bulan

Kening dan kelopak matanya telah siap dibentuk. Ukuran bayi anda akan melebihi 27sm (10.5in) jika anda meregangkan kakinya.

Fetal development diagram - six months

Enam bulan

Berat badan bayi anda sekitar 660g (1.5 paun). Kulitnya yang berkedut mula menjadi lembut dan licin bila ditempatkan lemak.

Fetal development diagram - seven months

Tujuh bulan

Pada masa kini, ukuran panjang bayi anda melebihi 40sm (15in). Dia boleh membuka dan menutup matanya dan mungkin melihat sekitarannya.

Fetal development diagram - eight months

Lapan bulan

Berat badan bayi anda sekarang sekitar 2.2kg (4.7 paun). Lapisan lemaknya bagai "mengisikannya", menjadikan bayi anda kelihatan comel montel, dan paru-parunya sudah siap berkembang.

Fetal development diagram - nine months

Sembilan bulan

Sudah hampir masa bersalin! Secara purata, bayi lelaki yang baru lahir berukur 52sm (20.5in) dengan berat badan 3.4kg (7.5 paun), dan bayi perempuan yang baru lahir berukur 50sm (19.7in) dengan berat badan 3.2kg (7 paun), tetapi bayi-bayi memang banyak perbezaannya pada masa ini.



ultrasound scan

Bulan ke bulan dengan skan ultrasound

Lihat ringkasan kami mengenai perkembangan bayi anda dari dua bulan kehamilan. Dalam setiap bulan, terdapat gambar 3D yang interaktif dari imbasan yang mungkin memberi gambaran tentang rupa bayi anda.



http://www.babycenter.com.my/c25004491/perkembangan-fetus-anda#ixzz2NDFrZOgL