Friday, May 10, 2013

Surah Alam Nashrah


Hati gelisah? Amallah surah Alam Nashrah...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, saya tidak lagi gundah gulana. Berserah diri kepada Allah akan segala urusan hidup saya, membuatkan diri rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul.

Mungkin, pengalaman hidup mengajar kita erti hidup dan bagaimana hendak menangani masalah yang datang.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana kita dapat halakan diri kita supaya tidak bersedih sangat...

Amalkanlah surah di bawah ini. Bacalah apabila runsing.


Caranya;

1. pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada 
(bacalah doa - YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)

2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu
(bacalah doa - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI...)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan...(masalah la )

3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah di belakang pinggang hingga sempadan punggung
(doalah - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI...)bila buat kerja tu rasa ringan je)

4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala...sedut tapak tangan apabila sampai ke muka... buat 3 x
(doalah - YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU...)yang ni dikatakan untuk penyeri wajah...dan supaya orang hormat dan sayang...kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan...)
pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis...

seeloknya, bacalah basmallah bila melakukan sesuatu pekerjaan, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada Allah.






Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)?

2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.

3. Yang memberati tanggunganmu (dalam menyampaikan dakwah)

4. Dan Kami telah meninggalkan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan
pelbagai kemuliaan)

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan

6. sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

7. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau
berusaha (mengerjakan amal salih yang lain);

8. Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap



Cubalah, insyaallah Allah pasti tolong...dan jangan lupa pula untuk dekatkan diri kita kepada Allah dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat...seluruh jiwa raga hanya untuk Allah...


Wassalam

No comments:

Post a Comment