Friday, May 3, 2013

Serai

SERAI TUMBUHAN HERBA SERBAGUNA



Serai banyak digunakan dalam masakan. Namun jangan tak tahu, ia juga punya pelbagai lagi khasiat yang lain. Antaranya ialah:

1.MELEGAKAN KESAKITAN
Bahan analgesik dalam minyak serai mampu mengurangkan sakit otot, sendi, sakit gigi dan sakit kepala. Ia juga dapat mengurangkan sakit badan akibat daripada senaman yang dilakukan secara tiba-tiba.

2. MERANSANG PENGHASILAN SUSU
Minyak serai dapat membantu meningkatkan penghasilan susu . Ini kerana bahan galaktogogue yang terdapat dalam minyak serai berfungsi sebagai agen yang mampu meningkatkan pembentukan susu dalam payudara.

3.MERAWAT DEMAM KUNING
Air rebusan serai juga boleh membantu mengubati bayi yang diserang demam kuning .

4.MENGATASI MASALAH ANGIN
Minyak serai dikatakan mampu mengawal masalah angin dalam badan. Amalan menggunakan minyak serai bukan sahaja mampu mengurangkan angin daripada usus tetapi juga mampu menghentikan pembentukan angin dalam badan.


5.MENGURANGKAN TEKANAN DARAH
Serai dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah. Caranya adalah dengan meminum air rebusan serai. Serai juga boleh melegakan insomnia dan tekanan.

6.MEMBANTU MENGAWAL KOLESTROL
Serai juga membantu mengurangkan kolestrol. Caranya ialah ambil tiga batang serai yang telah dibuang akar serta daunnya. Potong serai menjadi kepingan kecil dan rebus menggunakan 2 gelas air. Didihkan air rebusan serai sehingga tinggal anggaran segelas. Minum sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan petang.

#Karangkraf

No comments:

Post a Comment