Thursday, September 19, 2013

Nutrilite CB Plus

NUTRILITE™ CB PLUS `carbo-block`
Pelerai Karbohidrat Semualajadi




Ciri-ciri

Satu tablet memberi 167 mg vulgaris Phaseolus (ekstrak kacang merah), 100mg glycine max daripada ekstrak kacang soya.
Gabungan bahan-bahan digunakan secara tradisional untuk umum kesihatan
Juga mengandungi pati pasli
Memberi pelbagai khasiat tumbuhan kompaun bagi tambahan faedah nutrisi.
Tiada perisa tiruan, warna, atau bahan pengawet tambahan.
Disukai oleh mereka yang ingin mengelakkan bahan-bahan ini dalam diet mereka.
Dewasa ambil 1 hingga 3 tablet bersama makanan yang mengandungi kanji. Tidak melebihi 9 tablet setiap hari.
Cara yang mudah untuk mendapatkan yang terbaik daripada produk ini untuk diet harian yang sihat


Produk ini boleh diambil bersama-sama dengan NUTRILITE
Fruit & Vegetable Fibre, Lecithin-E dan POSITRIM sebagai
sebahagian daripada diet anda




Apakah NUTRILITE CB Plus?
NUTRILITE CB Plus adalah gabungan dua ekstrak tumbuhan iaitu ekstrak
kacang merah dan ekstrak kacang soya.

Bilakah masa yang terbaik untuk mengambil NUTRILITE CB Plus?
Untuk mendapatkan yang terbaik daripada produk, ia dicadangkan untuk
mengambil NUTRILITE CB Plus pada permulaan makan.

Bolehkah pesakit diabetes mengambil NUTRILITE CB Plus?
Orang yang mempunyai diabetes perlu menyemak dengan doktor mereka
sebelum mengambil NUTRILITE CB Plus, terutamanya jika mereka
memerlukan insulin atau agen anti-hyperglycemic lisan untuk mengawal
mereka gula dalam darah.



Penyusuan Susu Ibu

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun



Kebaikan Susu Ibu (Untuk Bayi)

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi
  • ia mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi 
  • mudah hadam
  • sentiasa tersedia pada suhu yang tetap
  • bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan yang perama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat
2. Susu ibu memberi perlindungan kepada bayi
  • kolostrum, susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama sehingga ke hari ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • mengurangkan risiko pencemaran dibandingkan dengan penyusuan secara lain.


Kebaikan Susu Ibu (Untuk Ibu)
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpahan darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara dan ovari
  • mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai dengan senaman
  • penyusuan ibu sepenuhnya boleh menjarakkan kehamilan.


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Sebaik Sahaja Dilahirkan
  • sebaik sahaja bayi dilahirkan anada patut memegang bayi anda dengan rapat. Sentuhan kulit bayi dan anda dalam masa 1 jam yang pertama selepas kelahiran selama sekurang-kurangnya 10 minit akan mengeratkan hubungan anda
  • ini penting untuk memulakan proses pengeluaran susu
  • rootingreflex (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan kuat dalam masa 1hingga 2 jam pertama. bayi paling peka pada keadaan sekelilingnya pada ketika ini
  • bagi ibu, hubungan ini mendorong rasa kasih sayang bagi meneruskan penyusuan lebih lama.


Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

  • susuilah bayi anda dengan susu ibu sahaja dariahir sehingga ia berusia 6 bulan yang pertama
  • susu ibu mengandungi cukup air. tiada minuman dan makanan tambahan diperlukan oleh bayi sebelum ia berumur 6 bulan
  • bayi anda tidak memerlukan puting tiruan atau pacifier
  • susuilah bayi anda kerap sekurang-kurangnya 8 hingga ke 12 kali dalam sehari termasuk penyusuan malam
  • makanan pelengkap hanya perlu diberikan apabila anak anda mencecah umue 6 bulan bagi memastikan tumbesaran yang baik
  • teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak anda berumur 2 tahun


Prelacteal Feeds

Lazimnya bayi lahir dengan simpanan air yang mencukupi sehingga susu dihasilkan. Makanan seperti susu formula, air glukos dan air kosong tidak diperlukan oleh bayi. Kolostrum sahaja memadai untuk bayi anda pada ketika ini

Pemberian makanan sebelum terhasilnya susu yan banyak (prelacteal) akan menyebabkan :-


Bayi
  • tidak mahu menghisap dari ibu kerana susu gantian telah mengenyangkannya
  • tidak akan mendapat kolostrum
  • akan keliru puting sekiranya diberi melalui botol

Ibu
  • susu ibu lambat dihasilkan kerana kurang rangsangan
  • boleh menyebabkan bengkak payudara
  • sukar memulakan penyusuan dan berkemungkinan berhenti menyusu

Apa yang perlu ibu lakukan untuk memastikan penghasilan susu yang mencukupi untuk bayi
  • susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan
  • susui bayi anda dengan kerap pada setiap 2 jam atau mengikut kehendak ibu dan bayi
  • susui bayi anda dari kedua-dua belah payudara
  • susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam
  • perbaiki pengambilan makanan anda. pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya
  • yakini diri anda. anda boleh menyusui bayi anda

Kepentingan ibu dan anak bersama setiap masa
  • anda boleh menyusukan bayi anda pada bila-bila masa
  • merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
  • membolehkan bayi anda mendapat cukup susu
  • mengeratkan lagi kasih sayang antara anda dan bayi anda

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi
  • susui bayi anda apabila ia lapar atau meminta
  • sekiranya bayi anda tidur terlalu lama, kejutkan bayi anda untuk disusui
  • penyusuan tanpa had dan kerap akan menghasilkan susu yang banyak dan cukup untuk bayi anda serta menghindarkan anda daripada mengalami bengkak payudara
  • biarkan bayi anda menyusu pada bila-bila masa dan seberapa lama yang disukainya

Wednesday, September 18, 2013

Keseronokan Bekerja

Mencipta Keseronokan BekerjaPDFPrintE-mail
  • Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab "DATANG BEKERJA" saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita "TAK DATANG"kerja langsung.

  • Ada kalan kita rasa BUSY giler, tapi rupanya kita jer yang buat "KELAM KABUT".

  • Adakala kita rasa kita PRIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY.

  • Adakala kita rasa kita OPEN-MINDED dan OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.

  • Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya suka MENGKRITIKdan buat kecoh tak tentu pasal.

  • Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nakMENGADA-NGADA.

  • Adakala kita suka bertanya "KENAPA DIA NI MACAM TAKDE KEJE", tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri "APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT?"

  • Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA, BAIK dan BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam, selagi hati kita berdengki, dan tak amanah, maka kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita LEBIH TERUK dari anggapan kita itu sendiri.

Tuesday, September 17, 2013

Rawatan traditional 'chicken pox'


*sedikit perkongsian berguna yg di ambil dr blog seorang sahabat....

Kak cik September 8, 2013 at 5:39 am
Assalamualaikum….saya mempunyai 7 orang cahaya mata. Setiap anak2 saya masa kecil mesti kena campak. Setiap kali kena campak kami hanya gunakan cara alternitif je untuk merawatnya..kami tak pernah ke klinik atau hospital, cuma merawat cara tradisional sahaja.
Alhamdulillah rawatan cara ini saya rasa lebih selamat dan tidak memudaratkan.
Caranya mudah sahaja. 3 hari pertama anak jangan dimandikan, cuma lap dengan air suam atau air kelapa di seluruh badan supaya suhu badan stabil. Saya bagi anak saya minum air kelapa, bali, selasih atau apa2 jenis air yag boleh menyejukkan badannaya, bukan air ais.
Jauhkan makanan bergoreng dan berminyak . Juga jauhi anak2 dari memakan makanan yg bisa dan gatal, seperti ayam , daging, telor,ikan2 yg bisa seperti ikan sembilang, talapia,tongkol
kembong, cencaru dsb. untuk mengetahui ikan itu gatal ke tidak pastikan najis ikan itu tdk
bewarna hitam. Ikan siakap, kerisi , selar memang boleh dimakan..
Kalau boleh dlm tempoh campak anak2 atau orang dewasa ambillah makanan berebus sahaja.
Ini adalah lebih baik dan tidak mengundang kegatalan yg melampau bila makanan itu digoreng.
Disebabkan anak2 selalu terkena campak, kamipun buatlah satu produk bedak sejuk yng boleh membantuk rakan dan sesiapa sahaja yang memerlukan. Kami tau bila penyakit ini datang ibu2 terlalu risau dan tak tau apa nak buat.
Kami formulasikan sendiri bedak sejuk dengan menggunakan beras , daun bidara, daun semambu, beluntas, dan beberapa jenis herba lain yng bagus untuk membantu menghilangkan campak dan parut. Setakat ini allamdulillah kami dapat membantu ramai ibu dan rakan2. Malah mereka berpuas hati dengan produk kami.
Selain dari campak, bedak sejuk ini juga boleh merawat psoriasis, eczema, kudis, bisul, resdung
dsb. Kami gunakan adunan herba dan permakanan sahaja untuk merawat dan mencegah
penyakit. Oleh itu untuk membantu rakan2 dan ibu2 mengatasi pelbagai permasalahan kesihatan,
bertandanglah ke blog kami…herbadanpermakanan.blogspot.com. dan berinteraksilah dengan
kami. Kami sentiasa membantu. Atau boleh saja ke fb: Nizam Herbalist. hp: 0164369630.
email: nizambidara@gmail.com.
Untuk pengetahuan kalian kami cuba membantu setakat termampu. Sesiapa yang ingin berkongsi
masalah silakan…insyaAllah.

Tuesday, September 3, 2013

Dua Posen

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia. 

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun, 
jauh di pelusuk sana, 
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis? 
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

~ Ben Ridhuan ~

Rindu Mama.... Rindu Papa

RINDU MAMA... RINDU ABAH...



Seawal jam 6:30 atau 7:00 kita suami isteri hantar anak ke rumah org/taska... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat...
Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!
Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama..
Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."

TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang?
Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia...

Mahal sgt kah cuti tanpa gaji, demi anak2, amanah Allah pada kita?

Tips Anak Demam, Batuk & Selsema

TIPS ANAK DEMAM, BATUK & SELSEMA




•Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.


•Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.


•Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)


•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.


•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Monday, September 2, 2013

Petua-Petua Buang Kahak Pada Bayi

Petua-Petua Buang Kahak Pada Bayi 

Setiap kali bayi anda demam perkara yang paling merungsingkan sekali jika demam ini disusuli dengan kahak! Bunyi kahak yang kedengaran setiap kali bayi kita bernafas sememangnya merimaskan bayi itu sendiri dan dalam masa yang sama memeningkan kepala ibubapa sendiri,

Dikongsikan beberapa petua orang-orang tua terdahulu amal kan untuk merawat sakit ini secara tradisional:

1. Daun Pucuk Kaduk -
Ramaskan daun kaduk yang dicampur sedikit kapur sirih dan air. Kemudian, lumurkannya di atas dada dan perut bayi anda. InsyaAllah kahak tu akan keluar bersama najisnya

2. Daun Sirih -
Ambil beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

3.Bunga Raya Merah-
Ambil bunga tersebut dan lesungkan. Anda akan dapati terdapatnya cecair/ lendir.
Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak sapukan pada dada dan belakang badan bayi.

4.Daun pokok hati-hati
Ambil daunnya dan ramas-ramas daun tersebut kemudian letak kapur sirih + air sikit… lepas tu sapukan kat dada serta belakang bayi anda.

5.Air rebusan akar lalang-
Minum sesudu kecil air tersebut. Insyaallah dalam 2-3 hari hilang la!

6.Daun pegaga kampung-
Ambil daun pegaga dalam 8 helai dan tumbuk, kemudian ambil air dia lepas tu tumbuk gula batu sedikit dan kemudian itu bagi anak minum sehari 3 kali.

7.Entemu( hanya mudah didapati di negeri sarawk),bentuk dan rupanya seakan2 kunyit
Tumbuk sedikit entemu tersebut dan sapu dari dada hingga ke bawah tekak dan kemudian sapu di atas hidung bayi anda, dan akhir sekali letak kan setitis air dari entemu tersebut ke lidah. Insyallah kahak akan kering dalam 2-3 hari

8. Daun Ketumbit, pokok dia mcm pokok rumput
Ambil dalam segeggam dan campur dengan sedikit kapur makan dan lumatkan atas tapak tangan. Air dia sapu di atas ubun2, dada, sebelah belakang bayi anda, insyaallah selepas 3 hari hingga seminggu akan pulih sepenuhnya.

Pemakanan Membentuk Sahsiah

Pemakanan Membentuk Sahsiah

 
Picture









Artikel ini di tulis oleh Dr. Hj. Tengku Asmadi bin T. Mohamad dan telah disiarkan dalam akhbar Harian Metro, Isnin, 24 Jun 2013.

Pada Tahun 2004, Nur Amalina Che Bakri membuat kejutan apabila berjaya mendapat 17A1 dalam keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan.  Dia seorang pelajar yang sangat menjaga pemakanannya. Dia tidak makan makanan ringan, makanan segera dan tidak minum minuman berkarbonat. Dia juga tidak makan organ dalaman binatang.  

Pada Tahun 2007 pula seorang pelajar dari Sekolah Menengah Agama Yan, Kedah, iaitu Azali Azlan membuat kejutan yang lebih besar lagi iaitu dengan mendapat keputusan 21A dalam peperiksaan SPM. Antara rahsianya ialah dia banyak minum susu, makan kurma dan mengamalkan pengambilan madu.