Showing posts with label suami-isteri. Show all posts
Showing posts with label suami-isteri. Show all posts

Monday, May 12, 2014

Euryco Tangkat Ali + Ginseng Coffee

Euryco Tongkat Ali Ginseng Coffee adalah hasil adunan bijian kopi Robusta dan Arabica dari India dan Brazil, ditambah dengan ekstrak Tongkat Ali dan ginseng yang merupakan ubat-ubatan yang bernilai dari Malaysia dan China. Dalam proses pembuatannya, ia tidak ditambah dengan krimer bukan tenusu dan gula, dengan ini ia dapat memberi rasa dan aroma kopi yang terbaik. Sejak turun-temurun, Tongkat Ali dan ginseng terkenal dalam meningkatkan tenaga batin manusia. Euryco Tongkat Ali Ginseng Coffee selain daripada memenuhi cita rasa anda, ia turut menghilangkan keletihan, menyegarkan minda dan melegakan tekanan.


Ramuan Utama :
Kopi Robusta, Kopi Arabica, Tongkat Ali, Ginseng

Keberkesanan :

  • Meningkatkan tenaga dan menyegarkan minda.
  • Menyihatkan badan dan meningkatkan kecergasan.
  • Menghilangkan keletihan.
  • Melegakan tekanan
Cara Pengambilan :
Campurkan satu bungkus Euryco Tongkat Ali Ginseng Coffee ke dalam 150ml air panas, kacau dan sedia untuk diminum


Harga :
RM26.50 (20 stick pack x 20g)

Cara Pembelian :
cod (kota tinggi/ulu tiram/JB)
postage (satu malaysia)

sms/whatapps :
013-7070432 ct

Thursday, April 3, 2014

Pemancing, Isteri dan ......

Pemancing, Isteri dan ......

Let me gone fishing
Jangan anda merasa was-was jika dikatakan isteri; bukannya ikan atau trip mahal; merupakan lesen besar bagi kaki pancing, khususnya bagi yang dah berkahwin. Bagi yang belum berkahwin pun, mereka tahu dan mengiktiraf hak itu. Sebab itulah sebelum berkahwin, ada yang telahpun merancang dari awal untuk membuat 'baiah' dengan bakal isteri. Mereka tidak mahu lesen memancing yang senang-senang diperolehi semasa zaman bujang ditarik serta merta selepas persandingan.
Namun tidak kesemuanya yang bernasib baik. Ada yang terpaksa membuat pilihan antara sayang isteri atau sayang pancing. Akibatnya, ada pemancing yang berkeluarga terpaksa mengendurkan keaktifan mereka bertrip kerana kekangan si isteri. Bagi yang baru berkahwin, ada yang terpaksa bersara awal. Malah ada juga yang sampai bercerai berai kerana gilakan 'lesen' mahupun 'talak' si isteri. Teringat saya kepada satu ungkapan sinis yang menyebut; "Isteri saya akan meninggalkan saya jika saya pergi memancing. Saya bimbang saya akan kehilangannya."
let me fish
Bagi yang mendapat lesen kekal, maka tidak ada halangan lagi daripada menjadikannya pemancing yang tegar dan berdedikasi, kecuali ia agak bengap atau kehidupannya papa kedana. Dengan sedikit pengorbanannya dalam bentuk wang ringgit, dia boleh menyertai trip pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang ia suka, dan oleh kerana kekerapan trip memancingnya itu dia digelar pemancing hardcore. Ia tidak bimbang dikekang atau dimarahi si isteri. Namun ada satu ungkapan lain menyebut; "Seseorang pemancing belum dianggap sebagai pemancing yang kerap memancing jika isterinya tak marah kepadanya kerana pergi memancing."!
Apapun, sukar dipercayai bahawa pemancing yang berbadan tegap dan mempunyai senjata pancing serba ampuh lebih takutkan isteri daripada ancaman ombak tsunami atau lanun dan mafia ganas di lautan. Akan tetapi itulah hakikatnya dalam dunia memancing, satu dunia yang di dalamnya terkandung bermacam bentuk hubungan yang bersifat aneh. Soal yang berkaitan dengan hubungan suami-isteri dalam dunia memancing sangat istimewa jika dibandingkan dengan hobi atau sukan-sukan yang lain. Uniknya hobi memancing ini ialah ia boleh menjadi satu pelengkap tetapi pada masa yang sama juga penguji hubungan antara si pemancing dengan si isteri.
Ada baiknya isu ini dibincangkan secara terbuka agar kita memperoleh panduan yang berguna bagi kepentingan kedua-dua pihak. Dari sudut si isteri, yang suaminya sudah tergilakan pancing, tak guna ia menghalang kerana ini bukan sahaja menimbulkan masalah kepada si pemancing, tetapi mengundang masalah kepada si isteri. Seeloknya si isteri mencari apa titik kelemahan suaminya yang boleh memberi manfaat kepadanya dalam hubungannya dengan suaminya. Memahami mentaliti suami sebagai kaki pancing, bagi seseorang isteri, adalah lebih baik dalam menangani kegilaannya kepada sukan yang hanyir ini.
wife fish
Bagi si pemancing pula, ia perlu sedar setengah jasadnya telah diikat oleh tanggungjawabnya sebagai suami dan ketua keluarga. Mahu tidak mahu, ia bergantung harap kepada persefahaman dan keizinan dari isterinya kalau mahu meneroka minat memancingnya dengan lebih jauh. Tak guna kalau minatnya sahaja meninggi bak gunung dan alatan-alatannya mahal, tetapi sekadar disimpan di bawah katil kerana tak diberi keizinan pergi memancing oleh isteri. Di sini si pemancing boleh dikatakan sedang terjerat dalam satu jurang masalah yang dalam dan ia haruslah mencari petua berkesan yang dapat mengelakkan lesennya ditarik terus oleh isterinya.
MENDALAMI DARI SUDUT PEMANCING
Sebagai isteri seorang pemancing, kita tidak nampak suatu sebab kenapa ia perlu menghalang suaminya terlibat dalam aktiviti ini kerana ia banyak membawa kebaikan kepada suaminya. Sekurang-kurangnya ia menjauhkan pemancing daripada kegiatan lain yang tidak bermoral atau melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama mahupun peraturan masyarakat. Ilmu dan latihan yang diperolehinya daripada kegiatan memancing akan melahirkan kekuatan dalam dirinya, mindanya, dapat menyemai budaya beretika, hormat menghormati semasa manusia serta alam dan seterusnya memberi kesan kepada ikatan kekeluargaan.
Dari sudut kekeluargaan, ia memang membawa banyak kebaikan. Ia dapat membantu mengikis sikap pasif, malas dan menyemai budaya aktif, rajin, bertanggungjawab dan prihatin. Paling penting, minat ini dapat mencetuskan hubungan yang erat antara si pemancing dengan isteri dan anak-anaknya.
Memang kita tahu si pemancing sering meninggalkan rumah dan isterinya kerana memancing, tetapi dalam hatinya ikatan kasih saying tetap dibawa dan menjadi ilham sewaktu ia sedang berpenat lelah menentang spesies ikan atau terutamanya jika ia sedang mabuk laut. Perasaan sesalnya sewaktu mabuk laut kerana meninggalkan isteri, anak-anaknya, rumahnya, selimut dan katilnya amat terasa, apatah lagi jika trip yang disertainya itu kumpau. Jadi si suami pergi memancing bukan bererti ia meninggalkan si isterinya dan tak ingat keluarga, apatah lagi mengabaikan tanggungjawabnya, tetapi ia sedang berusaha mengukuhkan hubungannya kerana bukankah ada pepatah yang menyatakan, "Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"?
Bring my wife fishing
Sebagai isteri yang cuba memahami minat suami, ia patut memberi galakan, bukan sahaja kerana itu akan membibitkan rasa persefahaman dan kepercayaan, tetapi ia juga menjadi ukuran yang dapat menilai hubungan yang wujud antara mereka. Jika hubungan mereka baik, maka natijahnya si isteri mampu berkorban untuk kebahagian si suami, jika pancinglah yang menjadi punca kegembiraannya. Isteri patutnya tumpang seronok jika suaminya seronok. Tak wajar ia menyekat minat dan kebebasan suaminya hanya kerana sebab-sebab yang tak jelas, misalnya kerana rasa cemburu atau inginkan perhatian yang lebih.
Jika ia menyekat dan menghalang, maknanya persefahaman antara mereka itu tidak baik, hubungan yang wujud antaranya dengan suaminya tidak erat. Ia menggambarkan sifat-sifat si isteri yang hanya mementingkan diri sendiri. Hubungan yang wujud atas dasar tidak mahu berkorban dan mementingkan diri sendiri tidak akan mampu bertahan lama, pada masa sekarang atau masa depan.
Alasannya ialah, si isteri tidak boleh lupa jika suaminya sudah menjadi gian terhadap hobi ini, ia tidak mampu disekat lagi. Pemancing yang diserang penyakit gila memancing biasanya tidak memberi tumpuan sangat kepada soal lain, yang boleh menjejaskan tumpuannya kepada minatnya itu. Jika ia memperolehi lesen daripada isterinya, rasa terhutang budinya mengukuhkan kesetiaanya kepada si isteri. Adalah dibimbangkan jika ia disekat, kegianannya itu akan disalurkan ke arah hobi lain yang lebih memburukkan lagi keadaan, lebih-lebih lagi dalam keadaannya yang kecewa dengan isterinya. Bagaimanakah jika hobinya itu berubah kepada perkara yang 'tidak sihat' seperti keluar rumah tidak tentu hala, melepak atau atau main kayu tiga dengan perempuan lain? Tidakkah itu yang patut lebih dibimbangi oleh si isteri?
Sepatutnya si isteri menggalakkan suaminya menjuruskan perhatiannya kepada minatnya itu sahaja. Jangan biarkan fikiran dan perhatiannya melencong ke arah yang akan merugikan diri sendiri. Lebih baik sekiranya si isteri menggunakan kesempatan berasaskan minat suaminya itu untuk mendapatkan kawalan, kepercayaan dan mengikat suaminya.
Misalnya si isteri bolehlah menetapkan beberapa syarat jika suami ingin memancing. Ajaklah si suami pergi melancong, berhibur atau memintanya menambahkan wang nafkah atau minta apa-apa sahaja yang anda inginkan darinya. Sudah pasti si suami akan mengikut segala permintaan anda kerana pemancing yang gila pancing selalunya sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat lesen besar daripada isterinya, asalkan anda tidak menetapkan yang bukan-bukan. Misalnya jangan pula meminta suami membawa sesi keluarga dan anak yang sedang dikandung memancing bersama di atas bot. Atau mahukannya memberi hadiah sebuah kereta Mercedes, kecuali si suami jutawan!
Dalam keadaan inilah si isteri boleh menggunakan 'kuasa'nya yang ada padanya untuk mengikat kedua-dua belah kaki suaminya agar tidak berpaling tadah, yakni tak main kayu tiga. Menarik hati suami dengan memberinya hadiah perkakasan pancing yang mahal-mahal adalah petua paling mujarab yang sudah tentu dapat mencairkan hatinya. Bagi pemancing, keizinan isteri dan dorongannya adalah satu rahmat dan mereka pasti tidak mahu menukarnya dengan benda-benda lain ataupun menambahkan masalah. Di fikiran si suami, kalau sudah mendapat lesen yang besar, buat apa susah-susah mencari lesen kedua hingga terpaksa menggantung kekili dan joran?
Pendek kata, isteri pemancing amatlah bertuah. Mereka perlu menanggung sedikit pengorbanan tetapi hasil yang disemai di kemudian hari sangat berbaloi. Dan isteri perlu ingat minat si suami itu satu masa nanti akan mencapai ke kemuncaknya setelah ia menghabiskan segala kudrat menjelajah ke serata lubuk pancing. Pada masa hadapan kegiannya itu akan pupus dan ia takkan lari ke mana-mana lagi.
MENDALAMI DARI SUDUT ISTERI
Pemancing juga bertuah jika mempunyai isteri yang dapat memahami minatnya dan sering memberi dorongan kepadanya. Tetapi ini tidak pula bermakna si pemancing boleh melakukan sesuka hatinya terhadap peluang dan keizinan yang diberikan isterinya. Ada yang mengatakan suami mempunyai kuasa 'veto' dalam hal keluar rumah dan ia berhak memutuskan ke mana ia mahu pergi, tetapi ini tidaklah betul. Kalau suami ada kuasa 'veto', ia bukan lagi seorang pemancing tetapi diktator. Seorang diktator tidak mempunyai tempat dalam dunia pancingan sebenar.
Di sinilah letaknya peranan si pemancing untuk menilai manakah yang jauh lebih penting, memancing sebagai hobi atau menjaga keluarga sebagai tanggungjawabnya. Kedua-duanya tidak wujud secara bercanggah tetapi boleh bertembung jika tidak diuruskan dengan baik. Bagi pemancing, nilai yang wujud dalam hubungannya dengan isterinya adalah keizinan dan pemahaman si isteri, tetapi bagi si isteri pula tanggungjawab dan perhatian suami.
Women always works
Setiap pemancing haruslah menghargai sepenuhnya dan membalas kepercayaan yang diberikan si isteri dengan bersikap adil, telus dan bertanggungjawab. Ia harus mengamalkan budaya jujur, berterus terang, dan memberi sedikit ruang untuk mendengar keluhan serta memahami isi hati si isterinya. Tanyakan apa sebenar keinginannya, keperluannya dan apa yang boleh kita tunaikan untuknya sekurang-kurangnya beberapa hari sebelum kita mengikuti trip. Jika ia sudah menunaikan permintaan kita, maka kita juga harus menunaikan keperluannya, apatah lagi keperluan seisi keluarga. Ini bukannya suatu rasuah tetapi harus tercetus dari sikap bertanggungjawab dan bertimbang rasa.
Jika diteliti, ada sebabnya seseorang isteri tidak memberi keizinan kepada suaminya untuk pergi memancing. Sebab-sebabnya adalah logik dan bukannya remeh temeh seperti yang selalu diperkatakan. Kita haruslah menilai apa puncanya, kerana selain masalah di pihak isteri, barangkali masalah sebenar adalah terletak di bahu si pemancing.
Antaranya kerana ia mengabaikan tanggungjawabnya, misalnya dari segi memenuhi keperluan keluarga, isteri dan anak-anaknya, kerana si pemancing terlalu lama dan kerap memancing hingga langsung tidak balik ke rumah. Mungkin puncanya ialah si suami terlalu boros dalam membeli peralatan memancing sehingga wang untuk membeli susu atau napkin pun dibedalnya. Atau si pemancing gila kemaruk dan selalu meminta hutang dengan isteri untuk mengikuti trip atau tidak boleh melakukan aktiviti-aktiviti lain selain membelek majalah dan peralatan pancing. Atau paling buruk, ia berpunca dari sikap sikap acuh tak acuh suami yang menyebabkan isteri curiga sama ada si suami mahu pergi memancing atau melencong ke tempat yang lain atau ada sebab-sebab penting yang lain yang menyebakan si isteri keberatan membenarkan pemancing keluar rumah.
Jadi sebab yang menghalang lesen itu diberikan bukannya kerana suka-suka atau tanda isteri tak saying dan memahami minat suaminya, tetapi kerana kelemahan si pemancing sendiri yang gagal menunjukkan imej pemancing yang baik kepada isterinya. Pendek kata, sporting si isteri pun ada batasnya juga, dan pemancing tidak boleh mengambil mudah dan berbuat sesuka hatinya. Ia haruslah berani menerima teguran jika ditegur atau dimarahi oleh si isteri. Jika isteri hanya buat-buat tak tahu atau langsung tidak mengambil peduli, itu bukan menunjukkan kasih sayang tetapi masalah. Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena berlaku dan para pemancing janganlah pula merasa terlalu bangga.
PETUA UNTUK SUAMI:
1. Ambil hati isteri
2. Bahagi masa antara pancing dan keluarga
3. Ajak isteri memancing bersama-sama
4. Jangan boros dalam membeli alatan memancing dan menyertai trip pancing
5. Jangan terlalu kerap menyertai trip pancing.
6. Pastikan semua keperluan sesi keluarga, khususnya isteri dipenuhi sebelum meninggalkan rumah.
7. Tunaikan segala tanggungjawab sebagai suami, bapa dan ketua keluarga
8. Jangan salah guna lesen yang diberikan dengan melakukan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketidakpercayaan isteri.
9. Bersikap cuba memahami dan menghormati pendapat isteri.
10. Berbincang dan beri penjelasan yang baik tentang apa rasional dan pentingnya hobi ini kepada diri kita
11. Tunjukkan contoh atau kesan yang baik sebagai pemancing beretika
12. Jangan bergaduh dengannya kerana ia tidak memberi kita keizinan untuk menyertai sesuatu trip.
13. Tanam dalam diri keluarga lebih penting daripada memancing.
father and me fishing
Perbincangan di sini bukanlah mahu memberikan nasihat sebagai pakar hubungan keluarga, tetapi sekadar bertujuan mengurangkan salah faham yang selalu wujud isteri dan pemancing. InsyaAllah, jika mendapat restu daripada isteri, rezeki si pemancing pasti akan murah dan dapat pancing setenang-tenangnya. Dengan itu, sukan atau hobi memancing dapat berfungsi untuk mengeratkan hubungan antara individu, keluarga, masyarakat dan negara.
sharing from kaki pancing
http://www.utaraanglers.com/articles/41-pemancing-isteri-dan-.html

RUMAH TANGGA, ISTERI DAN KAKI PANCING

RUMAH TANGGA, ISTERI DAN KAKI PANCING

Masalah mendapatkan kebenaran, keizinan dan restu ataupun lesen penuh ( full license) merupakan masalah yg paling serius dan sukar untuk diatasi bagi setiap kaki2 pancing yg telah berumah tangga. Walaupun pd hakikatnya suami tidak perlukan keizinan isteri dalam membuat sesuatu keputusan KECUALI jika ingin beristeri seorang lagi, namun ianya tetap menjadi mimpi2 paling ngeri buat kaki2 pancing yg bergelar suami. Bagi yg bujang tu jgn lah ketawa kerana masanya akan tiba nanti....tunggu sajalah. Ramai pemancing yg kumpau dalam menangani masalah ini. Walau sehebat mana ikan diair, lambat laun dapat dijinakkan...akan tetapi isteri dirumah yg begitu manja dan understanding tapi bila dalam bab pancing memancing ini sukar sekali untuk dijinakkan...ada saja yg tak kena dan dpt mencetuskan perang dingin. Akhirnya sisuami yg beralah menelan air liur.

Berikut adalah beberapa petua2 dan amalan2 hasil dari pengalaman saya selama ini. Ianya amat berkesan untuk saya dan ianya juga mungkin berkesan untuk anda. Memang benar perkara ini tidak boleh dipandang sebelah mata, ia memerlukan kebijaksanaan dan kesabaran untuk mengatasinya...kerana sikap isteri sememangnya sukar diduga. Bagaikan air laut yg tidak menentu alun gelombangnya.

1) Mulakan setiap perancangan memancing anda dengan bermesyuarah bersama2 isteri anda. Setiap perancangan hendaklah dibincangkan sebaik2nya seminggu lebih awal dari tarikh trip anda. Jangan buat keputusan melulu ataupun last minit kerana ianya akan mengundang padah dan akan mengeruhkan suasana keharmonian rumah tangga anda.

2) Dahulukan keperluan rumahtangga dan kehendak isteri anda. Letakan agenda memancing anda di bahagian yg terakhir.

3) Sediakan budget yang cukup dan sempurna untuk keperluan rumah tangga dan isteri anda. Ingat keperluan rumahtangga dan keperluan isteri adalah dua perkara yg berbeza. Ianya tidak boleh disatukan.

4) Pastikan budget keperluan memancing anda seminima yg boleh dan tidak melebehi budget keperluan rumahtangga dan isteri anda. Ingat memancing dimata isteri hanya satu hobi, oleh itu pada pandangan isteri budget yg ala kadar sudah cukup untuk keperluan memancing. Walaupun anda seorang yg berkemampuan, jgn sekali2 memperuntukan budget yg ribuan atau ratusan ringgit untuk peralatan memancing anda sedangkan untuk membeli sutas rantai tangan emas untuk isteri anda berkira. Belajarlah untuk menyeimbangkan faktor ini dgn bijaksana...jika tidak akan meletuslah perang dingin!.

5) Apabila kebenaran telah diberikan anda perlulah mendapatkan restu isteri anda. Ianya perlu sebagai tanda kasih dan tanda terima kasih anda pdnya. Ianya dapat membuat isteri anda rasa dihargai dan disayangi.

6) Ketika berpergian memancing, pastikan anda sentiasa menghubungi isteri anda dan sentiasa bertanya khabar. Jangan biarkan atau menunggu isteri anda menghubungi anda sebaliknya anda yag mula2 sekali menghubunginya. Tindakan ini akan membuat isteri merasa senang hati tanpa bimbang dan tahu yg anda sentiasa mengingatinya.

7) Apabila pulang dari trip memancing, pastikan anda membeli sebarang bentuk ole2 atau buah tangan buat famili dan isteri. Luangkan sedikit masa untuk membawa mereka jalan2 dan makan2.

8) Sentiasa lah mengadakan majlis makan dan suai kenal dgn famili rakan2 pemancing anda supaya isteri2 dpt kenal mengenal diantara satu sama lain. Perkara ini penting kerana isteri sentiasa hendak tahu dgn siapa anda keluar memancing dan bolehkan rakan pemancing anda ini dipercayai.

9) Jika anda ingin memancing ketika anda bercuti atau cuti hujung minggu, peruntukan satu hari cuti samada sabtu atau ahad untuk isteri dan famili anda. Jangan sekali2 anda keluar memancing lebih dari 5 jam pada hari pancingan anda . Kesan psaikologi penggunaan masa kurang dari 5 jam untuk hobi anda sebagai suami sentiasa dapat diterima dan diredhoi oleh isteri tanpa sebarang syak wasangka. Jika lebih dari itu akan mengundang padah. Namun satu perkara yg saya ingin tekankan disini ialah kesan positif saikologi 5 jam ini ialah anda akan sentiasa mendapat keizinan pd tiap kali cuti hujung minggu untuk keluar memancing.

10) Jangan sekali2 anda sebagai suami meninggalkan solat anda. Pelihara dan sempurnakanlah solat anda dan Allah akan memelihara dan menyempurnakan rahmatNya keatas anda dan famili anda. Suami yang memelihara solatnya akan sentiasa dihormati isteri keputusannya sebagai pemimpin rumahtangga.

Kepada kaki2 pancing yg masih bujang saya sarankan jika ingin beristeri sebaik2nya carilah bakal bapa mertua yg kaki pancing kerana pengaruh bapa mertua yg kaki pancing akan dapat melenyapkan 80% masalah full license ini...disebabkan isteri lebih mempercayai bapaya jika berpergian memancing dgn suaminya.

sharing from kaki pancing                                                               http://jenggooo.blogspot.com/2011/10/rumah-tangga-isteri-dan-kaki-pancing.html

Friday, May 10, 2013

Doa, zikir dan amalan memudahkan bersalin




Ini antara doanye...
(copy from my fren blog.. TQVM)


Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:


1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”


2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.


3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:


4.
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”


Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,

Kemudian pula :


5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:


6.
Maha Suci Allah


7.
Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini : 



8.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu



9.Surah Al-Ansyiqaq



10.Sentiasa membaca surah Maryam.



11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Insyaallah akan amalkan... ape2 selepas itu kite berserah... sahaja... janji kite berusaha dahulu barulah bertawakal...

Surah Alam Nashrah


Hati gelisah? Amallah surah Alam Nashrah...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, saya tidak lagi gundah gulana. Berserah diri kepada Allah akan segala urusan hidup saya, membuatkan diri rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul.

Mungkin, pengalaman hidup mengajar kita erti hidup dan bagaimana hendak menangani masalah yang datang.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana kita dapat halakan diri kita supaya tidak bersedih sangat...

Amalkanlah surah di bawah ini. Bacalah apabila runsing.


Caranya;

1. pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada 
(bacalah doa - YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)

2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu
(bacalah doa - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI...)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan...(masalah la )

3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah di belakang pinggang hingga sempadan punggung
(doalah - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI...)bila buat kerja tu rasa ringan je)

4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala...sedut tapak tangan apabila sampai ke muka... buat 3 x
(doalah - YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU...)yang ni dikatakan untuk penyeri wajah...dan supaya orang hormat dan sayang...kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan...)
pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis...

seeloknya, bacalah basmallah bila melakukan sesuatu pekerjaan, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada Allah.






Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)?

2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.

3. Yang memberati tanggunganmu (dalam menyampaikan dakwah)

4. Dan Kami telah meninggalkan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan
pelbagai kemuliaan)

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan

6. sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

7. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau
berusaha (mengerjakan amal salih yang lain);

8. Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap



Cubalah, insyaallah Allah pasti tolong...dan jangan lupa pula untuk dekatkan diri kita kepada Allah dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat...seluruh jiwa raga hanya untuk Allah...


Wassalam

Khasiat Bismillah 5


Khasiat Bismillah 5

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
.
.

Fadhilat Bismillah 5

.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
.
.

Kaedah Merawat

.
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
.
.

Amalan Bismillah 5 

.
  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kalisetiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Monday, April 15, 2013

TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT
















TIPS TARIK MINAT ANAK BERSOLAT ♥♥♥

Kredit to ~Medan Telekung.


Ini tips menarik dari blog Redskyim, bagaimana ayahnya 
menggunakan psikologi untuk dia sentiasa menjaga solat
.

Al - kisah. Ceritanya bermula begini.


Ibarat Batang Mancis

Ilmu ini saya belajar semasa saya berumur 6 tahun. Ayah
saya menyuruh saya solat sekiranya ingin jadi manusia. 
Asuhannya ialah dengan mengunakan batang mancis. 17
batang mancis bersamaan 17 rakaat.

Caranya seperti gambar dibawah :

1.Jika tidak solat subuh buang 2 batang mancis dikepala. 
Ayah saya cakap kalau subuh saya tidak solat, saya jalan 
tiada kepala.

2.Jika tidak solat zohor, buang 4 batang mancis di bahagian 
lengan. Seolah saya berjalan tiada tangan.


3.Jika tidak solat asar, buang 4 batang mancis di bahagian 
dada. Ayah saya cakap saya kalau tidak solat asar jalan 
tiada dada. 


4.Jika tidak solat magrib, buang 3 batang mancis di 
bahagian perut. Jadi jalan tiada perut serupa hantu dah.


5.Jika tidak solat isyak, buang 4 batang pada kaki. Jalan 
tiada kaki ibarat cacat anggota.

Kesimpulannya :

Ayah saya cakap kalau saya tidak solat terus menerus 
maka saya ni bukan lagi manusia. Diri saya tidak sempurna 
jika tidak mendirikan solat. Contoh maghrib dan subuh. Jadi 
saya seolah berjalan tiada kepala dan tiada perut. Orang 
tengok pun akan lari. Jadi, renung-renungkanlah jika solat 
kita tidak sempurna, maka cacatlah kita ini.

Thursday, March 28, 2013

Kisah Teladan Suami Isteri


Kisah Teladan Suami Isteri - Sebelum Semuanya Terlambat...

Seorang isteri mengadu pada suaminya….."bang badan saya sakit-sakit”….lalu suami berkata…"itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…lalu suami berkata….”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…”bang saya rasa penat nak bersama”….lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.


Namun, sekembalinya suami ke rumah……si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….




SAYANG….abang mintak maaf….



Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….


Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….


Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….


Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….


Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..


Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..


Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….


SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak bawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..


Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….segalanya takkan berpatah balik….Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG …..bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….



Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……