Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Tuesday, September 3, 2013

Tips Anak Demam, Batuk & Selsema

TIPS ANAK DEMAM, BATUK & SELSEMA




•Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.


•Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.


•Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. (Tips dari Doktor Fairuz: bila kahak die dah longgar tepuk belakang anak everytym die batuk takpe die muntah lebih baik jadi semua lendir2 tu keluar)


•Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.


•Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap ....

Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.

Tuesday, April 23, 2013

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun


Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun
Mesti runsing, risau, kasihan melihat si manja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah terkena selsema bayi.

Saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.

Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.

Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)

Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.

Cara Atasi Selsema dan Batuk Bayi Bawah Dua Tahun

1. Berikan satu sudu madu dan air suma kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas. Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak

2. Bagi bayi selsema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit sahaja madu.

3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang ^_^.

4. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. (Vikcs Baby Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh-tumbuhan sahaja)







5. Buang kahak dalam paru-paru. Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja. 
Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui najis.

* Selamat mencuba yer ibu-ibu..

Jika info ini berguna utk ibu2...Sila SHARE n LIKE

Untuk dapatkan lebih byk lagi info2 yg berguna...
Jemput LIKE Komuniti Keibubapaan Malaysia

Thursday, April 18, 2013

Ganocelium (GL) by DXN

GANOCELIUM (GL)

Ganocelium juga adalah Ling zhi yang diperolehi dari cendawan yang berusia 18 hari dan dikenali sebagai GL. Ia bebeza daripada RG. Bahan pati dari anak cendawan ini amat berkesan untuk meningkatkan kesihatan secara menyeluruh. Ia kaya dengan berbagai bahan nutrisi seperti:

Palisakarida, Germanium organic, Rangkaian vitamin, Rangkaian garam mineral

Faedah ganocelium (GL) ialah

Ø Kandungan oksigen yang tinggi

Ø Meningkatkan sistem imun badan

Ø Tonik otak

Ø Menyingkirkan bahan toksin larut air

Ø Membaik pulih sel, tisu, organ dan system badan

Ø Mengurangkan tahap kandungan gula dan memulihkan fungsi pancreas

Ø Menyeimbangkan fungsi badan secara menyeluruh

Ø Anti kanser

Ø Mengurangkan kolesterol dalam darah



Untuk menikmati khasiat yang sepenuhnya, pengguna di nasihatkan untuk mengamalkan pemakanan ling zhi ( RG dan GL ) Syarikat DXN secara serentak setiap hari mengikut dosej yang dicadangkan.


Nota: makluman ini adalah bahan informasi sahaja. Sila dapatkan maklumat sepenuhnya dari Pengedar DXN.

**
pengalaman saya dari ank sulung (7 tahun lps)... mak bidan memperkenalkan capsule ini yg dikatakan homopati... kemudian, 4 tahun lepas, saya bertanya kembali kpd bidan tersebut, memandangkan saya telah berpindah ke johor bahru... dn die menerangkan product ini dan suruh saya cari sendiri kerana die sudah tidak aktif... dan saya dpt tahu dan terus bercerita dgn beberapa sahabat termasuk berkongsi kelebihan (kerana saya sudah berpengalaman).. 

GL perlu diambil oleh ibu yg kemudiannya akan menyusukan bayi.. sekiranya, tidak menyusukan bayi sendiri, campurkan sebahagian drp isi kandungan kapsul terbut ke dalam susu botol...

alhamdulillah.. bacaan kuning pada bayi cepat menurun... dan saya akan terus menggunakannya...

cara² :-
1 biji (2 x sehari) untuk ibu
1/2 biji (2 x sehari) untuk bayi

kalo bacaan kuning tggi, gandakan dos si ibu...

ingatlah... susu ibu, susu terbaik utk bayi... pastikan susukan ank setiap 3 jam...


~sekadar pengkongsian hasil pengalaman sendiri... insya'allah~