Tuesday, May 31, 2011

keburukkan tido terlalu lewat dan bangun lewat~


Artikel ini adalah ehsan dari seorang telam yang dikirim melalui email bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !", namun ianya ditulis dalam bahasa inggeris. Jadi sahabat saya itu ambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham (*google translator tak banyak membantu~!)

"JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!". Nak tahu KENAPA? Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utamaTidak buang air kecil di pagi hari.Terlalu banyak makan.Tidak mengambil sarapan.Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan. Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastika tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Kerana .... Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (
1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali.

Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh. Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah. Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Sharing Is Caring~!

Wednesday, May 18, 2011

Maher Zain - The Rest of My Life Malay Subtitle 2.0 [ by EQ SuTRA ] LQ.wmv

http://islamgreatreligion.wordpress.com/2011/05/10/guidelines-for-the-husband-in-interacting-with-his-wife/

http://islamgreatreligion.wordpress.com/2011/05/10/guidelines-for-the-husband-in-interacting-with-his-wife/

Sayang Seribu Kali Sayang


Seorang isteri mengadu pada suaminya….. ”bang badan saya sakit-sakit”…. lalu suami berkata…. ”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu… ”bang saya rasa pening rasa nak pitam”… lalu suami berkata…. ”dah lah tu…makan panadol…..penat sangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..”bang duit belanja dapur dah habis”….lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi …takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu… ”bang saya rasa penat nak bersama”…. lalu suami berkata… ”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu ….. ”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”... lalu suami berkata….. ”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak….. ”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”… lalu suami berkata…. ”lain kali la…abang busy… lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon….. ”bang….boleh bagi saya cuti satu hari…. saya nak berehat… abang bawak anak keluar… saya betul-betul dah penat”…. suami berkata….. ”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini….. Namun suatu hari…. Si isteri merayu sambil menangis…. ”Bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”. Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju…. ”baiklah abang bawak pergi rumah mak… nanti petang abang balik”. Namun, sekembalinya suami ke rumah…… si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya….. Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG…. abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat….. tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam… abang sangkakan….. penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis… abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang… walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANG pun tak cukup…. sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah…. sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama….. abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain… walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…. . abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis….. dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari…. sebagai majikan SAYANG … abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari….. kesian SAYANG ….

SAYANG… maafkan abang…. abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh…. kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak bawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik… Cuma sayang mengadu macam tuh jer….. Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG …..

Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya…. segalanya takkan berpatah balik…. Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG ….. abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG ….. bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat…. agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat…….

p/s:renung-renungkan...............

Perbualan suami-isteri..............


..dialog suami isteri.. Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.


Antara alasan yang diberikannya:


Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah


Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.


Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"


Suami : Berkenaan apa tu?


Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"


Suami : Contohnya?


Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?


Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural


Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang


Suami : Macam mana pula boleh sama?


Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?


Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...


Renungan Bersama..................

Ada aku peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum...
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak....
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram....
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang ke rumah dengan wajah kusam dan masam....
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian....
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar.....
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa....
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku...menjadi ibu anak-anakku...
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI

Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber'sms'..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi...

Kini, aku baru ingin bertanya kenapa isteriku dah tak peduli padaku...

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri. Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah menganggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat, bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.

Sunday, May 15, 2011

syukran ya zillan YA ALLAH~



syukur alhamdulillah... impian g holiday tercapai... walaupun x seperti y d impikan, hajat tetap tercapai.. actually x de la fokus tuk satu tempat je... x kisah la, holiday kt mane.. yg penting.. it's holiday...................... thanks MR HUBBY....