Sunday, March 20, 2011

Strategi kurus utk si lurus mcm saya~


Bersenam adalah satu hobi yang memberi impak secara langsung pada kesihatan, kecantikan dan disiplin diri. Tetapi, berapa ramaikah yang sanggup bersenam setiap hari dan menjadikannya sebahagian dari rutin? Ramai yang lebih rela mengambil short cut untuk kurus dan cantik dengan mengambil pelbagai jenis ubat dari bersenam.

Saya bukan pakar kesihatan apatah lagi jurulatih seperti Kevin Zahri, tetapi dari pembacaan dan menonton siri Biggest Loser hanya dua perkara sahaja yang boleh memastikan kita kekal slim dan sihat iaitu bersenam dan menjaga pemakanan. Sekali lagi, berapa ramaikah yang sanggup bersenam setiap hari dan menjadikannya sebahagian dari rutin?

Minggu lepas, saya berjumpa doktor berbincang mengenai langkah memastikan badan saya tidak tercedera semasa berlatih. Sesuatu yang menarik mengenai badan manusia ialah ia menyesuaikan mekanik dan fisio badan sejajar dengan usia. Kata beliau, "jika kita terus makan kuantiti yang sama seperti tahun lepas tanpa bersenam, berat badan kita akan naik 2kg setiap tahun,". Bayangkan berat badan saya di usia 40, jika saya tidak bersenam semenjak usia menginjak 30 tahun.... aarghhh ekstra 20 kg!

Mempunyai berat yang stabil di usia 40 tahun dan kelak di usia-usia emas memudahkan kita beribadat. Tua itu pasti, tapi jika kita dapat perlahankan proses penuaan, alangkah mudahnya kita mencapai matlamat untuk ke rumah Allah, kelak. Tiada formula ajaib untuk memperlahankan proses penuaan melainkan bersenam dan menjaga pemakanan.

Bagi si Lurus (Dummy) seperti saya yang tidak pernah kisah apa orang nak cakap mengenai saiz badan, berikut ialah beberapa strategi senaman dan pemakanan yang saya lakukan:
  • saya belajar elakkan makan apa sahaja yang double fry. Contohnya french fries dan makanan sejuk beku. Setiap makanan itu sudah digoreng sebelum dibekukan dan digoreng sekali lagi sebelum dihidang.
  • saya belajar untuk memahami kalori setiap makanan. Misalnya, kalori sekeping roti canai bersamaan dengan tiga kali ganda semangkuk kecil nasi (baiklah makan nasi kalau macam itu).
  • saya belajar untuk minum banyak air kosong (nasib baiklah saya berlatih di gim yang memaksa saya minum banyak air)
  • saya belajar mendisiplinkan diri untuk bersenam setiap hari. Dari pembacaan, saya dapati, jika kita bersenam tiga kali seminggu, itu hanya untuk kekalkan berat badan yang sedia ada. Jika mahu kurangkan berat badan, perlu bersenam setiap hari.
  • saya baru tahu betapa pentingnya tidur untuk memulihkan fisio.
  • saya belajar untuk menikmati dalam kesederhanaan setiap makanan yang dimakan.
  • mencari kawan-kawan yang mempunyai minat bersenam yang sama (masih mencari...)
  • Beri kesempatan badan anda untuk turun berat secara perlahan-lahan. Bayangkan, jika berat badan kita naik 2kg setahun, adalah mustahil untuk menurunkan 20kg yang dikumpul selama 10 tahun dalam tempoh kurang setahun.
  • Don't rush dan jangan sesekali guna alasan nak kurus sebab nak kahwin. Matlamat sihat (atau untuk kurus) perlu faktor yang konkrit bukannyasuperficial. Barulah kekal untuk jangka masa lama.
Terus-terang, saya teruja menantikan usia 40. Marilah kita sama-sama growing old gracefully. Semoga generasi akan datang adalah generasi yang sihat badan, minda, emosi dan roh.

sumber: MIMISALEH / bujangok4u.blogspot.com
~sy sgt setuju ngan artikel ni


2 comments:

  1. mati2 ingatkan de ti yang tulis tadi...hehehe...bagus la info nih....nak kopi pes leh x kak ti??hehehe

    ReplyDelete