Friday, May 10, 2013

KHASIAT & KEGUNAAN DAUN SIRIH


1. MENGURANGKAN BATUK
Siapkan 15 helai daun sirih dan tiga gelas air. Cuci bersih daun tersebut dan rebus sampai tersisa menjadi tiga perempat bahagian. Minum bersama madu.

2. MENGHILANGKAN BAU BADAN
Ambil lima helai daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum di siang hari.


3. MENYEMBUHKAN KESAN TERBAKAR
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Peras airnya dan tambahkan sedikit madu. Bubuhkan ke tempat luka bakar.

4. MENGUBATI BISUL
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan disapu pada bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.

5. Mata Gatal dan Merah
Sediakan 5-6 daun sirih muda dan segar rebus dengan segelas air sampai mendidih. Tunggu sampai sejuk dan gunakan untuk mencuci mata dengan gelas cuci mata tiga kali sehari sampai sembuh.

6. MENGELAKKAN GUSI BERDARAH
Rebus empat helai daun sirih dalam dua gelas air. Gunakan untuk berkumur.

7. MENGUBATI NAFAS BERBAU
Siapkan 2-4 lembar daun sirih, cuci bersih dan remas. Rendamkan dengan air panas lalu gunakan untuk berkumur.

8. JERAWAT
Ambil 7-10 helai daun sirih, cuci bersih dan tumbuk halus. Rendam dengan dua gelas air panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci muka. Lakukan 2-3 kali sehari.

9. MERAWAT KEPUTIHAN
Rebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2,5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.


Doa, zikir dan amalan memudahkan bersalin




Ini antara doanye...
(copy from my fren blog.. TQVM)


Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:


1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”


2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.


3.
“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:


4.
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”


Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,

Kemudian pula :


5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat. Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:


6.
Maha Suci Allah


7.
Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini : 



8.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ

Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu



9.Surah Al-Ansyiqaq



10.Sentiasa membaca surah Maryam.



11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Insyaallah akan amalkan... ape2 selepas itu kite berserah... sahaja... janji kite berusaha dahulu barulah bertawakal...

Surah Alam Nashrah


Hati gelisah? Amallah surah Alam Nashrah...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, saya tidak lagi gundah gulana. Berserah diri kepada Allah akan segala urusan hidup saya, membuatkan diri rasa tenang, walaupun ada beberapa masalah timbul.

Mungkin, pengalaman hidup mengajar kita erti hidup dan bagaimana hendak menangani masalah yang datang.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana kita dapat halakan diri kita supaya tidak bersedih sangat...

Amalkanlah surah di bawah ini. Bacalah apabila runsing.


Caranya;

1. pada ayat 1, baca dan tiup di tapak tangan dan sapulah di dada 
(bacalah doa - YA ALLAH, KAU LAPANGKAN DADAKU INI )- untuk melapangkan dada kita)

2. Ayat ke 2 Baca dan tiuplah di tapak tangan dan sapu di bahu
(bacalah doa - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH BEBANAN DI BAHUKU INI...)untuk rasa berat tanggungan kita berkurangan...(masalah la )

3. Ayat ke 3, Baca dan tiuplah di belakang pinggang hingga sempadan punggung
(doalah - YA ALLAH, KAU RINGANKANLAH PEKERJAAN YANG AKU NAK BUAT INI...)bila buat kerja tu rasa ringan je)

4. Ayat ke 4, baca dan tiup pada tapak tangan dan semasa sapu dari muka hingga belakang kepala...sedut tapak tangan apabila sampai ke muka... buat 3 x
(doalah - YA ALLAH, KAU JADIKANLAH SESIAPA SAHAJA YANG MEMANDANG AKU, MEREKA AKAN HORMAT DAN SAYANG PADAKU...)yang ni dikatakan untuk penyeri wajah...dan supaya orang hormat dan sayang...kalau yang ada suami tu elok sangat la amalkan...)
pastikan, bacalah ayat seterusnya sampai habis...

seeloknya, bacalah basmallah bila melakukan sesuatu pekerjaan, amalkanlah dengan seikhlas hati dan berharap sepenuhnya kepada Allah.






Dimulai dengan nama Allah Yang Maha Pemurah
lagi Maha Penyayang

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu dadamu (wahai Muhammad)?

2. Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu.

3. Yang memberati tanggunganmu (dalam menyampaikan dakwah)

4. Dan Kami telah meninggalkan bagimu sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat nabi dan
pelbagai kemuliaan)

5. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai
kemudahan

6. sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan

7. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau
berusaha (mengerjakan amal salih yang lain);

8. Dan hanya kepada Tuhanmu sahajalah, hendaknya engkau berharap



Cubalah, insyaallah Allah pasti tolong...dan jangan lupa pula untuk dekatkan diri kita kepada Allah dan serahkan diri kita seikhlas hati semasa bersolat...seluruh jiwa raga hanya untuk Allah...


Wassalam

Khasiat Bismillah 5


Khasiat Bismillah 5

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.
“Bismillaahir rohmaanir rohiim, Bismillaahisy syafi, bismillaahil kaafi bismillaahil mu’aafi, Bismillaahil la-dzi laa ya-dhur-ru ma’as-mihi syai-un fil ardhi walaa fis-samaa’i wahuwas samii’ul aliim
.
Bismillah 5 adalah pendinding dan ayat penyembuh (syifa) segala penyakit serta amat bermanfaat dan amat baik dijadikan sebagai amalan seharian.
.
.

Fadhilat Bismillah 5

.
Kelebihan dan kebaikan ‘Bismillah 5’ adalah seperti berikut:
.
1. Menghalang jin dan syaitan
2. Terpelihara dari bahaya dan musuh
3. Penawar pelbagai racun dan bisa.
4. Penawar penyakit gila meroyan.
5. Melegakan bengkak dan benjol.
6. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
7. Mengubati penyakit bisa-bisa di dalam badan.
8. Penawar segala jenis racun, santau dan bisa binatang
9. Boleh digunakan untuk mengubati penyakit yang tidak diketahui puncanya.
.
.

Kaedah Merawat

.
  1. Letakkan tangan di tempat yang sakit.
  2. Baca ‘Bismillah 5’ ini sebanyak tujuh kali dengan hati yang ikhlas dan khusyuk.
  3. Hembuskan juga pada segelas air lalu diberi minum dan disapu di tempat yang berkenaan.
  4. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
  5. Sekiranya anggota yang sakit tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit.
  6. Bagi kes kecemasan, boleh dibacakan terus ‘Bismillah 5’ sambil meletakkan tangan di tempat tersebut.
  7. Jika kepala anak benjol sebab terhantuk, baca ‘Bismillah 5’ ini sekali sambil tuamkan ais batu atau air suam di tempat sakit. InsyaAllah dapat melegakan.
  8. Bacalah selawat ke atas Nabi Muhamad  Sallallahu Alaihi Wasallam  dan ayat ini sertakan doa kepada Allah agar disembuhkan segala penyakit.
.
.

Amalan Bismillah 5 

.
  1. Ayat ‘Bismillah 5’ ini diletak sebagai doa dan boleh dibaca sebelum memakan atau minum ubat.
  2. Amalkan membaca ‘Bismillah 5’ kemudian baca ‘Bismillah 6’, sebanyak 33 kalisetiap kali lepas solat.
  3. Sekiranya ‘Bismillah 5’ diamalkan secara istiqamah, ianya boleh menolak santau dalam makanan dan minuman.
  4. Bekas berisi makanan/minuman yang dihidangkan akan pecah dengan sendirinya jika dipegang  oleh pengamal ‘Bismillah 5’.
  5. Bacalah dengan yakin dan khusyuk dan hanya kepada Allah SWT sajalah kita bergantung harap.
.
‘Allah Maha Mengasihani dari segala-galanya dan Dia adalah sebaik-baik Pemelihara dan Maha Memberi Pertolongan.’
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Monday, May 6, 2013

Perkembangan fetus - hamil 37 minggu


Perkembangan fetus - hamil 37 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia


Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.

Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.

Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.

Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka. Lihat sajalah bahagian sakit bersalin dan melahirkan kami.

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam rahim. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.

Hamil 36 minggu
Hamil 38 minggu



http://www.babycenter.com.my/a1044670/perkembangan-fetus---hamil-37-minggu#ixzz2STw7yRF2

Friday, May 3, 2013

Serai

SERAI TUMBUHAN HERBA SERBAGUNA



Serai banyak digunakan dalam masakan. Namun jangan tak tahu, ia juga punya pelbagai lagi khasiat yang lain. Antaranya ialah:

1.MELEGAKAN KESAKITAN
Bahan analgesik dalam minyak serai mampu mengurangkan sakit otot, sendi, sakit gigi dan sakit kepala. Ia juga dapat mengurangkan sakit badan akibat daripada senaman yang dilakukan secara tiba-tiba.

2. MERANSANG PENGHASILAN SUSU
Minyak serai dapat membantu meningkatkan penghasilan susu . Ini kerana bahan galaktogogue yang terdapat dalam minyak serai berfungsi sebagai agen yang mampu meningkatkan pembentukan susu dalam payudara.

3.MERAWAT DEMAM KUNING
Air rebusan serai juga boleh membantu mengubati bayi yang diserang demam kuning .

4.MENGATASI MASALAH ANGIN
Minyak serai dikatakan mampu mengawal masalah angin dalam badan. Amalan menggunakan minyak serai bukan sahaja mampu mengurangkan angin daripada usus tetapi juga mampu menghentikan pembentukan angin dalam badan.


5.MENGURANGKAN TEKANAN DARAH
Serai dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah. Caranya adalah dengan meminum air rebusan serai. Serai juga boleh melegakan insomnia dan tekanan.

6.MEMBANTU MENGAWAL KOLESTROL
Serai juga membantu mengurangkan kolestrol. Caranya ialah ambil tiga batang serai yang telah dibuang akar serta daunnya. Potong serai menjadi kepingan kecil dan rebus menggunakan 2 gelas air. Didihkan air rebusan serai sehingga tinggal anggaran segelas. Minum sedikit demi sedikit dua kali sehari iaitu setiap pagi dan petang.

#Karangkraf

petua atasi bengkak susu

================
Petua Atasi Bengkak Susu
================


❀ Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payu dara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tidak keluar. Hanya hisapan secara langsung daripada bayi sahaja dapat menghilangkan masalah bengkak susu.

❀ Ingatlah bahawa payu dara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.

❀ Hanya mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu kesakitan yang perlu ditanggung. Bagaimana cara mengatasi masalah ini ? Cuba amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu :


✓ 1. Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.

✓2. Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.

✓ 3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.

✓ 4.Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

✓ 5. Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.

✓ 6. Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.

✓ 7. Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).

✓ 8. Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).

✓ 9. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.

✓ 10. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.

✓ 11. Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit , dapatkan nasihat daripada doktor.

Checklist barang keperluan bersalin di hospital

CHECKLIST BARANG KEPERLUAN BERSALIN UNTUK IBU DAN BAYI DI HOSPITAL


untuk ibu
1. kad lawatan hospital / kad merah
2. kad pengenalan
3. telefon bimbit
4. baju / blouses (5 helai)
5. stokin (2 pasang)
6. kain batik (3 helai)
7. baju / seluar dalam (5 pasang)
8. skaf kepala / ki / tudung (2 helai)
9. peralatan mandi (pencuci muka, berus gigi, ubat gigi)
10. majalah / buku
11. tuala mandi
12. maternity pad / pad biasa 1 pek
13. tuala muka (1 helai)
14. selipar
15. kamera
16. air / minyak selusuh
17. minyak angin
18. air zam zam
19. makanan / minuman (air masak / susu / milo / horlicks, buah kurma, biskut, roti)
20. termos air panas
21. bag plastik
22. baju sejuk (sweater)
23. sikat
24. breast pad
25. nursing bra

untuk bayi
1. baby diapers (6 keping)
2. baju (3 pasang)
3. minyak telon
4. baby wipes / wet tissue
5. tuala mandi
6. stokin / sarung tangan bayi (4 pasang)
7. peralatan mandi
8. selimut / bedung
9. barut
10. topi

dibenarkan tag saudara/kekawan yg memerlukan info ini ~~♥

Khas utk mommies mencari Produk baby ♥ Cute Baby's Corner ♥ 

Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Jom Hamil.-

Khasiat Biji Selasih

KHASIAT BIJI SELASIH

1. Dapat mengurangkan panas badan.

2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.

3 Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).

4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.

5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.

6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.

7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di CHina, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.

Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan anda akan rasa segar semula.

Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.