Monday, April 8, 2013

Khasiat buah dan daun durian belanda


Khasiat buah dan daun durian belanda

Salam my dear brothers and sisters..  Hari ini aku ingin sekali berkongsi kepada semua tentang khasiat buah dan daun durian belanda. Selama ini kita tidak menyedari akan kehebatan buah durian belanda. Yang kita tahu nak makan, tanam, dan kalau buah tuh busuk kita buang.


Sekarang orang di Malaysia tercari2 buah dan daun durian belanda untuk mengubati penyakit. Penyakit apa? Mari kita baca khasiatnya. Artikel ini aku kongsi disini kerana tuan punya blog SIS NUR mahu dikongsikan di blog aku untuk pengetahuan semua. Ada masa klik dan baca di blog SIS NUR.. Info sedikit sebanyak diambil dari blog beliau.


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi-kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan pohon ajaib dan buah ini :
  • Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo
  • Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan
  • Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan
  • Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola atau sour sop telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah

  • Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas
  • Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!
  • Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon ajaib ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masa lah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !




Jus daun durian belanda. Diamalkan minum 1/4 suku gelas setiap 2 jam sehari selama 42 hari.

Bahan2
  • Daun durian belanda - 36 helai
  • Air masak atau mineral - i liter
  • Blend kesemua dan di tapis. Simpan di tempat yang sejuk.



Jus daun durian belanda yang sudah di blend. Rasaya kelat mcm makan daun mentah tapi khasiatnya sungguh baik. Pejam mata jer. 

ATAU;

direbus............


InsyaAllah dengan izin-Nya.



Nota
Pelbagai daun2 dan buah2an yang boleh menjadi penawar penyakit terutama kanser. Kita cubalah mana yang terbaik. Ikhtiar saja...

P.S. Perkara yang baik harus kita kongsikan bersama2 agar saling dapat membantu yang lain. Kisah selanjutnya korang boleh baca di blog SIS NUR kerana dia adalah sahabat kpd pakar Nutrition Consultan. Salah satu keluarga aku mendapat consult dari beliau dan mengamalkan makanan B17 dari bekalan beliau.. InsyaAllah.. kita hanya berusaha untuk memulihkan penyakit, tapi keizinan dan kesembuhan itu hanya datang dari Allah SWT. 

No comments:

Post a Comment